BAHARUDDIN HOMEPAGE
"Kehidupan di Uk : Satu Pengalaman

Home

"Kehidupan di Uk : Satu Pengalaman

Assalamualaikum.

 

abang.jpg

Memandangkan ramai yang bertanyakan pasal persediaan saya sebelum ke UK dan minta saya mengulas tentang tip ke UK mengikut pengalaman saya, jadi eloklah jugak kalau saya tackle topik ni dulu. Memandangkan hari ni tak begitu banyak kerja yang urgent, jadi eloklah saya mula menulis. Sekali lagi saya ingin menyatakan bahawa cerita ni adalah pengalaman semata-mata bukan ingin menonjolkan apa yang baik dan buruk pada diri saya. Jadi pada sesiapa yang berminat je la yang baca cerita ni, yang tak minat boleh delete je e-mail abis cerita.

 

Terima kasih kepada semua yang mengirimkan e-mail kepada saya. Saya menerima puluhan emel-emel peribadi dari mereka yang ahli dan bukan ahli eGroups ini memberi semangat dan sokongan untuk saya terus menulis.Insaallah saya akan cuba seberapa yang saya mampu dalam kesibukan disini. Lagipun selalunya saya mula menulis pada waktu malam, jam 12 keatas setelah semua kerja selesai. Dari balasan-balasan yang telah diterima, saya amat terharu bilamana mengetahui siri ini sedikit sebanyak memberi seakan semangat baru bagi anda untuk terus memajukan diri. Ada juga yang menjadikan siri sebagai rujukan bukan sahaja dalam konteks pembelajaran malah "modal bercerita pada boyfriend/girlfriend"...he...he....

 

 

TIPS RINGKAS KALAU NAK KE U.K.

 

 

Kenali UK

 

United Kingdom mempunyai kawasasan seluas 129,645 km persegi dan terdiri dari wilayah England, Scotland, Wales dan Ireland Utara. Jauhnya dari Malaysia adalah lebih kurang 115,000 km jadi kalau berhasrat nak hitch hike ke UK tu, bawalah bekalan mencukupi kerana perjalanannya mungkin mengambil masa yang agak lama. Populationnya adalah sekitar 60 juta penduduk yang mana 95% berada dalam wilayah England. Majoriti penduduknya menganuti agama Kristian Protestant walaupun ada terdapat sejumlah kecil mereka yang beragama Roman Katolik, Islam, Judaism dan Hindu.

 

Ada yang meminta saya memberi komen terhadap krisis antara kaum yang terjadi baru-baru ini di Bradford. Cukuplah jika saya menyatakan bahawa di mana-manapun, termasuk di Malaysia, terdapat golongan racism (termasuk umat Islam kita sendiri) yang memusuhi bangsa lain. Orang yang berfikiran sempit nih ada di mana-mana. Bila golongan racist Kristian dan golongan racist Islam bertemu, hah, jadilah apa yang terjadi. Jadi kita yang nak ke sana tak perlulah "gatal" nak join mana-mana pertubuhan politik ke pertubuhan apa ke yang menjurus pada racism nih kalau nak "selamat

 

But to be fair, cuba elakkan belajar di tempat-tempat (selalunya pekan kecik) yang mana penduduk Islam Pakistan menguasai sebahagian besar ekonomi di sana (kedai runcit, pasar raya, dsb). Macam kitalah jugak.... bumiputera malas nak bekerja, jadi bila bangsa lain menguasai ekonomi, kita jealous lak....dan kejealousan ini mendorong pada ketegangan dan akhirnya rusuhan.

 

Cuaca di UK adalah seperti masyarakatnya juga iaitu "unpredictable". Masa menutup pintu keluar dari rumah cuaca panas, masa sedang berjalan tiba-tiba mendung, masa nak sampai ke gate Uni angin kuat menderu dan bila sampai saja ke bilik fakulti hujan pun turun. Empat keadaan cuaca dalam jarak masa perjalanan 10 minit dari rumah ke Uni. Magik habis. Suhu di sekitar musim panas adalah dalam lingkungan 23-25 celsius dan ada kalanya boleh mencecah sampai 30 darjah. Dalam musim sejuk pula, majority kawasan di Britain adalah sejuk dan lembab daripada bersalji. Jadi saya nih kira bernasib baik jugalah kerana baru beberapa bulan kat sini dah berpeluang bergelumang dalam salji tebal..... yang lain tu sekadar bergelumang dalam fros sajalah.

 

Ekonomi Britain sebahagian besarnya datang daripada "invisible" import dan export services, terutamanya dalam perkhidmatan kewangan. Terdapat juga juga keuntungan dari aktiviti perlombongan minyak dan gas. Sektor pembuatan juga adalah penting terutamanya dalam sektor pertahanan. Namun industri berat yang suatu ketika dulu menjadi sumber pendapatan utama Britain telah banyak memberi laluan kepada produk lain seperti farmasi. Faktor inilah yang mendorong kepada peningkatan pengangguran di beberapa tempat. Tapi kalau anda nak buat bisnes, fleksibiliti Britain dalam undang-undang buruh telah menarik minat pelabur asing yang kini mempunyai syarikat-syarikat gergasi di sana - macam Rover, BMW dan he...he...Proton. Malah kita juga harus berbangga apabila anak-anak Malaysia Melayu Islam kita telah berjaya "take over" beberapa syarikat gergasi seperti Lotus, studio perfileman dan beberapa syarikat IT di Britain. Mohammad Al-Fayed (potential mertua Mendiang Diana) memiliki Harrod's, gedung membeli belah paling "mengancam" di Britain. Saper kata semua Melayu takder potential? Yang penting ialah membuka mata, minda dan memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan secukupnya

 

Britain merupakan negara "constitutional monarchy" yang dipimpin oleh Queen Elizabeth II. Britain ditadbir secara khusus melalui Parlimen yang terletak di Westminster Abbey, London - terdiri dari House of Commons (Dewan Rakyat) dan House of Lords (Dewan Negeri). Commons menguasai tampuk pentadbiran termasuklah hal ehwal polisi nasional, kewangan dan perundangan. Ianya terdiri dari 650 ahli Members of Parliament yang dipilih melalui pilihanraya

 

Dah ler tu kot....

 

Cerita sebelum dapat belajar kat UK

 

Ada le sedikit kisah disebaliknya, pasal apa saya nak sangat belajar kat UK ni. Ini semuanya bermula apabila saya terpaksa melupakan hasrat saya kesini apabila aruah ayah saya meninggal tahun 1995 dulu. Saya ni anak lelaki sorang je, yang lain semua perempuan jadi walaupun saya berpeluang pada masa tu nak pi belajar kat luar negeri untuk menyambung pelajaran tapi terpaksa le dilupakan seketika kerana rasa tanggungjawab nak menjaga ibu dikampung. Tapi semua rakan-rakan saya dah dapat pergi, dalam hati kecil saya berkata aku mesti pergi walau apapun berlaku satu hari nanti. 7 tahun berlalu, akhirnya dapat juga saya pergi belajar kat sini.

 

Apa-apa perbuatan pun mestilah datangnya dari niat, jadi kena le ada semangat kalau langsung tak ada impian tak jalan juga. Jadi kekecewaan saya (masa nak buat degree nak ka UK tak kesimpaian) menjadi semangat kat saya untuk terus berusaha. Macam-macam le dok cari jalan macam mana nak pergi luar negeri ni, yang kelakarnya dulu ada le cuba nasib masa belajar dulu hantar nama kat HEP untuk program pertukaran pelajar ke luar negeri,hehehhe mana nak dapatnya.

 

Saya ni bukan nya pandai sanga tapi nasib je baik, dalam umur 20 tahun nak masuk 21 tahun, saya dah dapat degree. Masa temuduga susah juga nak terangkan macam mana saya boleh habis degree cepat. Lagi menghairankan saya juga mempunyai 2 diploma. Ada yang kata ko beli ke beli kat mana degree ni? cerita macam mana saya boleh habis cepat dan dalam masa yang sama ada 2 diploma ni saya akan cerita pada e-mail yang akan datang, Insaallah.

 

Lepas tu fikir le saya nak ambil master kat UK le.tapi macam mana ya. Tanya kawan-kawan macam mana kalau saya pi sana, lepas tu keja kat sana dalam setahun dan lepas tu dengan duit tu aku nak ambil master. Diorang kata ko ni gila ke, tak pernah dibuat orang. Lepas saya ambil degree, saya kerja tempat saya priktikal dulu(EON Snd Bhd.). Otak saya mula berkembang tentang erti penghidupan sebenar yang dulunya saya anggap hanya mengikut arus je. Dah mula fikir nak khawin, nak banyak duit dan bermacam-macam impian. Bakat berjual beli yang saya dapat dari aruah ayah saya tak saya sia-siakan. saya dah mula berjinak-jinak dalam peniagaan, masa saya buat belajar lagi. So saya berhenti kerja dan ambil keputusan nak buka perniagaan sendiri. Alhamdulilah banyak le juga projek yang saya dapat dan sampai satu masa pernah pekerja aku mencecah sampai 5 orang(termasuk part time). Kira ok le tu pasal saya baru buka 2 tahun dengan modal RM 5,000.00 je. Dan dalam masa yang sama saya ambil master(pakai pembiayaan sendiri), pasal saya rasa tak cukup ilmu lagi.  Masa master tak dapat juga nak belajar kat UK. Masa tu rasa dah tertutup peluang saya nak pi belajar kat luar negeri.

 

Ceritanya bermula apabila saya balik kampong masa raya, jumpa kawan saya masa main bola kat padang. Dia ni kawan sekolah rendah saya dulu, rahmat namanya. Dia kata, sekarang dia kerja kat ITTHO. Apa ITTHO tu?, kilang perabut kebukan main marah dia. Tapi saya dengan dia memang selalu bergurau. ITTHO tu Ins. Teknologi Tun Hussein Onn bawah UTM. Masa tu saya fakir satu je, saya nak balik kampung dan nak jaga mak saya yang tinggal seorang, Ini peluang besar ni. Lepas cuti raya, pagi-pagi lagi saya dah ke sana minta kerja.Sebulan lepas tu.. Rezeki murah agaknya dan doa dari mak, saya diterima masuk. Inilah satu cara lagi saya nak sambung belajar ke peringat lebih tinggi, kalau nak harapkan pembiayaan sendiri entah pergi ke tak.semangat saya bercambah kembali. Tapi saya hati berbelah bahagi kerana peniagaan saya di Shah Alam dah ok.Satu lagi keputusan drastic saya buat, macammana peniagaan saya?. Nanti le saya cerita.cerita ni bukan nak cerita pasal busnes. Nanti boring pulakkan. Cuma saya cerita serba sedikit latarbelakang hidup saya, untuk memastikan semangat tu tak pernah hilang.

 

 

 

 

Sebelum Berangkat

 

Jadi setelah memperlengkapkan diri, tibalah saat yang ditunggu-tunggu. Punyalah syok. Tapi dalam syok tu, ada juga beberapa perkara yang perlu diketahui. Jangan setakat nak bawa perut jer....sebab saya pergi pun dengan keluarga,banyak le perkara yang terpaksa diuruskan. Pendek kata semua harta dah habis dijual. Kerata 2 buah, kedai, dan bermacam-macam lagi urusan. Nasib baik masa tu tinggal ngan mak, kalau tak terpaksa le fikir mana nak jual sofa, mana nak buang TV, dengan sapa nak beri Perabot. Belum pergi lagi tu dah macam macam masalah.hehhehehhe

 

Kalau ke sana untuk belajar, pastikan beberapa bulan sebelum ke sana anda telah mendapat tempat dari Uni yang anda pilih. Kalau pelajar tajaan tak jadi masalah sebab surat rasmi kemasukan Uni akan disalurkan melalui penaja. Jangan memandai "hah...pergi sana dulu, then baru cari Uni". Kalau biasiswa FAMA takperlah... itupun anda mengambil risiko dilayan sepertimana kita melayan pendatang tanpa izin Bangla bila berada di sana lepas tamat tempoh. Note bila anda kena mendaftarkan diri. Selain itu, pastikan salinan-salinan dokumen yang perlu di bawa semasa mendaftar ada bersama anda. Dalam era IT nih, saya cadangkan agar anda scan segala sijil anda, upload ke Internet/disket dan bila nak pakai cuma print sahaja. Siapa yang dah khawin kena le terjemah sijil nikah, surat beranak (satu keluarga), ini semua untuk urusan disana seperti kemasukan ke sekolah dan lain-lain urusan.

 

Selain dari itu, mula uruskan perihal tempat tinggal anda. Cuba kontek penaja bertanyakan senarai alamat pelajar Malaysia di tempat anda nak pergi tuh. Kemudian hubungilah mereka, cakap yang kita nih nak pergi dan kalau yang ego tuh, mintaklah tolong mereka sambut ngan bunga manggar air mawar. Tanyakan pada mereka hal penginapan. Kalau nasib baik macam saya, mereka akan menyediakan penginapan anda sebelum anda sampai. Bagi yang tak pasti pula, hubungilah Uni untuk booking asrama. Banyak pelajar Malaysia selalunya memilih untuk tinggal di rumah sewa. Kalau yang tak nak peningkan kepala, boleh tinggal di asrama pada tahun pertama dan keluar menyewa di tahun berikutnya. Pada yang dah berkahwin dan ada duit lebih sikit, bolehlah "reckee" dulu tempat penginapan dengan melawat UK beberapa bulan sebelumnya. Again, dalam era Internet nih, carilah melalui Web dan emel sahaja.

 

Bila dah tahu bila perlu mendaftarkan diri, bagi yang berkenaan tu, booklah tiket flight cepat-cepat (kalau pelajar tajaan tak perlu). Jangan tunggu last minute. Selalunya pelajar Uni di UK akan mendaftar sekitar September, ketika MASIH musim panas dan berjuta-juta pelancong seluruh dunia masih melepak di sana. Jadi ada kemungkinan tiket habis pada tarikh yang kita nak (macam nak balik kampung masa Raya ler...). Melainkan anda sanggup ke UK menaiki kapal layar macam Azhar Mansor ataupun naik flight KL-UK melalui KL, kemudian ke Dubai, kemudian ke Russia, kemudian ke Sweden, kemudian ke France dan akhir sekali baru UK...

 

Visa takyah apply ker? Memandangkan kita nih bekas jajahan British, kita tak perlu apply visa khusus sebelum berangkat. Yang penting ialah adanya surat tawaran Uni yang mengatakan kita diterima masuk dan berapa lama kita akan berada di UK. Anda juga perlu ada surat dari penaja yang menyatakan bahawa mereka akan membiyai pengajian kita semasa di sana. Seteusnya Visa akan diberi ketika anda tiba di Heathrow Airport London mengikut budi bicara pegawai bertugas. Namun ada yang mengatakan bila disoal oleh pegawai imegresen, jangan "friendly" terover sangat sampai mereka mengsyaki yang bukan-bukan. Satu "urban legend" antara pelajar UK pernah mengisahkan bagaimana seorang pelajar yang terover friendly nih akhirnya kena strip search oleh polis airport. Apesal...? Sebab beliau tanya pegawai kastam tuh lebih lebih sampai hal ehwal keluarga tok nek tok nyang Kastam tu semuanya ditanya. Jadi...bila di hadapan imegresen, hanya "jawab apa yang perlu jawab sahaja".

 

Seminggu sebelum berangkat tuh, mulalah hebahkan pada segala Pak Nyang, Pak Teh, Pak Su, Tok Kun, Tok Jai, Ateh, Angah, Alang dan sebagainya bahawa "Cek dah nak gi oversea nih". Kalau berkemampuan tu, buatlah sedikit kenduri doa selamat. Kalau nasib baik, dapatlah ekstra duit poket. Saya dulu pun dapat duit poket beratus jugakler masa kenduri...hheehhhe walaupun dah beranak dua.

 

Kemudian, mulalah shopping ala kadar dengan duit pendahuluan yang penaja berikan sewaktu taklimat (kalau tak silap dalam UK1,500 Traveller's Cheque; RM1500 dan UK200 dalam bentuk cash) kalau yang bujang le yang berkeluarga lagi banyak. Anda memerlukan satu main luggage yang baik, kukuh dan mempunyai lock; sebuah hand luggage juga yang kukuh dan trolley kecil yang boleh dilipat-lipat untuk memudahkan menarik semua beg anda bila sampai di destinasi kelak. Baju sejuk takyah ler beli yang tebal sangat sebab kat UK lagi banyak variety dan lebih murah. Cuma belilah satu jaket tebal (saya beli kat Bkt Kayu Hitam jer) dan sehelai sweater wool. Apa? LongJohn? Hah...don't make me howl with laughter, ok????

 

Selain dari tu, bawalah pakaian kebangsaan, sepasang suit (dalam RM200) yang baik, "smart shirts", tali leher, leisure shirts, T-Shirts, slacks, denim, kain batik (bagi wanita), kain pelekat, telekung, sejadah, tuala, songkok, set cadar (dapatkan yang Queen Size), kasut kulit, kasut sneakers, selipar dan tikar sembahyang. Selebihnya macam comforter, duvet, sleeping bag dsb boleh beli di sana bila keadaan memerlukan. Jangan bila ada majlis yang memerlukan pakaian kebangsaan (macam Malaysia Night dan Hari Raya), kita takder pakaian sesuai yang nak diperagakan.

 

Barang-barang lain yang perlu di bawa (the list is endless) termasuklah walkman serta kaset/CD lagu-lagu Melayu, ceramah agama/politik (ikut minat anda), nasyid, ghasidah atau bacaan ayat-ayat Al-Quran. Jangan lupa juga dapatkan satu poket camera yang baik (saya sarankan jenis Olympus yang berharga RM400 ke atas - gambar memang CLEAR habis). Isikan filem siap-siap untuk mengambil gambar masa nak berlepas serta ketika tiba di destinasi kelak.

 

Dua benda YANG WAJIB dibawa adalah:

 

a) Al-Quran (saya membawa yang mempunyai terjemahan untuk kemudahan rujukan ilmiah) dan sebuah Surah Yassin kecik yang boleh di bawa ke mana-mana. Bagi yang bukan Islam.

b) Gambar ahli-ahli keluarga serta boyfren/girlfren/tunang yang akan ditinggalkan jauh di tanahair buat tatapan sayu di kala sunyi atau sebagai modal tangkap leleh bila tiba Hari Raya.

 

Apapun, jumlah berat Main Luggage tidak boleh melebihi 32kg dan Hand Luggage 6kg (bergantung pada destinasi). Kalau lebih dari tu, anda kena bayar ekstra masa check-in kat airport kelak. Satu lagi "Urban Legend" yang famous mengisahkan bagaimana beg sorang pelajar nih bila ditimbang mencecah 80kg!!!! Hah!!! Habis pegawai JPA kat airport jadi musykil dan menyuruh pelajar tersebut membuka beg beliau. Rupanya pelajar tersebut membawa LESUNG BATU dan BATU GILING!!! Bila ditanya kenapa, beliau menjawab (dengan wajah sayu) "Mak saya kata kat sana nanti senang kalau saya nak giling bawang dan tumbuk sambal, cik". Nasib baiklah kaum famili beliau ada di airport, kalau tidak alamat pekerja KLIA dapat batu giling free ler...

 

Bila tiba hari yang ditunggu-tunggu tuh, kalau segala Pak Nyang, Pak Teh, Pak Su, Tok Kun, Tok Jai, Ateh, Angah, Alang dan sebagainya nak ikut menghantar kat airport, janganlah tarik muka empatbelas pulak. Mereka sebenarnya BANGGA dengan kejayaan anda, menyayangi anda dan meletakkan harapan yang tinggi agar anda pulang membawa kejayaan kelak.

 

Bila terdengar pengumuman "Pesawat MH001 ke London siap untuk berlepas"..... hah... masa ni bolehlah kalau nak buat drama peluk cium tangis derai airmata melimpah laju macam air terjun Hulu Langat tuh. Setengah orang memandangnya silly... tapi bagi saya kalau yang tak berkemampuan pulang selalu ke Malaysia atau ibubapa tak mampu menjenguk di sana, they got a point. Bila berjauh nanti, perkara-perkara kecemasan seperti kematian, sakit dan sebagainya pasti menyulitkan. Ya lah... berapa tahun kita di luar negeri macam-macam boleh berlaku. Anak ayam kita pun dah boleh bertelur beberapa round. Kehendak Allah, apapun boleh berlaku

 

Sewaktu berjalan dari balai berlepas ke kaunter imegresen tu, toleh-tolehlah kat mereka yang sedang melambai di belakang. Ingatkan balik jejak tapak yang anda tinggalkan agar tidak sesat anda pulang kelak. Kerana selepas kaunter imegresen, anda sudah berada di "international territory". Sebelum semua wajah tersebut hilang dari pandangan, tolehlah belakang sekali lagi (kalau dengan mata berair pun tak per) walau sedetik untuk melihat raut wajah mereka yang tersayang yang hanya akan anda tatap semula beberapa tahun selepas itu. Itupun kalau umur panjang.......

 

Atas kapalterbang, lakukanlah apa yang patut. Kalau gatal nak ngorat Cabin Crew tu ikutlah... Tapi sebenarnya ada "Urban Legend" lagi yang menyatakan cabin crew nih suka buli students yang nak gi luar negeri dalam group yang ramai. Makanan dalam plane, walaupun macam plastik, tapi rasanya sedap gak.

 

Perjalanan ke UK mengambil masa lebih kurang 11 jam. Kadangkala ada stopover kat Dubai di mana anda kena turun mengosongkan kapalterbang untuk beberapa jam. Ada dua inflight movie yang ditayangkan, dan anda boleh mendengar soundtracknya melalui headphone yang dibekalkan. Kalau yang smoking tuh, bolehlah beli rokok kat dalam plane tapi limitnya cuma satu karton sajer. Kalau lebih nanti kena tax pula bila sampai. Kalau yang dah rindu teramat tuh, mintaklah poskad dan stationery dari cabin crew. Tulihlah pada segala Pak Nyang, Pak Teh, Pak Su, Tok Kun, Tok Jai, Ateh, Angah, Alang dan sebagainya; "Cek ada atas kapal terbang nih... tinggi....gayat habih....". Bila dah habis tulis, berikan pada cabin crew di mana poskad anda akan dipos ke mana-mana destinasi dalam dunia secara PERCUMA.

 

Kalau nak baca Yassin tu bacalah. Tapi seelok-eloknya lelapkanlah mata sebab waktu proses ketibaan kelak akan menuntut kederat anda yang tinggal selepas penerbangan jauh. Lagipun bila terjaga kelak, anda akan berada di satu tempat asing yang jauh dari tanahair dan orang tersayang.... dan memerlukan seribu komitmen, kekuatan, keterbukaan dan semangat demi menyusuri Alur Jalan Di Derap Mimpi yang masih panjang, sunyi, mencabar dan penuh liku demi mencari seberkas ilmu.......

 

-To Be Continued-

 

Wassalam,

 

 

BAHARUDDIN MOHAMED

 

Sebarang komen boleh dihantar ke : baha_nottingham@hotmil.com atau http://www.geocities.com/baharm_nota/karya.html

ibu.jpg

http://www.geocities.com/baharm_md/