"PARADIGMA KEHIDUPAN-BAB 1"
A'kum dan selamat pagi semua kekawan kat relaxjap,
Aku nak tulis pepanjang pun aku tak pandai dan bahasa aku tak le berbunga-bunga. Tapi aku sebenarnya cukup terkilan akan apa yang berlaku, aku baru je bertemu "tasik" ni beberapa bulan yang lalu. Nampak tenang dan biru airnya..tak tahu le "dalam"nya semana, tak tahu ada buaya ke naga...tapi yang pasti ramai yang nak pergi mengail di tasik lain. Buat mereka yang aku tak kenal muka :Asrul, nie feng, Ar_Hej,Q.S, Hasza, Mrs G, Pn. Noraini, Siti Rahayu, Nurlisa, Nasyha, Umie Safa, Shamsul Kamal, Tina Evira, Reen_22, Helmi, Bungapadi, Pak wattan, fu_gi_tive, Amir Syahmi, Pakcik Polis Pencen, Jebat Kasturi, Puteri Cindai putih, Nur Hidayah, Tuan Hakim Mahkamah Syariah Ustadz Muhd Azhari, Hana Hanif, zaileen,Amirul, Shah, Nonie,Azni dan semua yag ada semoga korang teruskan usaha. Aku doakan semua berjaya walau mana korang berada.
Cerita jadi panduan
Berjalanlah Lokman dipadang pasir yang panas terik bersama anaknya ke suatu bandar yang jauh untuk berniaga. Dengan usia yang sudah tua anaknya meminta lokman menunggang untu dan dia berjalan sahaja. Sampai di suatu pekan, mereka berjumpa pada sekumpulan peniaga. Lalu berkata mereka sesama mereka, " tidak patut betul ayahnya, sesuka hati je menunggang unta sedangkan dibiar anak yang kecil berjalan kaki sahaja.". mendengar rugutan itu loman turun dan meminta anaknya yang menunggang pula. Berjalan le mereka, tetiba berjumpa lagi satu kumpulan dan dengan berkata, " sungguh zalim anaknya membiarkan ayahnya yang sudah tua berjalan dan dia hanya menunggang unta". Mendengarkan rungutan itu lokman meminta anaknya turun dan berjalan bersamanya. Maka jumpa lagi sekumpulan wanita dengan berkata" apa ke bodoh mereka ada unta, sanggup berjalan sahaja". Mendengar keluhan itu lokman pun naik dengan anaknya dihadapan menunggang unta yang sarat dengan barang. Maka berjumpa sekumpulan antara mereka dan berkata"tengok, zalimnya mereka itu, melihat unta yang sarat membawa barang dan ditunggang oleh mereka berdua". Mereka memandang sesama sendiri sudah tidak tahu apa nak buat lagi...semua salah dan tak betul
Lokman berkata dengan anaknya, "anak ku lihat lah pada mereka, apa bila kita berbuat sesuatu tentu ada yang tak kena, dan kita mengikutnya juga tidak tahu mana yang betul".
Moral yang ditujukan khas pada asrul dan nie feng juga semua penulis, jangan dengar sangat orang cakap, buat apa yang kita rasa betul dan dan jangan menyempang dari ajaran Allah yang satu itu sudah memadai. Walau beribu nasihat dan tegahan,anggap sebagai pandangan dan teruran positif terpulang pada kita nak diikut atau tidak. Sebenarnya diluar sana keadaannya lebih teruk dari yang disangka. Aku sebenarnya nak cerita lain ni...ya le aku sambung cerita aku pulak.
MULANYA DISINI
Aku bukan tak ada kerja lain nak buat, memang banyak yang nak dibuat dan lagi banyak yang belum dibuat. Tapi bak perpatah orang tua-tua kata " Jari-jemari ku seakan mahu menari dan menulis apa yang ada di benak fikiran ku" hehe. Teringin juga aku nak buat cerpin ke atau buku cerita macam korang tapi al-maklum le aku ni bukan le pandai sangat bab-bab menulis ni kekadang menaip pun tersalah eja.
Cerita yang aku nak bawa ni berkisar tentang hidup aku yang lepas. Dalam melangkah usia yang semakin dewasa ni, aku rasa hari demi hari banyak mengajar dalam pengalaman hidup aku dan aku nak rakamkan disini. Bukan apa, rasanya aku dapat beri panduan dan pengalaman kepada mereka yang masih muda dan sekurang-kurangnya dapat le berkongsi pengalaman aku kat kekawan yang lain. Aku pun tak tahu sama ada cerita aku ni menarik atau tidak tapi beberapa orang rakan yang mengenali aku, meminta aku memahatkan cerita dalam usia sesingkat ini ruangan ini.
LATAR BELAKANG CERITA
Aku dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sederhana di sebuah kampung di utara negeri Johor Darul Takzim. Anak bongsu kepada 4 orang adik beradik, tapi korang jangan kaitkan aku dengan anak manja kerana aku langsung tak manja dari kecil sampai ke saat ini. Dalam usia aku yang baru melangkah 26 tahun ni tentunya banyak lagi ilmu dan cabaran yang harus aku kutip sehari-hari untuk aku mematangkan diri dalam membuat keputusan yang terlalu banyak simpang. Suka duka zaman persekolahan hinggalah sekarang banyak mengajar aku erti kehidupan sebenar.
Kini aku berada di United Kingdom memenuhi hasrat dan cita-citaku yang terpendam lama. Aku menyambung pelajaran aku keperingkat PhD disini dangan harapan aku pulang dan berbakti pada keluargaku, agamaku, bangsaku dan tanah air ku. Memang study di mana-mana pun sama jugak. Tetapi persekitaran sewaktu kita study itulah yang secara lazimnya akan membentuk pemikiran dan pandangan masa depan kita di masa hadapan. Bukanlah aku nak mengatakan bahawa belajar dan bekerja di luar negara itu lebih baik dari belajar dan bekerja di Malaysia, namun bagi yang pernah mengalaminya, tentu korang bersetuju kalau aku katakan ianya, well...kind of different. Aku pun dulunya belajar di Malaysia juga.
Ada le sedikit kisah disebaliknya, pasal apa aku nak sangat belajar kat UK ni. Ini semuanya bermula apabila aku terpaksa melupakan hasrat aku kesini apabila aruah ayah aku meninggal tahun 1995 dulu. Aku ni anak lelaki sorang je, yang lain semua perempuan jadi walaupun aku berpeluang pada masa tu nak pi belajar kat luar negeri untuk menyambung pelajaran (Lagi 3 minggu nak berlepas) tapi terpaksa le dilupakan seketika kerana rasa tanggungjawab nak menjaga ibuku dikampung dan masih bersedih kehilangan ayah tersayang. Tapi semua rakan-rakan aku dah dapat pergi, dalam hati kecil aku berkata "aku mesti pergi walau apapun berlaku satu hari nanti". 7 tahun berlalu, akhirnya dapat juga aku pergi belajar kat sini.
Apa-apa perbuatan pun mestilah datangnya dari niat, jadi kena le ada semangat kalau langsung tak ada impian tak jalan juga. Jadi kekecewaan aku (masa nak buat degree nak ka US tak kesimpaian) menjadi semangat kat saya untuk terus berusaha. Macam-macam le dok cari jalan macam mana nak pergi luar negeri ni, yang kelakarnya dulu ada le cuba nasib masa belajar dulu hantar nama kat HEP untuk program pertukaran pelajar ke luar negeri,hehehhe mana nak dapatnya.
Aku ni bukan nya pandai sangat tapi nasib je baik, dalam umur 20 tahun, aku dah dapat degree. Masa temuduga susah juga nak terangkan macam mana aku boleh habis degree cepat. Lagi menghairankan lagi, aku juga mempunyai 2 diploma pada masa tu. Ada yang kata "ko beli ke beli kat mana degree ni?". Tapi setelah aku terangkan dengan teliti mereka faham, aku memang mudah dapat kerja masa tu. Cerita macam mana aku boleh habis cepat dan dalam masa yang sama ada 2 diploma ni saya akan cerita pada bab-bab yang akan datang, Insaallah.
Lepas tu fikir le aku nak ambil master kat UK, .tapi macam mana ya. Aku tanya kawan-kawan macam mana kalau aku pi UK, lepas tu keja kat sana dalam setahun dan dengan duit tu aku ambil master pakai duit sendiri. Diorang kata "ko ni gila ke, tak pernah dibuat orang". Lepas aku ambil degree, aku kerja tempat aku priktikal dulu(EON Snd Bhd.). Otak aku mula berkembang tentang erti penghidupan sebenar yang dulunya aku anggap hanya mengikut arus je. Dah mula fikir nak cari awek, nak banyak duit, nak beli kereta baru dan bermacam-macam impian.
Bakat berniaga yang aku waris(mungkin) dari aruah ayah, tak aku sia-siakan. Aku dah mula berjinak-jinak dalam peniagaan, masa aku belajar lagi. So aku berhenti kerja dan ambil keputusan nak buka perniagaan sendiri. Aku akan cerita lebih panjang macam mana aku mulakan peniagaan dan rintangan juga kejayaan dalam berniaga. Alhamdulilah banyak le juga projek yang aku dapat dan sampai satu masa pernah pekerja aku mencecah sampai 10 orang(termasuk part time). Kira ok le tu pasal aku baru buka 2 tahun secara aktif dengan modal RM 2,000.00 je pada mulanya.
Tapi aku ingat le satu cerita macam mana aku nak mulakan perniagaan masa tu. Aku terpaksa beli komputer ansuran dan pakai slip gaji abang ipar aku pasal gaji aku masa tu belum cukup dan belum layak untuk buat pinjaman. Seksa betul kalau ingat masa tu...dengan komputer tu le aku bermula segala-galanya. Masa tu aku dah mula dapat dan menunggu beberapa projek untuk dijalankan. Aku nekad dan bertekad, aku berhenti kerja dan berniaga sepenuh masa.
Dalam masa yang sama aku ambil master(pakai pembiayaan sendiri), pasal aku rasa tak cukup ilmu lagi. Masa master tak dapat juga nak belajar ke UK. Masa tu rasa dah tertutup peluang aku nak pi belajar kat luar negeri. Aku cerita serba sedikit latarbelakang hidup aku, untuk memastikan semangat tu tak pernah hilang.
Cerita pasal semangat ni aku terfikir sesuatu. mungkin perkara ini biasa bagi kita tapi sejauh mana kita melaksanakannya. Teringat pada seorang kawan aku, cerita tentang "Mana Hilangnya Semangat". banyak sebenarnya kalau nak kupas benda ni. Tapi mungkin aku nak kongsi sikit idea aku dan apa yang aku buat selama ni. Aku nak bawa korang tentang persoalan mengapa semangat itu hilang?,dan tentunya bagaimana nak mendapatkan nya semula. Apa yang aku tonjolkan ini bukan "semangat" tentang kemelayuan atau "semangat" kepartian atau seumpamanya. Tapi definasi semangat untuk berkerja, semangat untuk belajar, dan lain-lain .Biasa la...selalu kita dengar kekawan atau kita sendiri meneluh "aku hilang semangat le nak bekerja" atau " aku dah hilang semangat nak belajar kat sini".... mengapa semua ini berlaku......
Sebelum tu,aku nak beri tahu yang ini bukan aku dapat dari mana-mana buku, teori ni adalah datang dari aku dan pengalaman aku yang lepas. Aku cuma nak kongsi dengan korang dan terutamanya mengingatkan diri aku sendiri.perjalanan hidup kita dari kecil hingga 20 dan lepas dapat degree selalunya disalur oleh impian atau galakan dari keluarga. cerita nya yang menarik lepas kita dah berumah tangga atau dah bekerja. Hilang tumpuann dan persoalan "apa nak jadi" selalu bermain di benak dan fikiran kita. bagi pendapat aku, hilang nya semangat adalah berpunca daripada tiadanya MATLAMAT dan plan masa depan. mungkin kita selalu berangan nak dapat macam-macam tapi apa kesudahannya.... selalunya kita akan mula bosan dan hilang tumpuan akan apa yang kita impikan. Aku rasa kalau kita rasa benda yang kita fikir tu betul dan boleh membawa keuntungan, jangan fikir pepanjang pasalnya sedang kita mengira-gira dan merancang terlalu lama dah ada orang berlumba-lumba membuat kejayaan mereka dengan idea yang hampir sama.
Cuba teliti dan duduk berfikir semula,ambil masa sekejap ...perjalanan hidup kita yang lepas dan apa yang berlaku dalam tempuh 5 tahun lagi. tepuk dada
tanya sendiri, tentunya semua orang dapat menjawab persoalan itu kerana sendiri sahaja yang tahu akan kelemahan dan kelebihan diri sendiri. apa yang aku nak maksudkan adalah perancanagn teliti amat perlu dalam kehidupan kita.
Hilang nya semangat adalah kerana tiada matlamat!, sama ada matlamat jangka masa panjang atau singkat.... selalunya kita hanya duduk dan berkerja disuatu tempat untuk nak dapatkan duit.....kerja bertahun - tahun ....lepas tu berhenti, tak tahu apa nak buat...ikut nasib je.
APA YANG AKU BUAT
Perancangan 5 tahun sekali adalah yang terbaik...cuba ambil kertas dan lakarkan matlamat korang...simpan cebisan kertas itu baik-baik dan lihat semula pada tahun berikutnya. adakah matlamat anda tercapai setiap tahun.....hingga lah sampai 5 tahun.kalau kita bekerja punya matlamat tentunya semangat untuk bekerja akan
bertambah...contoh paling mudah, kalau ada yang nak bernikah hujung tahun ni kena cari duit RM15,000, so kena le bekerja kuat .... untuk dapatkan duit...tak kan kerja main-main kang kena berenti kerja pulak kan, tak dapat nikah.hehehe
Aku simpulkan disini ada beberapa perkara yang kena kita lihat dan perhatikan untuk semua ni:
Takdir ALLAH dan ketentuan ALLAH.
Walau bagimana pandai dan bagusnya kita merancang matlamat kita, haruslah kita ingat bahawa "KITA HANYA BOLEH MERANCANG TUHAN YANG MENENTUKAN". Oleh itu kita perlulah berusaha dengan bersungguh-sungguh disamping doa yang tak putus kepada Allah yang esa. Tentunya dengan pertolongan Allah la jua kita memperolehi kemenangan yang mutlak...insaallah.Disamping itu percaya yang mana "Allah tidak akan mengubah nasib sebuah kaum itu hanya apa bila meraka berusaha untuk mengubah nasib meraka". kita dah berusaha dan lepas itu bukan kerja kita.
plan A,B,C,D.....Z
Ada yang berkata memang senang "cakap" dan matlamat tu memang dah lama ada tapi susah untuk dilaksanakan. Selama ini matlamat tu hanya disimpan dan diletakkan
didalam otak. cuba lepas ini tulis atas kertas. Bukan apa, apabila kita tulis kita akan lebih ingat. Kalau rasa lupa matlamat tu, tengok balik kertas tu...dan tentu le bersemangat semula (aku le macam tu tak tahu korang) kerana kita punya tujuan dan target untuk kita tuju. Dan berimpi sentiasa menjadi yang terbaik.
Untuk mendapatkan sesuatu yang bernilai bukan satu perkara yang mudah. buat dari mula...dan mulakan dari langkah pertama. untuk menuju pada sesuatu tempat yang
jauh tentunya punya banyak rintangan dan cobaan. Kita perlulah berfikir dan menyediakan lakaran atau plan lain apabila plan yang asal tidak boleh digunapakai.
kadang kala kita terpaksa berundur pada tempat asal tatakala kita sedar yang kita "tersesat jalan".ilmu dan teori ini banyak dipakai oleh ilmuan dan orang yang berjaya dalam hidup.
3. Matlamat yang terlalu tenggi
Apabila kita meletakan matlamat dan impian yang terlalu tinggi pada masa yang terlalu sengkat, ini akan membuatkan kita bosan untuk memburu cita-cita. kita tahu akan kemampuan kita, apabila kita dapat lebih dari apa yang kita targetkan itu semua adalah bonus...selalunya apa yang kita hendak akan tercapai kalau tak ada faktor luar yang menghalang. Insaallah
"Yang baik tu dari Allah, yang buruk tu dari kejahilan diri saya sendiri"
HOBI KU MENJAJA-"MASA KECIL"
Dalam bab ni aku akan banyak bercerita tentang bagaimana aku mula berniaga, proses-prosesnya, semangat nak berniaga, untung rugi berniaga, dan segala yang berkaitan dengannya. Tapi aku bukan lah businessman yang telah berjaya tapi pengalaman yang aku nak cerita adalah perkembangan dari peringkat bawah hingga dari mula memikirkan apa yang nak berniaga. Mana le tahu ada yag bercita-cita nak buka peniagaaan dan bila baca cerita aku terus jadik buka orang kita juga yang berjaya. Berniaga tu 9/10 dari punca rezeki .
Kalau masa kecik-kecik dulu mamang ramai yang kenal aku kat kampung. Pasalnya aku selalu ikut bapak aku menjaja jagung dan sayur meranti dari kebunnya. Kekadang kalau ayah aku ada kerja lain aku je yang pergi. Kalau tak ada meranti dan jagung aku jual keladi, ada sekali tu penggaga mak aku tanam pun aku jual..tapi mak bapak aku tak tahu le. Duit tu aku beli merecun
Setiap hari rabu ke pasar rabu jual apa yang patut, aku bantu ayah aku berniaga dari kecil. Dipendik kan cerita aku dah kenal duit dan pandai mengira dai umur aku 6 tahun. Kalau ada apa-apa keraian kat kampung macam tok menteri dating ke atau pertandingan nahsid ke aku memang tak lepaskan peluang nak ikut ayah aku berniaga. Aku tahu susah ayah aku cari duit nak besarkan aku berempat beradik. Aku selalu le dok bakul depan motor Honda buruk dia bila kat set belakang penuh dengan barang jualan, masih segar lagi dalam ingatan ku. Kat sekolah rendah, kalau ada hari kantin aku le ketuanya...jual cendol, jual kerepek dan lain - lain. Pi sekolah selalu tentu aku akan bawak kerepek atau kacang dibungkus kecil (10 sen satu) untuk aku jual dengan semua kekawan kekadang cikgu pun beli sekali.
Bakat aku mula terserlah masa kat sekolah menegah lagi.... Hehehe .Tapi cerita ni jangan le korang ikut lak, aku ceritakan bukan apa aku nak tunjukkan yang aku ni bukan le budak baik sangat, tapi bukan jahat dan banyak perkara berlaku masa zaman aku bersekolah dulu yang mungkin aku boleh kongsi. Masih lagi aku ingat, aku berniaga rokok dan roti canai kat semua kekawan asrama aku yang "memerlukan"nya hehe,. Dulu aku pernah bersekolah di sekolah berasrama penuh dan nama sekolah tu aku terpaksa lah rahsiakan untuk kepentingan pribadi. Untuk memudahkan aku namakan dengan SMSJ je...hehehe sesiapa yang sekolah kat sini memang dia tahu le. Gara-gara aku berniaga dan fly pagar nak beli coti canai kat kedai mamak luar asrama, aku kena buang sekolah masa aku tingkatan 2. Tapi aku ni bukan nakal sangat, tapi rasa brutal sikit masa tu... la ni tak lagi biasa le bebudak remaja. Ingat pulak aku tentang penulisan rakan kita Ar Hej "Nerd dan Cool", cerita dia banyak kena mengena dengan aku. Cerita pasal sekolah ni aku akan kupas lebih lanjut dalam bab-bab selepas ni. Sebenarnya ada satu perkara yang aku rasa titik perubahan hidup aku yang dulunya nampak kelabu menjadi terang benderang seakan ada satu semangat dalam diri aku lepas peristiwa tu, nanti le aku ceritakan
Kat sekolah masa tu banyak aku berniaga, sebagai contoh aku ada le curi buah tembikai kat kantin asrama tu(dah cari balik mak cik kantin tu...aku dah mintak maaf) dan potong kekecik taruk asam..jual semula kat bebudak asrama semata-mata nak kumpul duit ngan geng-geng aku nak beli bola takrow, pasal kita orang suka main takrow, dan sekolah tu tak da bola takrow... Hehhehe... Kira macam robin hood la tu ...curi harta orang kaya dan beri balik kat orang miskin..itu agaknya perasaan aku masa tu. Masa terejal mana nak ingat apa.
Satu lagi contoh bila aku beli rokok (3.00 sekotak) kat luar sekolah dan roti canai (30 sen sekeping), harga dah naik dua kali ganda bila ada dalam asrama..tapi laku...kira kalau satu malam beli 30 keping dan 2 kotak rokok tu kira sesenang je habis. Tapi yang peliknya aku jual je rokok, aku tak lak hisap rokok sampai sekarang. Semua tu dah berlalu, kenangan tinggal kenangan.
"SETAPAK DALAM DUNIA PERNIAGAAN"
Korang ingat tak cerita yang aku cerita yang ayah aku meninggal bila aku nak berlepas ke US dulu masa nak buat degree. Masa tu aku terpaksa berdikari sendiri.Ceritanya bermula bila aku tak dapat biasiswa dan bantuan di universiti. Aku tak dapat bukan aku tak layak kerana masalah teknikal... aku lambat dapat pinjaman. Dulu aku pernah le mendapat biasiswa dan dah pun sain untuk keluar negara, sekali tak jadi dan proses tu memakan masa bertahun untuk aku dapat pinjaman semula. Mungkin sekarang ni semua ni tak berlaku lagi kerana semuanya menggunakan peralatan serba canggih dan teknologi komputer. lepas tu sampai setahun setengah aku kat universiti belum dapat lagi. Masa tu tak ada siapa yang nak tanggung aku, pasal ayah aku dah meninggal dan terpaksa aku yang menganggung ibu dan adik anggkat aku dikampung kerana semua kakak-kakak aku telah pun berkeluarga. Dalam menguruskan hal pelajaran aku terpaksa memikirkan mana nak cari duit untuk pembelanjaaan aku kat universiti dan bagai mana makan pakai emak dan adik aku dikampung.
Rupanya kesusahan membantu kita melihat dengan lebih kehadapan, aku bermula berfikir macam mana nak cari duit masa tu, budak baru 18 tahun apa le yang aku tahu buat. Banyak le pekerjaan yang aku buat dari mendapat upah membersihkan kawasan surau sampailah jadi pencuci pinggan kat kantin fakulti aku. Siapa aku nak mintak tolong, akak-akak semua ada la yang tolong, tapi seberapa sangat le semua kakak-kakak aku suri rumah je, jaga anak mereka yang ramai. Yuran universiti, makan aku, sekolah adik aku(F), makan mak..pening aku, mana aku nak cari duit. Ada le aku mengadu dengan universiti dan mereka dapat bantuan juga dan aku dapat sumbangan RM 500.00 masa tu punya le aku berterima kasih pada mereka yang menghulurkan bantuan. Kalau aku cerita korang aku cuma makan roti bercecahkan air teh panas je tiap hari korang percaya tak. Itu le yang terjadi pada aku, itu le sarapan, itu le makan tengah hari dan itu le makan malam. Bak kata orang tua-tua "berat mata melihat berat lagi bahu memikul"
Mula aku berniaga, aku mengikut seorang kawan aku menjual komputer. Sebuah komputer yang aku jual aku akan dapat RM30.00....kenapa aku nak jadi juru jual pulak? . untuk permulaan, aku minat pada komputer dan aku rasa tentu kawan aku ni boleh ajar aku macam mana nak baiki komputer. Lupa aku nak cakap, dalam masa yang sama aku belajar malam di sebuah kolej di subang, aku ambil diploma pada masa tu. Part time ni aku dah buat dari aku menunggu nak dapat keputusan universiti nak menerima aku atau tidak selepas aku menolak pergi ke U.S dulu, tanpa membuang masa aku ambil le diploma in information technology. Lagi satu nak fikir bayaranya..tak pa le sabar je lah. Korang dapat bayangkan tonggang langgangnya hidup aku masa tu. Ingat pesan aku satu je" kalau ada kemahuan tentu ada jalan "
MULA DENGAN YANG KECIL
Aku pun ikut le member aku tu hampir setengah tahun kesana ke sini bawa dan pasang komputer. Aku tahu sesikit tentang komputer yang sebelum ni tak tahu langsung dengan benda ni. Masa tu dapat le aku dalam RM 300.00 sebulan dari hasil kerja penjualan komputer, duit tu le aku gunakan untuk menyara hidup aku, emak dan adik aku dikampung. Masalahnya mula timbul apabila komputer yang aku jual rosak dan aku tak tahu nak betulkan ...ya le mana aku tahu ..jual tahu le. Aku ingat kan le member aku ni tahu tentang repair komputer dia pun tak tahu langsung. Macam mana kawan aku ni lepas tangan je lepas jual, ni yang aku benggang ni ..aku tak sedap hati pasal nama aku jugak yang buruk,jadi aku ambil keputusan belajar le sesikiit cara pemasangan komputer dari rakan-rakan yang tahu.
Aku dah masuk tahun 2 dan alhamdulilah semuanya berjalan lancar dan ramai orang yang nak tolong aku. Dari pelajar sampai le pensyarah beli komputer dengan aku. Masa tu aku dah mula ada hand set dan kereta untuk kemudahan aku, ya le senang sikit bila nak hantar komputer bila ada tempahan. Dari memula dulu, sapa yang ada bawak monitor dangan motor kecuali aku masa tu...Aku mula sewa kedai dan gajikan budak untuk jaga kedai aku tu..bukak kecil-kecil je. Aku dah mula berniaga dan banyak kawan. Tapi skop aku banyak lebih tertumpu pada para pelajar dan pensyarah je juga warga universiti. Bila aku di tahun 2 pengajian, aku mula daftarkan syarikat aku sendiri dan ingin berdikari sendiri. Aku daftar kan nama syarikat aku dengan nama TEC..... sales & service dan akhirnya 4 tahun selepas itu namanya bertukar TEC......... Sdn. Bhd. Dalam masa yang sama aku tak mengabaikan pelajaran, alhamdulilah aku habis degree aku dengan kelas dua atas dan purata CGPA aku 3.53/4.00. Yang aku nak tekankan ialah, apabila kita berbuat apa sekalipun kita kena ingat apa tujuan utama kita. Sebagai contoh aku beniaga masa tu bukan nak kaya Cuma nak cari duit untuk menyara hidup aku masa tu dan tak guna le kalau aku cari duit tapi aku abaikan pelajaran aku.
Kerata yang aku beli aku sewakan. Tiap bulan aku kena bayar RM 700 kat bank tapi aku sewakan untuk pelajar. Kalau sewa sehari 100.00 . kalau hari sabtu ahad dapat le 120 so korang dapat bayangkan le ..kalau dapat 10 hari pun dah kira ok pasalnya aku dah dapat bayar duit kerata. Tapi selalunya lebih. Aku beli kerata masa tu aku fikir senang nak balik kampung jengok mak aku, bukan untuk bergaya. Masa tu, aku masih lagi pelajar.
Perniagaan aku semakin maju, ada yang nak beri projek kat aku mungkin melihat kesungguhan aku masa tu tapi aku tak nak ambil pasal aku takut tak terbawa pasal aku kena le belajar juga. Selain komputer aku juga suka dalam bidang penerbitan. Aku saja je ambil krusus rekabentuk dan penerbitan untuk kerjaya aku. Selain komputer dan kerata aku ada juga buat projek cenderamata atau buku penerbitan kat kampus dula.
Aku dah mula dapat projek buat buku, cendaramata dan sijil ...aku buat cover buku dengan idea aku sendiri dan aku hantar pada mereka yang nak buat lepas tu aku pi cari kedai yang boleh buat printing kebanyakan di jalan pudu, kuala Lumpur dan serdang. Dapat le untung sesikit banyak kekawan je yang tolong aku masa tu.Aku meniaga masa tu nak suka-suka dan nak tampung yuran pengjian aku disamping cari duit untuk mak dan adik aku kat kampung.
Insaallah, cerita ni bersambung minggu depan pada hari yang sama...tak tahu le kalau ada yang tak suka cerita aku ni ... pun aku sambung kecuali tuan monderator yang tak luluskan cerita aku ...heheh jangan le marah saja bergurau
Posted by mybaha
at 8:27 AM BST