Blog Tools
Edit your Blog
Build a Blog
View Profile
« June 2003 »
S M T W T F S
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30
You are not logged in. Log in
Entries by Topic
All topics  «
"KeKaWaN"
"Dari Sebuah Desa Ke Ibu Kota"
Wednesday, 18 June 2003
"Suatu kesih di bulan puasa"
Aku :"Din tak makan tengah hari ke hari ni"
Din : "tak, aku puasa sunat le hari ni"

Ok le kalau macam tu aku pun tak payah makan tengah hari ni. Dok berbual ngan din sebelum menunggu jam 2 dan masuk balik pejabat buat kerja. Kami pun bercerita le pasal puasa ni. Aku ada 2 pengalaman yang tak boleh aku lupakan pasal puasa ni.

Kisah Pertama:

Kisah ni berlaku masa aku study dulu ngan kekawan aku. Hari tu kami habis kelas awal dalam pukul 2. kami berempat satu rumah pergi le ke pasar romadan cepat hari tu. Malas nak pi lagi, lagi pun dah nak akhir-akhir puasa ni tak le pelahap sangat macam hari pertama puasa. Lagi pun aku nak tido kejap balik nanti pasalnya dah 2 malam aku tak tido dok menghabiskan kertas projek aku.

Kat rumah aku pun tido le, dan kekawan aku bertiga tu ada hal masing-masing. Ada yang nak buka ngan awek, ada yang pi kampus .....tinggal aku sesorang kat rumah. Aku dok layan tido le memang dah mengantuk tahap "tertinggi" la tu.

Tetiba aku terjaga, dengan laungan azan radio yang memang terpasang 24 jam kat rumah kitaorang....tengok jam kat dinding dah pukul 7.40 petang, la tak terjaga aku engantuk sangat sampai dah waktu berbuka dah.... Dalam mamai-mamai aku pi ke peti sejuk ambil apa yang dah aku beli tadi untuk berbuka. Kekawan sorang pun belum balik. Takkan nak tunggu diorang, tah-tah diorang dah berbuka kat kampus pasalnya mereka sibuk mengulang kaji minggu depannya adah ada periksa sebelum cuti raya. Aku bentang tikar, buat air sirap..makan sendiri. Baik punya balun, dalam aku sedap makan tu ...kekawan aku balik. Apasal le diorang ni balik lewat sangat. Masuk je pintu "hoi, ko tak puasa ke?"jerkah kawan aku. "apasal pulak , dah waktu berbuka le..". baru kul 5, berbuka apa ke namanya...muka aku dah merah, rupanya azan yang aku dengar tadi tu azan untuk sembahyang asar... abis jam tu. Jam tu kebetulan habis beteri. Kami tergelak sampai sakit perut, tak pasal-pasal aku kena ganti puasa tahun tu.

Kisah kedua

Hari pertama puasa, aku pergi le ke pasar sesama kawan aku bertiga. Nak beli apa yang patut nak masak berbuka hari ni. Dah habis beli dalam perjalanan balik ke kereta, kawan aku, lan nampak rambutan dan dia nak beli rambutan tu. Nampak rambutan tu yang merah menyala sungguh mengiurkan. Yang jual rambutan tu sorang nyonya tua.

Lan : berapa ke sekilo rambutan ni nyonya
Nyonya : 3 ringgit satu kilo't
Lan : manis ke, mana punya rambutan.
Nyonya : tentu't la manis, muar mari...rasa't la satu't, kalau tak percaya.
Lan : ok
Dengan selamba, lan ambil rambutan tu dan dia terus makan.

Aku : oi, hang tak puasa ke
Tersedak lan dibuatnya, termuntah-muntah...hehehe dia terlupa yang hari tu first day puasa,nyonya tu pelik. Lepas tu kita orang beri tahu kat nyonya tu, kitaorang gelak sesama.

BBM, UK

Posted by mybaha at 3:53 PM BST
Post Comment | Permalink
"Pandang-pandang ...Jeling-jeling"

Dalam alam remaja dengan umur yang baru mencecah 21 tahun, alin seperti remaja lain. Dia seorang gadis yang taat dengan peritah ibunya. Jarang sekali dia bercakap, jauh sekali keluar dengan lelaki. Satu hari, alin terpaksa balik lewat dari hari biasa kerana terpaksa kerja "lebih masa". Jam dah pukul 7 dan dia sudah menalipon adiknya(angah) untuk mengambilnya dengan menggunakan motor. Tak tahu le dah lama dia menunggu angah tak juga sampai. "nak kena angah ni agaknya, bukan nya dekat nak jalan" alin merungut. Walaupun dia memang setiap hari berjalan pulang tapi hari tu hatinya berdebar-debar, tak sedap. Lagi satu masalahnya dia nak melepaskan kelompok budak bujang yang selalu bersidai kat tembok hujung kampung tu. Selalu budak bujang tu mengusiknya. Tak kuasa dia melayan kerenah bebudak tu.

Alin terpaksa juga berjalan, ya le kalau nanti sambil berjalan mungkin angah dah sampai. Alin berjalan, pandangan nya dijaga(tunduk je). Sampai satu sempang, alin ditegur dengan satu suara. "ASSALAMUALAIKUM, HAI CIK ADIK, BOLEH BERKENALAN" . sayup-sayup je suara tu, Alin teruskan perjalanan. Sampai ke rumah dah nak gelap, angah rupanya terlupa nak ambil dia.

Alin : "Mak mana?"
Angah : "pergi kenduri"
Alin : "Rumah sapa pulak, kenapa ada kenduri?"
Angah : " Tak tahu le long, kata mak di pi rumah pak din, kenduri anak dia balik bercuti, a'la si farid yang belajo kat UK tu"
Alin : "Farid"
Angah : " a'ah"

Perbualan tu sampai disitu saja, malam tu Alin tak boleh melelapkan mata, Alin teringat kan farid, kawan sekelasnya dulu. Farid baik budaknya dan dia pandai. Dalam kelas dulu, kalau Alin No 1 tentu farid No 2 dan bersilih ganti. Tapi nasibnya tak da, farid dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Esoknya, keadaan seperti biasa...alin pulang dari kerja jam 5. tak disangka suara semalam ada lagi "ASSALAMUALAIKUM, HAI CIK ADIK, BOLEH BERKENALAN", berkali-kali..... Dari mana suara tu ,jadi persoalanya. Tapi dari rumah pak din rasanya.

Alin malu nak memandang takut di kata perasan pulak, dia dapat jelling-jeling je pada keadaan sekitar. Kini dah seminggu perkara yang sama berulang dan tentunya setiap petang dan waktu yang sama suara tu ada dan mula menghantui Alin. Alin dah tak macam biasa, hari demi hari dia tertanya dari mana suara tu datang. Dia tak selasa, kalau nak balik kerja dia sanggup tukar baju kerjanya dengan baju kurung, baju kebaya supaya kelihatan cantik dan bergaya. Ramai kawan-kawannya tertanya dan juga ibunya tentang perubahan alin, alin tak menjawab apa-apa. Boleh le dikatakan "makan tak lalu, mandi tak basah". Kalau le suara tu dari farid, alangkah untungnya. Bahagialah hidupnya. Dia mula berangankan yang indah-indah hidup bahagia dengan farid. Dah lama sebenarnya dia menyukai farid tapi dulu masih sekolah, tak boleh. Farid juga pernah mencurahkan hatinya pada alin tapi waktu itu alin menolak dengan alasan dia nak tumpukan dengan pelajaran. Ini lah masa yang sesuai dan ditunggu-tunggu.

Hari ni alin bangan awal, bersemangat dia nak pergi kerja dan tentunya saat yang ditunggunya patang nanti masa pulang. Alin bertekat dalam hatinya dia akan melihat dan mencari suara itu, dia tak nak jelling-jeling je lagi, dia nak pandang dan pastikan siapa yang menyapa dia selama ini.

Dalam bas pulang dari kerja petang tu alin mula berdebar-debar, dia mengarang ayat apa nak cakap kalau orang tu menyapa dia. Rasa bas cepat betul sampai ke tempat yang dia selalu turun. Dia mulakan langkah pertama dengan bacaan bismillah dan teruskan melangkah. Dia menjaga langkah dengan sopan(Control cun). Sampai di simpang rumah pak din yang dimaksudkan, suara itu ada lagi, seperti yang disagka "ASSALAMMUALAIKUM, HAI CIK ADIK, BOLEH BERKENALAN". Alin terhenti dia membatukan hatinya dan ingin melihat sapa gerangannya suara itu.

Alin menoleh ke kiri dan ke kanan, tak ada orang pun. Dan sekali lagi suara tu kedengaran "ASSALAMUALAIKUM, HAI CIK ADIK, BOLEH BERKENALAN". Alin amati betul-betul, alangkah sedihnya dia rupa-rupanya BURUNG KAKAK TUA kepunyaan pak din yang bersuara. Baru dia perasan, patut le setiap hari pertanyaannya sama. Alin melangkah kerumah dengan perasaan hampa, tetapi kekadang dia ketawa kesorangan mengenangkan cerita yang dia laluinya.

Moral : jangan control cun sangat bila berjalan ...hehehehek, tak ada le gurau je. Sesaja nak rehatkan kepala pepetang ni ya tak. Jangan marah......

baha, nottingham

Posted by mybaha at 3:52 PM BST
Post Comment | Permalink
Friday, 13 June 2003
"Bukan Aku Tak Sayang"
Ac ku sayang, aku tulis weblog ni khas buat kau. Walaupun ko tak membaca isi hati aku tapi aku rasa puas dapat meluahkan hati aku di sini. Bukan aku tak sayang kat kau Ac, kau terlalu baik untuk aku. Susah senang kita selalu bersama. Aku takkan melupakan jasa baik kau Ac.

Ingat aku dulu, setahun setengah yang lepas. Pertama kali kita jumpa. Ko ingat tak ....kat Imbi plaza. Aku terus tertawan pada kau dangan kecantikan kau dan segalanya yang ada pada kau. Kau, aku anggap sebagai kawan pada mula nya memjadi lebih dari itu. Kita seperti sepasang kekasih, kemana sahaja kita bersama, siang-malam, makan-minum kekadang ko terlalu sabar (aku fikirkan), saggup menunggu aku belajar dan menghabiskan report kajian phd aku, kekadang aku sampai tertidur didepan kau. Kau cukup memahami ku.

Tapi, untuk masa depan ku aku terpaksa mengambil Co* sebagai kekasihku sekarang. Aku yakin Co* dapat membantu aku dan aku mula sayang pada nya. Aku sedih bila memperkenalkan Co* dengan ko tempoh hari, Tapi kau nampak tenang. Perkenalan kami bukannya dah lama. Aku jumpa Co* di city dan dari perwatakan dan kecerdikan nya membuatkan aku tertawan pada nya.

Kini aku tahu kau merajuk pada aku ....Ac, aku bersumpah tak akan mempersiakan Co* dan tidak akan melupakan kau Ac. Insaallah. Aku cukup gembira akan pertemuan aku ngan Co*. Co* juga baik seperti kau dan aku harap kita boleh berkerja sama dalam semua hal.

Kau cuba bayangkan macam mana aku tak tertawan pada Co*, Dia nampak pandai...punya kelajuan P4, dan ingatan sebesar 80GB juga Ram 512MB, cuba kau bayang kan. Tapi Co* hanya akan menemani aku di rumah sahaja aku akan membawa kau kemana sahaja Ac, ke school, ke city ke mana sahaja aku pergi. Aku betul-betul perlukan Co* dalam hidup aku lebih lagi dalam phd aku ni. Aku harap ko faham kenapa aku beli Co* hari tu...

Ac samaran bagi Notebook Acer 2001
Co* samaran bagi Compaq (Desktop)-komputer baru aku


BBM, UK

Posted by mybaha at 12:35 PM BST
Post Comment | Permalink
"Asam pedas...mee bandung"
A'kum semua kekawan

Ramai juga kaum dari parit jawa dalam geng jurnal ni ya. tak sangka betul hamba..hehe kepada kekawan yang asal dari parit jawa tak kira melayu ke, jawa ke, banjar ke atau bugis.... aku ucapkan selamat berkenalan.

Kalau nak cerita asam pedas kat parit jawa .....woi mana boleh lawan. belum pernah dalam seumur hidup aku dapat makan asam pedas sesedap itu melainkan kat parit jawa....hehheh terliur kejap aku bila terkenangkan ikan sembilang bergelimpangan dalam kuah merah ...kejap tenggelam kejap timbul. dah setahun setengah aku tak makan ikan asam pedas kat parit jawa tu. kat london ni mana le nak cari orang yang pandai masak asam pedas sesedap tu lagi pun bukan ada ikan sembilang ngan ikan bawal kat sini ...ikan semua bebesar. ikan tuna dalam tin ada le. aku tak nafikan kesedapan ikan sembilang masak asam pedas parit jawa memang sedap. tak ada lak yang buat kajian terperinci sampai buat phd tentang faktor kesedapan asam pedas disitu. aku teringin sangat nak tahu ...heehe

tapi dalam kita mengagungkan asam pedas parit jawa jangan kita lupa akan ke-power-an mee bandung muar. pasal mee bandung muar ni memang semua dah maklum di seantero dunia yang kat muar memang sedap makan mee bandung. lelagi mee bandung kat parit penyenggat.... lama nya aku tak makan mee bandung, asam pedas, tampe, cendol kat tepi tanjung, petai, roti canai mamak kat bus station . kat sini semua tu takda....telan air liur je aku.

Dulu aku rasa aku bijak sikit... tapi sekarang ni makin lembab ..mungkin ke dah lama tak makan tempe...bila le nak habis phd aku ni.

BBM, London uk

Posted by mybaha at 11:56 AM BST
Post Comment | Permalink
Tuesday, 10 June 2003
" Komputer dan masa depan ku"
Hari tu,hari pertama aku masuk bilik komputer. Sekolah kami baru terima sumbangan dari satu persatuan dari kuala lumpur. siapa yang nak masuk persatuan komputer dan belajar komputer kena bayar RM 5.00 seorang. aku dan faizul pun masuk le, Ia lah sebagai budak kampung yang memang tak tahu apa pasal komputer aku dan faizul begitu jakun dengan benda ni. kalau korang boleh bayangkan komputer masa tu memang lama punya bukan macam komputer yang ada sekarang. boleh dikatakan "kalau ketuk baru jalan".

komputer dalam bilik tu ada lebih kurang 15 biji. komputer yang kami dapat tu kami tak tahu le tahun berapa punya tapi lama le ...ok le asal boleh belajo. Dalam kelas komputer yang sempit, kami terpaksa belajar 30 orang pelajar semuanya,duduk rapat-rapat. Seingat aku masa tu tahun 1992 masa aku tingkatan 4.


Masa cikgu mengajar kat depan tetiba si faizul ni nak bangun ke tandas. dia duduk paling hujung pada barisan hadapan dan terpaksa le meminta izin pada semua rakan bangun dan memberi laluan padanya, dia ni gemuk budaknya. Disebabkan laluan yang sempit.... faizul terlangar le salah sebuah monitor orang belakang dia.

Tetiba je, lepas si faizul ni langar skrin komputer tu terus jadi warna hijau. budak pempuan tu dah penik. "jangan beritahu cikgu nanti kena ganti " kata aku pada budak tu. so.... aku menunjukkan kepandaian aku... aku pi le kat budak pempuan tu. la...ini sikit je ni , color dia dah nak habis .... tu yang jadi warna hijau. "dengan muka tak bersalah", dengan tujuan menyelamatkan si faizul. budak tu mula percaya dan teruskan kerja dia.

sekali lagi si faizul tu langgar bila dia balik semula kat tempat duduk dia..kali ni terus padam. "ha..kan betul saya kata color dia dah nak habis, tu yang padam terus tu". "betul ke bang" budak pempuan tu tanya kat aku..."betul"...

Dah seminggu dah berlalu peristiwa tu, aku makan kat kantin. sambil makan aku dengar perbualan pengetua dengan cikgu komputer, Mr D.

Pengetua: saya dengar ada satu skrin komputer habis color...betul ke
Mr. D : betul cikgu, saya pun belum panggil lagi orang tu nak betul kan ...jauh tu kalau kita nak panggil. dan kalau nak dibetulkan mahal harganya.
Pengetua: Buat le mana yang awak fikir elok.

dalam hati aku" betul ke komputer tu habis color, aku main agak-agak je dulu". aku dah agak ni mesti budak tu mengadu pada Mr. D, habis le faizul. satu sekolah tahu yang komputer tu habis color, dan yang peliknya semua percaya cakap aku.

Dah 10 tahun berlalu, aku ingat lagi peristiwa tu juga aku tahu jawapan kenapa skrin tu jadi macam tu...hehehhehe.Yang aku heran nya, masa tu cikgu dan pengetua pun boleh mengiakan cakap aku...dan lagi heran, apa masa tu aku tak tahu apa-apa tentang komputer.

Bermula dari masa itu lah cinta aku pada komputer mula berputik, ramai kekawan kata aku pandai komputer. alhamdulilah sekarang aku sedang menghabiskan pengajian PhD aku dalam bidang kejuruteraan komputer. bila aku lalu je depan sekolah aku tergelak sesorang dalam kerata ....cerita yang mencuit hati aku.

bukan macam budak sekarang, baru umur 3-4 tahun dah pandai main komputer, paling kurang pun main computer game. komputer sekarang canggih tak macam dulu, zaman aku budak-budak. kalau mereka yang seangkatan dengan aku tentu paham apa yang aku ceritakan ni..hehehhe
_________________

Posted by mybaha at 4:00 PM BST
Post Comment | View Comments (1) | Permalink
"Pandang-pandang ....jeling - jeling"
Ramai pelajar baru mendaftar tahun ni. suasana UKM yang sebelum ni sunyi dengan ketiadaan pelajar bercuti tetiba penuh sesak. keadaan biasa berlaku bila sampai semesta baru. Pelajar lama pulang dengan harapan baru nak perbaiki apa yang lepas..pelajar baru pula datang impian lama mereka. Bagi aku, semasta ni jadi penenti bagi aku untuk mengekalkan kecemerlangan aku.

Tahun ni aku jadi PC lagi, PC tu "pemudahcara" dalam MHS. aku suka le dapat tengok gelagat pelajar baru dan keluarga mereka. ada yang hantar anak mereka berkerata-kerata macam nak hantar pi mekah. ya le tentunya keluarga mereka bangga kerana anak kesayangan mereka dapat ke menara gading.

Tahun ni baru aku boleh jumpa pelajar yang sama umur dengan aku. hehehe pelajar yang masuk tahun ni semua dalam lengkungan 20 tahun tapi aku 20 juga dah nak habis degree aku...nasib aku baik banyak kelas lompat. nanti le aku cerita lain kali.

Posted by mybaha at 2:28 PM BST
Post Comment | Permalink
"Pandai"
Jam dah kul 12.15 malam, aku dah mengantuk tapi saje aku tak nak tido...biasa kan ya le kalau dok kena buat programming ...esok senang aku buat tak mengantuk..

aku nak cerita sikit pasal "pandai". tadi masa kerja, ada le kawan aku si R# dan H# tu dok aju soalan kat aku pasal pandai.....baha, apa definasi ko tentang pandai. aku terdiam kejap...lepas tu aku jawap "pandai tu sama je ngan kejayaan dalam tafsiran aku". pandai tak boleh berdiri ngan sendirinya perlukan ayat sokongannya contoh pandai membaca, pandai menulis. .....dalam skop yang lebih luas kita menyamakan pandai dengan kejayaan seseorang. contoh dia pandai , selalu dapat no 1 ...dia pandai belajar. kalau pandai berniaga ...makna nya dia berjaya dalam peniagaan dan seterusnya. tapi aku tak tahu apa yang sebenarnya.

Mr. R cakap kejayaan hanya salah satu kteria bagi yang pandai..

MR. H lak kat pandai hendaklah menguasai lebih dari satu kepakaran, atau kepelbagaian.

sebenarnya, akhir sekali kita orang berbincang akan apa sebenar difinasi pandai..adakah orang yang mendapat keputusan dalam periksa yang baik dikatakan pandai?..dan berlaga dengan kefahaman insan kamil... melihat kesempurnaan seseorang tu...dah jauh ni..aku ni diri aku pun tak tentu lagi pandai ke tak. tapi melayu kita selalu mengaitkan pandai tu dengan pelajaran sebenarnya banyak lagi yang tersirat..

BBM

Posted by mybaha at 12:20 AM BST
Post Comment | Permalink
Monday, 9 June 2003
Bank...oh..bank
Satu yang aku tak paham orang kat UK ni kalau nak layan orang sampai berjam-jam. tadi aku pi bank, ingat nak hantar duit gi m'sia nak bayar baki pinjaman awin ngan JPA. panjang betul aku beratur ada le dekat sejam. lepas dapat je giliran aku ..aku cakap ngan orang tu aku nak anto duit ke m'sia dia pun terang kan le...lepas tu dia kata aku tak boleh hantar pasal aku tak ada alamat bank dengan tepat. dia takut duit tu tak sampai...la .... macam tu lak lagu nya.

lepas tu dia kata aku kena bayar 21.50 pound untuk sekali anto..banyak nya berapa hari aku kerja tu

Posted by mybaha at 4:03 PM BST
Post Comment | Permalink
Minggu Baru
Rasa kejap je dah masuk minggu baru lagi
pantun PhD..

Mula nak datang punya le suka
Satu keluarga hantar kan kita
samapi di airport terpingga-pingga
Ramainya, rasa-rasa satu kampung semua ada.

berlepas le aku bersama cita-cita
kesini dengan segunung harapan
harapan dari keluarga dan rakan
membawa yang berguna dijadi panduan

sehari sampai terpingga-pingga
kejap je dah sebulan tiba
jumpa supervisor tak ada apa cerita
harap dia terima aku, seadanya

dah sebulan ..aku kat sini
kejap aja aku rasakan
tup-tup dah dekat setahun
apa yang dapat tak tahu apa...

nanti aku sambung

Posted by mybaha at 1:17 PM BST
Post Comment | Permalink
Sunday, 8 June 2003
"Yang Pergi dan Yang Tinggal"
"Cerita untuk panduan dan pengalaman"

Assalamuikum semua kekawan Geng Jurnal,

Lepas magrib semalam aku pi rumah penghulu, ada majlis bacaan tahlil untuk aruah emaknya yang yang baru meninggal petang semalam. keadaan sugal dan duka sangat jelas diwajah semua ahli keluarga. alhamdulilah semuanya selesai dengan keadaan selamat.

Pengalaman kematian orang tersayang bila berada diperantauan amat menyedihkan. aku dapat rasakan kesedihan mereka tapi apa yang kita mampu buat adalah hanya berdoa agar rohnya diberkati oleh Allah hendaknya.Pemergian pak ngah dan nenek pada 17/03 dan 18/03 masih aku terasa sampai sekarang.

Di perantauan ni, kehilangan orang tersayang amat terasa. lagi-lagi,bila orang aku benar-banar rapat yang aku anggap macam bapak aku sendiri. perasaan melonjak-lonjak nak balik kampung tapi...... apa yang aku dapat kerana semuanya telah berlaku dan berlalu. Aku terpaksa tabah dan meneruskan perjuangan aku di sini.

Pak ngah, waris terdekat lepas kematian abah aku 1995, dengan ketiadaan abah membuatkan aku bebetul terjaga dan melihat kehidupan sebenar. Masa tu pak ngah lah yang membantu dan memberi segala bantuan kepada keluarga aku. Dengan aku sahaja yang lelaki dalam keluarga kami, jadi terpaksa tanggungjawab semuanya diserah dan ditanggung oleh aku dalam ketika aku baru mengenal erti remaja. umur aku baru 17 masa tu.Terpaksa melupakan hasrat menyambung belajar di U.S atas kepentingan keluarga...insaallah......Walaupun aku telah dapat surat tawaran untuk kesana.

Dalam kelam kabot aku mengurus diri dan memikirkan keselamatan mak seorang dikampung dan apa akan jadi dengan masa depan aku......pak ngah terus memberikan aku kasih sayang dan perangsang." maafkan aku, mungkin cerita aku kali ni dengan penuh perasaan"...bukan apa cuma kalau teringat kisah dan pengorbanan pak ngah kat aku.

mungkin korang tercari-cari mana point yang aku nak sampaikan hari ni, dengan hati yang sedih, aku reda' akan pemergian nya tapi aku nak berkongsi pengalaman aku dengan korang akan pak cik aku sorang ni yang aku anggap cukup istimewa.

Dalam hayat hidupnya selama lebih kurang 81 tahun banyak pengalaman yang dilaluinya dengan kesenggaraan zaman Jepun dan perjuangannya bersama barisan pemimpin 'pejuang kemerdekaan' mencari kedaulatan negara, pada masa itu. Mungkin kewujudan Long Jaa'far , walau tidak seagung Tun Hussin Onn, tapi aku percaya dia adalah watak penting dalam memberi peranan kebangkitan semangat orang melayu terutamanya di kawasan muar. banyak gambar dan hadiah juga pingat kebasaran yang menjadi tatapan kami sekeluarga. Pak ngah bukan pemimpin sekarang, dia pemimpin melayu tulin.

Dengan hasil 2 perkhawinan, pak ngah di anugerahkan 13 orang cahaya mata. dan yang paling bongsu sekarang di USM, sedang mengambil master dan 2 tahun tua dari umur aku. satu lagi yang istimewanya pak ngah ni, dia dapat menggemudi dua kapal dalam masa yang sama menuju jalan arah kecemerlangan didunia dan insaallah di akhirat. 9 orang daripada anak-anaknya telah berjaya memperolehi sijil akademik dan sekurang-kurangnya diploma dan 2 darinya memperolehi ijazah sarjana kedoktoran,2 peniaga, 2 doktor dan 3 guru.

Walaupun begitu pak ngah tetap menjadi orang yang biasa, rumah yang kecil dan tidak pernah teringat akan kejayaan kehidupan nya ditahap maksimum. akhir tahun 60-an penghijrahan beliau ke felda di kota tinggi membuka lembaran baru dalam keluarga beliau. dengan falsafah hidup dan keyakinan diri sendiri juga ilmu agama yang tinggi beliau adalah seorang yang aku cukup kagumi dan disegani juga menjadi idola dalam hidup aku. Kalau nak diukur dengan harta pak ngah ada mewariskan lebih kurang 40 ekar tanah untuk bekalan dunia untuk anak-anaknya.tidak termasuk yang lain kolam ikan, lembu dan lain - lain.

Persoalan yang aku nak lemparkan kat korang adalah.....adakah kita mampu menjadi insan kamil seperti pak ngah ?. adakah kita mampu mendidik anak kita seperti pak ngah? adakah kita boleh mengikut perjuangan sekuat pak ngah? dan adakah kita sampai ilmu agamanya macam pak ngah? akhirnya, adakah kita boleh kumpul harta sebanyak pak ngah?.Supaya kita dapat mengukur dimana tahap kecermelangan kita sebelum kita dipanggil dan tinggal di alam sebenar untuk selama-lamanya.

Terduduk aku kejap mengenangkan sayang nya aku pada pak ngah yang aku panggil abah yop.

Terima kasih

dari
bumu UK

Posted by mybaha at 9:16 AM BST
Post Comment | Permalink

Newer | Latest | Older