Blog Tools
Edit your Blog
Build a Blog
View Profile
« July 2003 »
S M T W T F S
1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31
You are not logged in. Log in
Entries by Topic
All topics  «
"KeKaWaN"
"Dari Sebuah Desa Ke Ibu Kota"
Saturday, 12 July 2003
"PARADIGMA KEHIDUPAN-Bhg 4"
"PARADIGMA KEHIDUPAN"-Hidup Berniaga


A'kum dan selamat sejahtera TM dan semua rakan RJ sekelian



Aku kalau nak mula menulis memang susah tapi kalau dah menulis tak boleh berhenti pulak. baik aku mula menulis sekarang sebelum mata makin kuyu. Jam dah pukul 11.32 malam waktu UK sekarang ni, kalau kat m'sia pukul berapa ya. Kena tambah 7 jam jadi pukul 6.32 pagi le, tentu ramai dah bangun bersiap untuk ke pejabat, ke sekolah, sembahyang subuh, yang baru balik dari surau dan tentunya ada yang masih dibuai mimpi indah.



"PARADIGMA KEHIDUPAN" dah masuk bhg ke IV hari ni. Banyak le komen yang aku terima, ribuan terima kasih kepada sesiapa yang sudi membaca bingkisan aku yang tak seberapa ni. Ada yang tanya betul ke cerita yang aku tulis atau rekaan aku semata-mata...jawabnya "terpulang pada pembaca menilainya, tapi cerita yang aku bawa ni cerita dan pengalaman yang sebenar aku lalui. Cuma nama dan tempat sahaja terpaksa aku rahsiakan, ah tak penting sangat kan nak tahu nama , yang lebih penting pengajaran di sebalknya". Lagi pun dalam RJ ni ramai yang kenal aku, aku tak ada jadi masalah kalau sapa nak kenal boleh email kat aku secara pribadi dan aku boleh beri siap alamat homepage aku lagi.hehe kalau dah kenal aku boleh belanja aku mee goring mamak ke bila aku balik m'sia bulan 12 ni.



Seperti yang aku cerita pada posting yang lepas yang aku ni baru dalam bidang menulis ni. Aku ada le tulis buku tapi banyak yang berbentuk ilmiah dan boleh korang dapat dikedai-kedai buku kat KL antaranya "A Book On C-Fundamentals", "Pengaturcaraan Kejuruteraan" dan "Java satu pengenalan", bukan aku nak jual buku lak..hehe dan kalau dapat buku-buku ini tentu korang tahu sapa aku.Aku minta maaf le kalau banyak ejaan aku yang salah dan idea yang tidak tersusun dalam posting yang lepas ..al-maklum le aku kesuntukan masa jadi bila habis je aku menaip terus aku hantar .... Tak semak balik dan tentunya aku akan lebih berhati-hati lepas ni.



Untuk panduan bersama:



"KALAU ADA 100 ORANG YANG TERBAIK DIKUMPULAN KAMU, HENDAKLAH KAMU BERUSAHA UNTUK MENJADI SALAH SORANG DARI MEREKA.


KALAU ADA 10 ORANG YANG TERBAIK DIKUMPULAN KAMU, HENDAKLAH KAMU BERUSAHA UNTUK MENJADI SALAH SORANG DARI MERAKA"


DAN JIKA HANYA ADA SORANG SAHAJA YANG TERBAIK DI KALANGAN KAMU, HENDAKLAH KAMU BERUSAHA DAN MEMASTIKAN YANG SORANG ITU ADALAH KAMU"



....................................................................................................................................

PROJEK DEMI PROJEK



Hari ni aku nak sambung cerita pasal business aku yang tergantung hari tu. aku pasti ramai lagi yang dah berjaya dalam business kat RJ ni dan tentunya ramai juga yang akan berjaya. kalau ada cerita korang sendiri boleh le kita berkongsi pengalaman bersama. aku bukan lah orang yang terbaik untuk bercerita tentang perkara ini tapi aku cuma ingin mengulas dan bercerita tentang pengalaman aku sahaja.



Mungkin ramai yang tertanya-tanya, memang le semua orang nak berniaga dan nak berniaga apa? Selalu menjadi persolananya. Mana ada modal nak buka business yang bebesar .... Aku pun macam tu jugak tapi dengan semangat yakin diri, tentunya korang juga akan berjaya juga akhirnya. Macam aku tulis dalam PK II yang mana kita terpaksa berfikir lebih sedikit dari orang lain untuk menentukan kejayaan diri kita. Korang ingat orang berjaya sekarang ni memang dari kecil dia dah kaya ke, mana ada. Aku ada le tanya kekawan aku yang lama dalam bidang peniagaan, diorang kata orang yang berjaya dalam perniagaan tu sebenarnya orang yang pandai menggunakan peluang yang ada dan pandai mencari peluang. Peluang yang terbaik selalunya hanya sekali sahaja, jadi gunakanlah peluang yang datang itu sebaik yang mungkin.



Dari projek komputer aku dapat tu banyak juga dapat projek membangunkan sistem di swasta dan badan kerajaan. Satu per satu projek aku buat , apa yang aku tak tahu aku belajar(tengok buku balik dan Tanya orang) kira aku le kuli aku le bos masa tu. Banyak juga business yang aku ceburi dari yang berkaitan dengan aku sampai le yang langsung tak ada kaitan dengan aku. selain melibatkan komputer tak kira software atau hardware semua aku sapu, bidang printing abang ikwan yang buat.



Disebabkan business aku ni boleh dikatakan masih kecil lagi kalau dibandaingkan orang-orang lain jadi aku buat projek pun tak ada le yang besar-besar. Yang penting bagi aku adalah keiklasan dan kepercayaan kita membuat sesuatu kerja insaallah ianya akan disukai orang. Aku dah mula le dapat beberapa projek yang semuanya berkaitan tentang komputer pada mulanya. Aku juga telah berkembang dalam bidang printing dan rekabentuk kerana ianya adalah kerja dan minat abang ikwan. Semua aku ambil tak kira kecik ke besar asalkan ada benda nak buat "asal barang boleh jadi duit" dan kekadang dari kecil tu le kita dapat projek yang besar. Banyak le yang aku belajar dari bidang ni dan aku bersyukur melelui pengalaman ini yang aku rasa dapat mematangkan aku bagi melalui jalan dihadapan yang lebih mencabar. Untuk menguruskan sebuah business yang baru nak berkembang bukanya senang. Aku terpaksa panjat tangga demi tangga dan tebalkan muka jumpa sapa saja yang boleh aku ajak berbincang untuk memperkenalkan produk yang ada. Ko tahu le masa tu aku baru je 21 tahun ...sapa le nak percayakan aku.

Akan kesukaran untuk mendapat projek berbentuk pembangunan sistem , aku membangunkan sendiri satu system berdasarkan problem kawan aku di syarikatnya. Problemnya berkisar kepada bidang pengurusan (HR). system yang sedia ada tidak banyak membantunya. System yang aku bangunkan adalah HRMS (sistem pengurusan sumber manusia). Sasaran system aku ini adalah pada industri dan syarikat yang berkelas medium, pekerjanya antara 200-1000 orang. Selalunya syarikat tak ada budget yang banyak untuk membeli system HRMS yang terlalu mahal selalunya dari luar negara hingga melibatkan ratusan ribu. System yang aku bangunkan lebih merangkumi semua masalah dalam pentadbiran seperti maklumat pribadi staf, system gaji, system cuti, dan beberapa system lain. Dengan menggunakan satu system semua masalah tentang pengurusan boleh diselesaikan .

Dalam 3 bulan aku membangunkan system tersebut dan aku mula jumpa syarikat -syarikat dan koprasi yang ingin menggunakan system aku. Alhamdullah aku dapat menjual system tersebut dengan RM 20,000.00 kepada beberapa syarikat. Dari situ aku dapat banyak permintaan untuk membangunkan system, aku pernah membangunkan system pengurusan sekolah, system pengurusan stok dan lain-lain. Aku suka buat system ni bukan apa, kurang modal sikit dari buat bebenda lain..masa tu bukan banyak modal...aku tak ada pinjam bank ke atau dari mana-mana cuma bermodalkan RM 2000.00 je(seperti yang diceritakan PK II) . Hingga lah aku dapat satu peluang untuk membangunkan sebuah system yang melibatkan satu kerajaan negeri meliputi rangkaian semua daerah bernilai lebih kurang 150,000.00 mengikut 3 fasa yang harus disiapkan sebelum 2 tahun. Dari pembangunan, latihan, install dan maintenance semuanya aku yang buat sendiri dibantu beberapa rakan-rakan aku yang lain.

Pendik kata, masa tu kalau aku keluar makan dengan kekawan atau keluarga memang pantang aku orang bayarkan...hehehe bukan apa pesan ayah aku setiap 10 ringgit yang ko ada, sebenarnya 2 ringgit rezeki kepada yang lain. Aku lebih tertumpu pada komputer dan ikwan lebih kepada printing nya... ada le juga dapat projek dari yang sekecil-kecil macam print call card walau pun 1 box je ( RM 25.00 ) sampai le dapat projek setup majlis perasmian yang melibatkan menteri besar masa tu...korang ingat senang ke masa tu. masa tu aku dah ada pekerja 5 orang nak diuruskan.

BUKAN SEMUANYA SENANG



Macam aku cerita, nampak semuanya senang je business ni kan. Tak semudah yang disangka dan tiap business ada rintangan yang berbeza dan sesiapa yang pernah mengalaminya tentu faham apa yang aku maksudkan. Setakat orang tak bayar hutang ni...bukan tak pernah jumpa, bukan syarikat kecil...syarikat bebesar pun susah.

Pernah sekali tu kita orang dah buat semua kerja yang diminta dan projek tu dah jalan pun.. punya le susah nak dapat duit macam ceti lak aku ni dibuatnya... datang tiap bulan, kalau tak dapat duit mana nak pusing business ...kekadang pergi kat sana orang yang berkaitan ada meeting le, tak datang kerja le..dan macam macam. Bukan itu sahaja ramai juga yang ingin membantu kononnya tapi...akhirnya dengan terang-terangan meminta himbuhan bahagian mereka..aku tak suka cara ni.

Ada le sekali tu kami beri bantuan dan pinjaman boleh ubah kepada ada sorang kawan ni. Dia nak buka pejabat baru dan business kira dan boleh tahan le(berduit-pakai kerata lawa), jadi setelah berbincang kami bersetuju untuk memberi semua dan menolong dari segi hardware, rangkaian ... dah siap semua sampai time bayar...susah aku nak cakap. Kita orang biasa je dia pulak jadi macam musuh dengan kitaorang . Termenung jugak kalau cari duit pepenat lepas tu kena tipu macam tu je... tak pe la.

Ada juga kerani akaun pejabat-pejabat ni dia tanya "tak ada apa-apa ke?" ni aku tak faham.... Sampai bila nak berubah dan aku cuba tidak masuk dalam perkara tu semua, bukannya kita buat business ni untung banyak sangat. Jadi bayaran kita akan dapat lambat kekadang sampai berbulan-bulan baru dapat tapi tak semua macam tu..segelintir sahaja. Ada juga satu keadaan yang kita rasa separuh kerja dah kami buat dan dengan berdasarkan kepercayaan tanpa surat kami dipermainkan. Dengan pelbagai alasan projek tu akhirnya di beri kepada mereka yang tak sepatutnya. Ikwan cakap dengan aku, " nak cari kawan masa kau bermusafir... ko akan kenal kawan tu sama ada baik atau hanya mementingkan diri". Lagi satu cari le kawan yang berpegang teguh dengan ajaran Allah nascaya, dia takut untuk melakukan kemungkaran. Aku dah anggap ikwan macam abang aku je.

Dalam business aku kenal ramai orang, yang diam tapi buat kerja, yang banyak bercakap tapi tak ada apa-apa, ada juga yang bagus...belum disuruh dah buat kerja tapi salah. Ada sekali tu masa aku buat kerja dapat projek kat satu syarikat ni, projek bersihkan komputer untuk 500 biji semua nya...so aku jugak le dengan staf yang lain turun padang bawak DD7 dan vacuum. Ada le mak cik tu tanya aku dengan muka penuh simpati, bertanya yang aku ni tak ada ke kerja lain...kesian dia tengok. Dia kata anak dia semua kerja kilang dan pejabat ...pakai kerata jugak...pi le cari kerja lain dia kata kat aku, aku buat-buat sedih je depan dia. Aku berfikr juga masa tu, jangan melihat pada pakaian dan cara kita bekerja ..kadang-kadang tengok orang pakai tali lehir ...ingat kan kaya...ada le yang kaya bukan tak de. Kalau kat UK ni posmen pun pakai tali lehir tapi keadaan nya berbeza.....

Aku pernah jual kuih raya kat sebuah pasar raya satu masa dulu. Masa aku jual kuih dulu....ada le saja je usik seorang awek ni ... dengan mencemih dia berkata "jual kuih je ada hati nak gurat anak orang"...hai, sedih jugak aku, bukan aku nak kan dia pun...Cuma tegur je. Korang terfikir ke ...kita ada kerata melangkar, rumah besar kat bandar tapi semua hutang ngan bank (termasuk aku) tapi pakcik kat kampung yang pakai kain pelekat je tu naik basikal ada kebun berekar-ekar, lembu kerbau berpuluh ekor... "dunia ini hanya pinjamankan"

Satu lagi kesusahan peringkat awal business ni selain tak ada "cable" yang kuat kita hendaklah sentiasa commitment dengan business yang kita buat. Maksud aku...kita tak ada live sangat macam orang lain..lelagi aku masa tu. Apa taknya dalam masa yang sama aku buat master . lepas sembahyang subuh, keluar rumah pukul 6.30 takut jam pi kelas start kul 8.30 sampai kul 2 berlari jumpa pelangan dan lepas tu selesaikan apa yang patut kat kedai pulak. Memang mencabar minda...nak mengurat pun tak sempat..hehehe, malam balik pukul 10, duduk seorang pulak tu..tak ada nak berlawan bercakap..kira makan nasi kedai je la..tengok TV selalunya berita jam 10 je yang dapat pun. Mula buat kertas kerja dan kekadang siapkan system je..tido kul 2 dan sama je esoknya. ahad je le aku dapat bertemu orang yang aku cinta..."mak aku", aku balik kampung setiap minggu.



DUIT OH DUIT



Satu hari, masa nak bulan puasa aku dok terfikir apa le projek bulan puasa dengan bulan raya ni, semua orang dok sibuk nak raya mana ada orang nak beli komputer.So aku pun dok fikir le aku nak buat apa..hehe korang tahu apa aku buat, aku jual kuih raya ...jauh betul menyimpang. Pasal jual kuih raya ni aku ada le pergalaman sikit masa kat kampus dulu..biasa le nak hidup beb masa tu kuih dan kerepik yang mak buat aku bungkus dan masuk dalam pelastik jual kat budak atau pensyarah yang nak balik kampung.



Kali ni aku buat besar-besaran, aku beranikan diri je... ikwan pun geling kepala tengok aku dan tentu kami akan tertawa kalau kenangkan apa yang terjadi. Apa taknya kalau kuih aku tak laku masa tu tentu aku akan bermandikan kuih raya tahun - tu le yang ikwan cakap. aku cari tapak dan sewa kat pasaraya beli belah yang aku tahu ramai orang di KL. Aku sewa RM 5000.00 sebulan sepanjang bulan puasa. Aku ambil kuih dari kedah, perak dan kerepek dari johor dan banting. Kalau korang boleh bayangkan punya le banyaknya kuih dan kerepik yang aku beli tu terpaksa diorang hantar pakai lori 3 tan... tu baru sekali hantar je. Kali ni aku nekad je dan aku rasa tentu aku boleh dapat untung nya paling kurang balik semula modal aku, jadi le. aku bukan banyak sangat pakai modal semua guna percaya je. Aku modal lebih kurang 10,000.00-15,000.00 je masa tu untuk permulaan. "jangan fikir pepanjang...keputusannya sama juga, kalau nak buat...buat je"



Untuk menampung kuih dan kerepik yang banyak tu aku terpaksa sewa sebuah rumah kosong 3 bilik semata-mata nak jadi stor simpan kuih dan penuhnya rumah tu Cuma ada lorong kat tengah dia je kalau nak ambil kuih. Hari pertama hingga hari ke 10 puasa jualan tak memberangsangkan masa tu aku dah mula berpeluh jugak dengan mengenangkan kalau le kuih tu tak habis macam mana le. Kutipan harian lebih kurang 1000.00 je masa tu. ikwan aku suruh jaga kedai komputer dan buat apa yag patut dengan ada 2 pekerja yang membantunya. Aku ambil budak kampung aku 3 orang, beri diorang 1500 sorang suruh kerja dengan aku. budak tu tentu le suka ..mana tak nya semua free, makan, tempat tinggal, kerja diorang sebulan jaga kedai je. Hehe aku ambil budak kampung kekawan aku dulu, tak menyawit le diorang sebulan tu.



Masuk minggu kedua puasa dah mula rancak, aku jual tak mahal dan aku lebih mementingkan kuntiti jualan. Aku jual satu kotak RM 12.00 dan aku ambil untung RM 3.00 untuk setiap kotak. Aku ingat ini kali pertama dan aku ingin mengambil pengalaman je asalkan akunya modal tak terpakai dapat bayar gaji budak dan aku tak ada hutang juga boleh bawak sikit kuih kat rumah mak...



Meniaga kuih raya dalam 2 minggu nak raya ni memang menyeronokkan. Korang boleh bayangkan,aku pernah dapat sampai 30,000.00 sehari dalam jualan aku. betul ni, memang aku tak sangka. Dulu aku nak dapat 30.00 pun susuh,30,000.00 tu bukan untung dah masuk modal le tu. bila nak masukkan duit,aku pergi bank tetakut je ..tengok orang kiri kanan...walaupun aku rasa tak ada orang tahu.



Aku bebetul seronok . diorang beli bukan sesikit ada yang beli 10 kotak, ada yang 30 ..biasa le nak balik kampung semua dah terdesak.ada yang beli nak jual balik...ha ni beli sekali banyak..beratus-ratus kotak dan ada yang beli nak beri anak yatim...yang ni aku kena beri harga murah. kalau aku jual 3000 kotak pun dah dapat lebih kurang 36,000.00.



Malam sebelum raya tu masa lelong, aku bawak duit pakai beg pelastik sampah warna hitam tu je...setangah karong ..punya le banyak dan kuih aku habis licin. Sehari sebelum raya lagi aku dah bungkus balik kampung.



Walau macam mana pun bukan le aku banyak sangat untung dan aku tak masukkan keuntungan ni dalam syarikat aku. aku cukup bersyukur dengan duit tu aku boleh beli proton wira 1.6 baru (tunai) dan aku betulkan rumah mak aku lebih kurang 30,000.00 dengan kerja sebulan je.



Korang ingat aku cerita ni semua nak berlagak dengan korang ke..nak buat apa aku berlagak dan aku dah beberapa kali cakap korang bukan kenal aku ..so tujuan aku cuma nak memberi semangat kepada mereka terutamanya yang masih muda melihat pengalaman ini sebagai satu yang positif. Itu aku punya cerita belum ko dengar orang yang ada kilang kuih dengan kilang kerepik tu... lagi le. Aku nak cakap kat sini, semua nya boleh korang jual apa je kalau korang mampu. Jangan segan jangan malu dalam perniagaan ni. Aku ni pandai cakap je aku pun tak berniga lagi sekarang ni .... Bukan aku berhenti aku berehat sambung belajar sekarang ni. Aku yakin kat luar sana punya 1001 macam pelung untuk meka' Cuma kena berfikir lebih sedikit dari orang lain.



Kalau bukan aku yang berjaya tentuya salah seorang dari rakan di RJ ni berjaya tentunya aku suka, kalau kita ingin berjaya kita mesti melihat semua rakan-rakan kita berjaya sama. Kalau korang tanya bill gate sekalipun, macam mana nak berniaga ... tak kan dia boleh beri ko kelu yang tepat selain berusaha sehingga berjaya. Dalam tempoh aku 3 tahun dalam dunia peniagaan aku cukup berbangga dan puas apa yang aku capai.



Setakat ini dulu cerita aku kali ni dan aku akan sambung cerita bebila aku sempat. Cerita akan datang aku akan cerita kenapa aku berhenti berniaga pulak dan macam mana dangan ikwan seterusnya?. Tunggu cerita selanjutnya. Bagi sesiapa yang tertinggal cerita sebelum ni, boleh dapatkannya di



Pak Wattan

Saturday, July 12, 2003



Posted by mybaha at 5:08 PM BST
Post Comment | Permalink

View Latest Entries