KEHIDUPAN HARIAN

Assalamualaikum

Wednesday, April 09, 2003

Perjalanan 3 malam ke Bath, Bristol dan Swansea

 

Perjalanan kali ini adalah mengambil masal lebih kurang 7 jam perjalanan dengan kerata. Seronok betul aku sebenarnya berpeluang untuk pergi ke wales ni. Kami semua bertolak lebih kurang jam 8 pagi. Tapi biasa le, janji je pukul 8 akhirnya pukul 9 juga kami baru bertolak. Memang ramai yang nak ikut ke sana. Korang bayangkan le lebih kurang 40 orang semuanya.

Perjalanan lebih kurang 300 batu ke Swansea adalah satu pengalaman yang aku rasa paling menyeronokkan. Jumlah  kerata yang  pergi akhirnya mencecah 8 buah. penat memandu hilang apabila dapat melihat pemandangan yang serba indah dan menawan. Kami dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil untuk mengelakkan tersesat. Walaupun ada jalan menggunakan lebih raya tapi kami memilih untuk menggunakan jalan kampuang kerana ingin mendapat gambaran sebenar.

Ini le pengalaman pertama aku pi ber "camping". Banyak juga le modalnya pasal pertama kali. Apa taknya kena beli tu kena beli ni..aku beli kemah lebih kurang 50 pound kat city. Kira ok juga le boleh masuk 4 orang. Services kerata dulu sebelum pi, beli ayam, beli lauk macam nak pi sebulan. Yang seronoknya pi ramai-ramai tu je.

Perjalanan pertama kami mengambil masa 4 jam sebelum berhenti rehat, kami berhenti di Gloucester, walaupun rancangan asalnya nak berhenti kat Abergavenny. Nama tempat-tempat nya memang pelik-pelik kat sini. Diorang memang ada bahasa sendiri. Sampai papan tanda pun diorang terjemahkan. Kalau orang tua-tua tu memang ada yang tak boleh berbahasa inggeris dengan fasih. Kat wales ni pernah dijajah oleh Germen dan Italy kalau tak silap aku pada awal tahun 1400 dulu tu yang bahasa diorang lain. Kami jalan di laluan pantai sepanjang lebih kurang 30 batu sebelum sampai ke tempat yang nak dituju. Macam lebih kurang kalau nak pi kuala terengganu le. Kami kumpulan kedua tersesat. Kumpulan pertama dan ketiga dah sampai dulu. Kami sampai lebih kurang pukul 7 petang. Nasib baik le kat sini pukul 7 terang lagi kalau tak macam mana nak pasang kamah.

Siap je pasang kemah, lepas sembahyang kitaorang mula le acara BBQ, makan sampai kenyang kebotong le. Pasalnya lapar lepas pejalanan yang jauh dan lama, Alhamdulilah semuanya ok. Kaum ibu dah masuk dulu dalam kemah dalam kul 10. kitaorang dalam 5-6 orang lelaki ni sembang  sampai kul 1 pagi. Bangun esoknya lepas sarapan kami main bola dan bebudak pula main guli, macam kat kampung lak rasanya. Ada juga yang berjalan pergi ke pantai. Tempat berkamah tu siap dengan kelengkapan elektrik, air, tandas kira senag le. Tapi keadaan yang sejuk,sekit sebanyak  mengganggu ...pasalnya ada bebudak kecil....korang tahu le kan. Dalam pukul 3 ptg kitaorang terus ke pantai dan lepas tu berjalan menghala balik. Ada je tempat yang menarik sikit kitaorang berhenti dan mengambil gambar. Tempat yang seterusnya kami ke Bath dan Bristol. Paling cantik Bandar lama Bath. Memang betul-betul cantik. Sesah aku nak gambarkan pasalnya beth ni adalah Bandar lama dan unik dengan bangunannya yang dipelihara dengan baik. Macam bangunan ala-ala Rom.

Dalam perjalanan, dengan tidak disangka-sangka seorang ahli rombongan telah mengalami kerosakan kerata yang teruk. Abis macam mana.. Panggil le AA lepas tu AA lak tak boleh nak hantar, pasal dia tak cover untuk hantar sampai rumah. Pening kepala le semua.terhenti kat situ lebih kuranng 3 jam, Hari dah mula gelap. Lepas tu aku beri la kerata aku untuk meraka balik ke Nottingham dan aku serta keluarga tumpang le kerata yang mana ada kosong tu. Kami membuat keputusan terpaksa bermalam semalam lagi di Bath.cari punya cari jumpa le satu camping site tak jauh dari city bath tu. Rupanya lagi seronok kat sini. Kami pasang je kemah dan yang perempuan mula masak untuk makan malam.  Lepas makan semua tido. Yang kelakarnya ada yang meracau dan mengigau  Ada yang kena balik seawall jam 5 pagi pasal ada kerja kat Nottingham. Kami yang tinggal balik lebih kurang jam 10. kami tinggal 4 kerata kerana ada yang dah balik dulu. Kami sempat le singah di Bandar Beth tu dan menikmati keindahannya. Lepas puas kami bertolakk balik dan samapi di Nottingham lebih kurang 3 jam lepas tu. Alhamdulilah semuanya selamat

 

Baha, Nottingham City

Sebarang komen boleh disalurkan di : baha_nottingham@hotmail.com 

http://www.geocities.com/baharm_nota/karya.html

 

 

           

a

swscan00106.jpg

In this area I'll include links that highlight areas of my weblog. For example, I might include a link to my most recent posting or links to my personal favorites of all my postings.

hh