Blog Tools
Edit your Blog
Build a Blog
View Profile
« June 2003 »
S M T W T F S
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30
You are not logged in. Log in
Entries by Topic
All topics  «
"KeKaWaN"
"Dari Sebuah Desa Ke Ibu Kota"
Monday, 9 June 2003
Bank...oh..bank
Satu yang aku tak paham orang kat UK ni kalau nak layan orang sampai berjam-jam. tadi aku pi bank, ingat nak hantar duit gi m'sia nak bayar baki pinjaman awin ngan JPA. panjang betul aku beratur ada le dekat sejam. lepas dapat je giliran aku ..aku cakap ngan orang tu aku nak anto duit ke m'sia dia pun terang kan le...lepas tu dia kata aku tak boleh hantar pasal aku tak ada alamat bank dengan tepat. dia takut duit tu tak sampai...la .... macam tu lak lagu nya.

lepas tu dia kata aku kena bayar 21.50 pound untuk sekali anto..banyak nya berapa hari aku kerja tu

Posted by mybaha at 4:03 PM BST
Post Comment | Permalink
Minggu Baru
Rasa kejap je dah masuk minggu baru lagi
pantun PhD..

Mula nak datang punya le suka
Satu keluarga hantar kan kita
samapi di airport terpingga-pingga
Ramainya, rasa-rasa satu kampung semua ada.

berlepas le aku bersama cita-cita
kesini dengan segunung harapan
harapan dari keluarga dan rakan
membawa yang berguna dijadi panduan

sehari sampai terpingga-pingga
kejap je dah sebulan tiba
jumpa supervisor tak ada apa cerita
harap dia terima aku, seadanya

dah sebulan ..aku kat sini
kejap aja aku rasakan
tup-tup dah dekat setahun
apa yang dapat tak tahu apa...

nanti aku sambung

Posted by mybaha at 1:17 PM BST
Post Comment | Permalink
Sunday, 8 June 2003
"Yang Pergi dan Yang Tinggal"
"Cerita untuk panduan dan pengalaman"

Assalamuikum semua kekawan Geng Jurnal,

Lepas magrib semalam aku pi rumah penghulu, ada majlis bacaan tahlil untuk aruah emaknya yang yang baru meninggal petang semalam. keadaan sugal dan duka sangat jelas diwajah semua ahli keluarga. alhamdulilah semuanya selesai dengan keadaan selamat.

Pengalaman kematian orang tersayang bila berada diperantauan amat menyedihkan. aku dapat rasakan kesedihan mereka tapi apa yang kita mampu buat adalah hanya berdoa agar rohnya diberkati oleh Allah hendaknya.Pemergian pak ngah dan nenek pada 17/03 dan 18/03 masih aku terasa sampai sekarang.

Di perantauan ni, kehilangan orang tersayang amat terasa. lagi-lagi,bila orang aku benar-banar rapat yang aku anggap macam bapak aku sendiri. perasaan melonjak-lonjak nak balik kampung tapi...... apa yang aku dapat kerana semuanya telah berlaku dan berlalu. Aku terpaksa tabah dan meneruskan perjuangan aku di sini.

Pak ngah, waris terdekat lepas kematian abah aku 1995, dengan ketiadaan abah membuatkan aku bebetul terjaga dan melihat kehidupan sebenar. Masa tu pak ngah lah yang membantu dan memberi segala bantuan kepada keluarga aku. Dengan aku sahaja yang lelaki dalam keluarga kami, jadi terpaksa tanggungjawab semuanya diserah dan ditanggung oleh aku dalam ketika aku baru mengenal erti remaja. umur aku baru 17 masa tu.Terpaksa melupakan hasrat menyambung belajar di U.S atas kepentingan keluarga...insaallah......Walaupun aku telah dapat surat tawaran untuk kesana.

Dalam kelam kabot aku mengurus diri dan memikirkan keselamatan mak seorang dikampung dan apa akan jadi dengan masa depan aku......pak ngah terus memberikan aku kasih sayang dan perangsang." maafkan aku, mungkin cerita aku kali ni dengan penuh perasaan"...bukan apa cuma kalau teringat kisah dan pengorbanan pak ngah kat aku.

mungkin korang tercari-cari mana point yang aku nak sampaikan hari ni, dengan hati yang sedih, aku reda' akan pemergian nya tapi aku nak berkongsi pengalaman aku dengan korang akan pak cik aku sorang ni yang aku anggap cukup istimewa.

Dalam hayat hidupnya selama lebih kurang 81 tahun banyak pengalaman yang dilaluinya dengan kesenggaraan zaman Jepun dan perjuangannya bersama barisan pemimpin 'pejuang kemerdekaan' mencari kedaulatan negara, pada masa itu. Mungkin kewujudan Long Jaa'far , walau tidak seagung Tun Hussin Onn, tapi aku percaya dia adalah watak penting dalam memberi peranan kebangkitan semangat orang melayu terutamanya di kawasan muar. banyak gambar dan hadiah juga pingat kebasaran yang menjadi tatapan kami sekeluarga. Pak ngah bukan pemimpin sekarang, dia pemimpin melayu tulin.

Dengan hasil 2 perkhawinan, pak ngah di anugerahkan 13 orang cahaya mata. dan yang paling bongsu sekarang di USM, sedang mengambil master dan 2 tahun tua dari umur aku. satu lagi yang istimewanya pak ngah ni, dia dapat menggemudi dua kapal dalam masa yang sama menuju jalan arah kecemerlangan didunia dan insaallah di akhirat. 9 orang daripada anak-anaknya telah berjaya memperolehi sijil akademik dan sekurang-kurangnya diploma dan 2 darinya memperolehi ijazah sarjana kedoktoran,2 peniaga, 2 doktor dan 3 guru.

Walaupun begitu pak ngah tetap menjadi orang yang biasa, rumah yang kecil dan tidak pernah teringat akan kejayaan kehidupan nya ditahap maksimum. akhir tahun 60-an penghijrahan beliau ke felda di kota tinggi membuka lembaran baru dalam keluarga beliau. dengan falsafah hidup dan keyakinan diri sendiri juga ilmu agama yang tinggi beliau adalah seorang yang aku cukup kagumi dan disegani juga menjadi idola dalam hidup aku. Kalau nak diukur dengan harta pak ngah ada mewariskan lebih kurang 40 ekar tanah untuk bekalan dunia untuk anak-anaknya.tidak termasuk yang lain kolam ikan, lembu dan lain - lain.

Persoalan yang aku nak lemparkan kat korang adalah.....adakah kita mampu menjadi insan kamil seperti pak ngah ?. adakah kita mampu mendidik anak kita seperti pak ngah? adakah kita boleh mengikut perjuangan sekuat pak ngah? dan adakah kita sampai ilmu agamanya macam pak ngah? akhirnya, adakah kita boleh kumpul harta sebanyak pak ngah?.Supaya kita dapat mengukur dimana tahap kecermelangan kita sebelum kita dipanggil dan tinggal di alam sebenar untuk selama-lamanya.

Terduduk aku kejap mengenangkan sayang nya aku pada pak ngah yang aku panggil abah yop.

Terima kasih

dari
bumu UK

Posted by mybaha at 9:16 AM BST
Post Comment | Permalink
Friday, 6 June 2003
"Suatu Hari Di hari Raya"
Dari kampus lagi aku rasa rindu kat mak dan keluarga tersangat-sangat. ya le aku dah lama tak balik kampung kerana banyak kertas kerja dan projek berlambak kat kampus yang aku kena siapkan... tahun akhir le katakan.

aku mengelamun sendiri dalam bas melihat kehijauan pokok dalam perjalanan dari pudu raya ke muar. macam-macam aku fikir, pasal mak yang sorang kat kampung, study aku macam mana, aku nak kerja bila, bila le aku dapat kawin ngan A# dan macam-macam. Amoi kat sebelah langsung aku tak peduli melayan lamunan aku..bukan selalu boleh cam ni.

Aku terpaksa balik lambat raya tahun ni, nasib baik le aku dah ambil tekit bas awal-awal kalau tak...hai tak tahu le macam mana. sampai esok nak raya pun aku masih lagi sibuk di kampus. agak-agak sampai 9 malam kat muar ni... nanti aku telepon kawan aku suruh dia tolong ambil bukan jauh sangat.

Tetiba badan aku mula terasa sejuk, " nak demam ke aku ni". aku mula tak selasa, kenapa ni? dahi aku mula berpeluh.... jantung aku bergerak laju..... aku tak pernah kena macam ni. aku tak tahan, macam nak pitam dibuatnya. aku cuba bersabar, bas baru sampai melaka...2 jam lagi baru sampai muar..."la lambatnya bas ni". baru aku teringat ada minyak angin dalam beg aku ambil dan pakai minyak tu tak juga kurang sakitnya.

Macam-macam aku baca ayat lazim yang aku ingat dah nak habis semua ayat yang aku hafal, dah aku baca. aku cuba melelapkan mata aku. aku dah tak kira orang..sampai amoi kat sebelah aku tu pindah tempat lain pasal aku lasak sangat agaknya...aku tak kira dah... aku cuba juga melelapkan mata tetiba ..... aku terjerit kecil..malu aku ...semua satu bas tengok aku. ada seorang mak cik tu...tanya aku " anak meracau ke nak...kesian anak ni". aku buat tak reti je...."nak je aku cakap ngan pemandu bas tu suruh bawak bas laju sikit". tapi apa kan daya.

Dapat le aku bertahan 1 jam sampai ke tol tangkak ...masuk je sampai sungai mati dah jem lak..kerata bergerak pelahan.aku tak paham betul le kat m'sia ni asik jem je..kalau nak jalan jangan le bawak kerata...naik basikal je la..hehehe masa tu tak apa le aku fikir.....muka aku dah mula merah...dalam kesejukan malam aku berpeluh tak tentu pasal.

Aku dah tak tahan macam nak tumbang pun ada...aku cuba kuat kan semangat ..cuba juga aku melangkah. sampai depan.."bang turunkan saya kat sini bang"..pemandu tu cakap..ai dik, lom sampai lagi ni... aku cakap"saya nak beraya rumah nenek saya je kat sini..lambat sangat sampai muar...tak ada orang ambil nanti..dah malam" ...bas berhenti. aku ambil beg. terus berlari tak kira apa..aku rasa mesti pak cik bas tu pun heran ..." ha tu dia, nasib baik le ada....aku terus menuju ke sebuah pam minyak...

10 minit kemudian .."ah' lega". tak pernah aku rasa sakit perut macam ni...sungguh mencabar. aku tipu je pak cik tu tadi kata rumah nenek aku kat sini..mana ada nenek aku dah lama meninggal. hehehe korang pernah ke alami peristiwa macam tu. jam kat tangan dah kul 12, aku tak ada langsung kenal orang kat situ... nak tido sini, kang orang kata aku gila lak ..nak telepon tak ada telepon...abis terpaksa le aku menapak je lebih kurang 20 KM sampai muar...heheh

dah dekat 6 tahun peristiwa tu berlalu tapi masih segar lagi diingatan aku.... tapi sampai kampung aku tak cerita kat orang aku cuma cakap bas rosak...hehhehehhehhehe

BBM, UK

Posted by mybaha at 1:21 PM BST
Updated: Friday, 6 June 2003 4:34 PM BST
Post Comment | Permalink
"Jenaka pagi jumaat"-1
Sorry lah bang chid, tak tau macam mana boleh hilang tengah jalan pantun tu....

ni hah disertakan semula.... khas untuk orang yg beranak-anak. yg belum beranak pun boleh juga, tunggu ajerlah masanya tiba, pasti akan alami juga... hehehehe

Pantun SuKa-SuKa.

Pantun Suka Suka untuk yang Bercinta.... atau pernah bercinta. Kekek
siakz.. ;)

masa bercinta
engkau suka aku pun suka
kemana pergi pun tak apa
yang penting jalan berdua
naik bas pun takpa
jalan tengah panas pun takpa
sampai melecet ketiak jadinya
semua suka tiada duka

masa engkau suka
aku pun suka
tapai yg engkau suka aku pun suka
walaupun sebenarnya tak berapa suka
petai yg engkau suka,
aku pun telan juga
walaupun nak terjegil biji mata
kita sama-sama ketawa

masa engkau suka
aku pun suka
Tempe yg aku makan jadi kegemaran kau juga
walaupun kau tak pernah makan sebelumnya

masa engkau suka
aku pun suka
pakai apa pun tak pe
baju merah tudung biru pun tak ape
tudung kau senget aku kata takpe
gigi kena lipstik aku tak kisah juga
engkau tetap cantik jelita

masa engkau suka
aku pun suka
aku pakai apapun tak ape,
lupa pakai tali pinggang pun tak ape,
T shirt koyak kat ketiak pun tak ape,
Lupa cukur misai pun tak ape,
Kau kata aku tetap handsome seadanya.

baru kahwin,
kau sangat suka, aku lagilah suka
macam dunia kita yg punya
dua minggu terperap dalam bilik aje
sampai makan pun selalu terlupa

kau sangat suka, aku lagilah suka
tiga empat papan petai sehari aku tak pernah lupa

kau sangat suka, aku lagilah suka
hari-hari tiga empat pinggan tempe kau goreng utk
aku saja

bila anak dua
lain pulak cerita,

kau suka aku tak suka,
aku suka engkau tak suka
sebab petai yg engkau suka
aku sangat tak suka
mana taknya, bilik air jadi hancing jadinya
mungkin salah aku juga
manjakan engkau sangat dengan petai saja

kau suka aku tak suka,
aku suka engkau tak suka
sebab hari-hari aku nak tempe aje
sampai kau jemu menggoreng jadinya
mulalah komplen aku anak jawa
sendawa pun bau tempe aje,
tapi salah kau juga
kau tak pandai nak masak yang lainnya.

sampai sekarang ni aku pun tertanya-tanya
suka ke tak suka?...






Posted by mybaha at 12:31 PM BST
Post Comment | Permalink
Detik Jam 4 Pagi
Aku lum tido lagi pagi ni ..tengok kat tinggp dah cerah dan..apasal le aku tak nak tido ni tak tahu le . hari ni aku tel ramai kekawan kat kuitto..saje je nak lepas boring.....main internet...buka e-mail..tak apa-apa le aku ni.

JTMM .....sekarang makin berkembang, dah 41 orang macaam tak caya aku tapi itu le sebenar nya. ok
dah mengantuk nak tido

Posted by mybaha at 4:11 AM BST
Post Comment | Permalink
Thursday, 5 June 2003
Balik jangan taj balik
pukul 12 hari meeting group...biasa le tak ada apa sangat yang nak dibincankan perkara biasa tapi aku dapat kerja baru selain kerja yang sedia ada. kali ni aku kena up-date web page untuk personel scheduling ..ya lah ...apa-apa pun korang beri aku buat.

dah pukul 5.05, rasa aku nak balik pasalnya kul 6 dah nak gi kerja .... hai ini le nasib di perantauan. tak kisah le yang penting anak dan isteri aku makan pakai cukup.

Aku? hari ni ok sikit..mula baca sesikit paper...alhamdulilah. ingat nak mula buat programming nak cuba fitness evaluation dalam rostering tapi....biasa le aku tak tahu nak mula kat mana. tak pa le aku buat le jugak pasal aku rasa bensa ni penting dari aku langsung tak tahu apa aku nak buat mana le tahu dipermudahkan Allah aku dapat buat benda tu ....insaallah. cuba le aku kena siapkan dalam masa terdekap dalam 2 minggu cukup..tak tahu? tapi mr H buat 2 bulan...dia tu tero..aku nak buat 2 minggu ...kena le aku jadi teraris lepas ni.hehe tapi aku puas hati pasl tak le bengang macam biasa.

dah aku nak balik dulu kot...

Posted by mybaha at 5:10 PM BST
Post Comment | Permalink
Hari Khamis yang mendung
A'kum

Hari ni aku bangun lambat sikit terkeju kul 9. malam tadi aku tido dekat kul 4 pagi dok layan internet tengok info yang ada. dah le malam tadi aku terpaksa kerja sampai kul 12 malam pasal ada orang guna ward ...sampai kul 12 ..tenson betui. lepas sembahyang subuh aku baru tido. aku tahu kalau aku tido dulu ni tentu hanyut terus ni...

Pepagi lagi, aku bangun sarapan dah siap..hai kalau aku kenangkan betapa seronok dan deruntung nya aku ni bebetul macam anak raja..bangun lambat... baru bangun sarapan dah siap...wow best betul

aku ingat lepas aku mandi hari ni aku nak pi school kejap..tapi aku nak bayar duit sewa rumah dulu dan kalau boleh hari ni aku nak hantar duit kat kampung le ..... hantar je lah..

aku nak tanya si awin ...nak ke dia hantar duit hari ni..

baha

Posted by mybaha at 11:48 AM BST
Post Comment | Permalink
Wednesday, 4 June 2003
"lagi sekali kena tampar"
Tetiba sebelum makan tengah hari ni ada sorang kawan aku Mrs S jumpa aku, aku cakap "ada apa hal". dia nak cakap ngan aku kejap kat luar. la....kenapa le ni, aku cakap " kejap le aku habis menaip jap" S : OK.

Lepas tu aku pi le jumpa dia, dia tanya aku apasal aku sekarang ni nampak diam je tak banyak bercakap. aku cakap le yang aku tak ada masalah. dia kata kalau ada masalah beri le tahu dia...jangan simpan je. macam sesi kunseling lak aku dengar.

Ye la aku mengaku, sejak - dua menjak ni aku kurang dan selalu tuang pergi school. dia mula nasihat kan aku. aku dengar je dia nasihat. aku tahu sebenarnya apa yang dia maksudkan dia tak nak ada orang malaysian yang gagal.... ? aku mula merenung jauh apa yang akan berlaku pada aku...aku menyesal..tapi apa nak buat...aku rasa bebetul buntu dengan selsama lagi sangat memeningkan kepala aku....kenapa le susah sangat nak buat PhD ni. aku dok kejap mengenang kan apa yang dia cakap semua betul, dia tak salah kan aku cuma mengingat kan aku je. dia kata aku masih muda banyak yang perlu belajo...jangan banyak buanng masa.

kesimpulan yang aku dapat tadi:
1. jangan buang masa...masa berjalan dengan terlalu pantas
2. buat apa yang ko mampu dan tumpukan apa yang ko nak buat...cari dulu apa maslah sebenar
3. janagn kuat sangat berjalan ..... bukan tak boleh berjalan..
4. mulakan dari no 1... dah lambat ke aku
5. dah masuk 8 bulan ni aku masih terkial-kial...ya ALLAH tolong ggggggg le aku ....
aku rasa semua orang macam ketawakan aku, malunya aku. aku kena jaga maruah aku. jangan peduli kat orang lain.

aku tahu:
1. bila aku balik tak bawak phd aku jadi macam sampah langsung tak beguna kat masyarakat. apa aku nak buat nak jadi macam sopi......
2. apa yang aku boleh buat kalau tak dapat phd...nak meniaga...goring pisang je..."ingat laku sangat ke degree ngan master aku ni"
3. budak didikan aku semua dah berjaya dan salah-salah lagi kaya dari aku
4. nak dok kat uk ni, jadi clenar...dah senang cari susah...mak aku macam mana
5. awin, anak-anak ....tidak aku tak nak memusnahkan masa depan aku dengan kesalahan aku sendiri...tolongggggg ya ALLAH beri lah aku petunjuk
mudah-mudahan aku tak lagi sesat jalan.

Posted by mybaha at 1:51 PM BST
Post Comment | View Comments (1) | Permalink
"Tertampar hibat aku hari ni"
pepagi aku maasuk je office aku dah dapat e-mail dari kekawan aku dari k** pasal gajah putih.... abis tu aku ulas le sikit komen diorang.

"sekadar pandangan"

A'kum semua

Melihat pada masalah mengapa sesuatu perisian dan peralatan jarang digunakan dalam pembelajaran dan pengajaran adalah suatu perkara yang berat. Tetapi saya tak berapa berkenan dan bersetuju ada sesetengah pihak yang menyatakan dan me'labal'kan ianya sebagai projek gajah putih. ini akan menjatuhkan nama baik JTMM itu sendiri kalau pihak luar tahu akan masalh kita.Projek Gajah Putih adalah sesuatu yang terbengkalai dan tidak boleh digunakan langsung ......kenapa tidak digunakan, kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran. Masalah ini pernah diutarakan di JTMM-dulu. apa tindakan kita, kalau kita nak dapat pakar tentang sesuatu software tu berjanggut le nak tunggu dan tak ada yang berani nak buat benda tu. mengapa peralatan tersebut tak boleh di'label'kan sebagai gajah putih:

1) Saya tak tahu masalah sebenar tapi setahu saya mengikut perancangan perisian orecal digunakan oleh pelajar tahun 3 dan 4. kita baru je ada pelajar tahun 3 sem ni ....jadi memang patut le kita tak belum gunakan lagi benda tu. (gajah)

2) Sedia maklum proses pembelian memakan masa dan satu percaturan yang rumit jadi pihak jabatan saya rasa telah membuat keputusan untuk membeli perisian-perisian yang difikir penting.

3) Lagi pun, kalau risau tentang versi, saya rasa tidak menjadi masalah kerana dalam tender dan sebut harga telah menyatakan bahawa kita boleh mendapat kan versi terbaru perisian secara percuma (FREE) cuma hubungi mereka yang berkenaan.

4) Setahu saya kita ada seorang pakar dalam bidang dan penggunaan orecal-en nazri. beliau berpengalaman 3 tahun penggunaan perisian tersebut. kerja + projek master

Penyelesaian: kita telah bersetuju pada dasarnya untuk menjadi sebuah universiti yang lebih mementingkan "kemahiran/priktikal" memerlukan peralatan dan perisian yang digunapakai oleh industri. jadi kepakaran dan kemahiran harus ada pada tenaga pengajar. Tak kan nak guna kan C je ...ya tak....mana nak laku di industri.

Dalam kertas kerja jabatan yang dirangka pada awal penubuhannya, untuk mengurangkan masalah tenaga pengajar yang berkemahiran (kalau saya salah sila rujuk pada en. Z dan cik a'ya) dimana kita telah bersetuju untuk :

a) Memilih tenaga pengajar (tutor / pensyarah) yang mempunyai pengalaman di industri sekurang-kurangnya 2 tahun. semua dah ikut syarat saya rasa.....
b) Menghantar tenaga pengajar mengikuti krusus bagi sesuatu perisian dan peralatan yang ingin digunakan(jangka pendik) mempelajari perisian terkini terutamanya perisian yang hendak diajar pada sem depan
c) Menghantar / pertukaran tenaga pengajar ke latihan industri 2 orang satu sem lebih (3-6 bulan) pada bidang yg terpilih. (pernah dibuat) untuk permulaan kalau saya tak silap menghantar 3 pensyarah dan sorang juruteknik ke pusat komputer dalam masa 2 bulan untuk projek netwoking (Mr. hannis dan mr. zali) projek database (roslini dan nazri).
d) Menghantar tutor (sambung belajar) ke universiti yang lebih berteraskan priktikal dah nak habis pun , 3 tutor JTMM hantar ke CASE untuk memastikan kesinambungan kepakaran SE)
e) membuat lawatan ke industri dan mendapat tenaga pengajar dari industri untuk membantu pembelajaran dan pengajaran.(banyak dah....sebulan 2 kali, dulu le)
f) berkerjasama dengan syarikat terkemuka dan cuba mendapatkan sijil yang diiktiraf cth microsoft, orecal dll ( saya rasa belum buat yang ni, kalau kita nak suruh pelajar dapatkan sijil kena le pengajarnya dulu dihantar ) pernah cuba berkerjasama dengan cisco - tak tahu apa jadi sekarang.
g) menghantar tenaga pengajar ke luar negara (Attachment or pertukaran staf ke universiti atau syarikat terbesar dunia cth microsoft dan lain-lain) ...paling kurang 6 bulan. kalau benda ni boleh dilaksanakan amatlah bagusnya, kita terpaksa meminta pihak pentadbiran menyediakan pembelanjaan nya...tapi saya rasa tak mustahil. dan ianya perlu bagi universiti yang berteraskan priktikal, universiti lain memang tak ada burget untuk ni semua.

f) kalau dah tak ada sangat, ambil le tenaga luar.... part time. sebelum kita mempunyai kepakaran itu semua. "jangan korbankan pelajar."

perkara diatas semuanya kalau diambil kira tentunya masalah kepakaran tidak timbul. dan kalau semuanya diambil sambil lewa, akhirnya kita akan berbalik pada asal....universiti teori. bukan saya fanatik sangat tentang priktikal tetapi.... itu maklamat kita dan visi penubuhan jabatan.

Insaallah kertas kerja saya bersama dr. sulaiman bertajuk "Satu pendekatan JTMM,KUiTTHO dalam merealisasikan kecenderongan priktikal dalam pengajaran dan pembelajaran memenuhi kehendak industri masa kini" akan menghurai semua masalah diatas dengan terperinci. insaaalh akan diterbitkan dalah jernal KUiTTHO akan datang.

"Bukan senang nak jadi senang"

baharuddin, nottingham city


Posted by mybaha at 1:37 PM BST
Post Comment | Permalink

Newer | Latest | Older