Blog Tools
Edit your Blog
Build a Blog
View Profile
« July 2003 »
S M T W T F S
1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31
You are not logged in. Log in
Entries by Topic
All topics  «
"KeKaWaN"
"Dari Sebuah Desa Ke Ibu Kota"
Wednesday, 9 July 2003
"PARADIGMA KEHIDUPAN-Bhg 2"
A'kum dan selamat sejahtera semua kekawan RJ semua.
Pertamanya aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang mengirimkan e-mail kepada aku. Aku menerima beberapa emel-emel peribadi dari mereka yang ahli dan bukan ahli eGroups ini memberi semangat dan sokongan untuk aku terus menulis.Insaallah aku akan cuba seberapa yang aku mampu dalam kesibukan disini. Lagipun selalunya aku mula menulis pada waktu malam, jam 12 keatas setelah semua kerja selesai. Dari email-email yang telah diterima, aku amat terharu bilamana mengetahui pengalaman aku ni sedikit sebanyak memberi seakan semangat baru bagi mereka untuk terus memajukan diri, Alhamdulilah. Sekali lagi aku ingin menyatakan bahawa cerita ni adalah pengalaman semata-mata bukan ingin menonjolkan apa yang baik dan buruk pada diri aku. Lagipun korang bukan kenal aku ya, Cuma hasrat hati aku untuk melihat kita sama-sama maju, lebih berdaya saing dan lebih yakin akan kebolehan yang memang ada pada diri kita. Kalau ada yang tertinggal "PARADIGMA KEHIDUPAN-BAB 1"jangan risau pasainya korang boleh dapat kat sini http://www.geocities.com/pacwattan/VOL1.htm . Mungkin ada yang berbertanya kenapa le aku buat cerita panjang menjila dan tentunya akan memboringkan. aku minta maaf, aku takut maksud sebenar aku masej yang aku nakk bawa tak sampai bila penulisan nya terlalu pendik...


KERJA CARI DUIT

Lepas je aku hantar tesis aku, esoknya aku dah dapat kerja. Walaupun keputusan penuh belum keluar lagi masa tu aku dah mula kerja alhamdulilah...mak kata "rezeki aku murah" dengan pengalaman aku kutip masa belajar dulu memungkinkan aku mudah diterima bekerja. Dari kecil sampai la ni aku memang kalah dengan cakap mak aku dan aku yakin akan kejayaan aku kecapi sekarang ni dari dorongan dan DOA darinya. Aku cukup pasti, setiap kali aku menghadapi perkara penting seperti peperiksaan atau temuduga pun aku selalunya akan telepon mak dan mengadu nasib dengannya. Aku tahu dia sentiasa mendoakan aku dan selalunya dia berpuasa untuk semua perkara yang aku buat dipermudahkan oleh NYA, Allah yang maha kuasa.


Korang ada lagi mak dan ayah kan, aku nasihat kan jaga lah mereka sebaik yang mungkin dan tentunya hidup kita akan diberkati, insaallah. Sambil duduk-duduk minum kopi dengan ayah aku satu masa dulu dia selalu bercerita tentang nabi dan cerita-cerita berkaitan tauladan. Salah satu cerita yang aku ingat lagi sampai sekarang ialah dia meminta aku menjaga emak dengan sempurna dan penuh kasih sayang. Pada zaman rasuallah dahulu ada sahabat yang menanyakan akan siapa yang harus kita hormat, seraya rasuallah menjawab "ibumu", siapa lagi ya rasuaallah, rasuallah menjawab lagi "ibumu" hinggalah ketiga kali dan selepas ibu barulah rasuallah menjawab "bapamu". Gitu le kiranya cerita yang aku ingat. Ayah aku cakap kalau ko nak cari isteri...kau boleh cari berapa kau mahu, 1, 2,3, atau 4 dan kalau isteri kau mati tentunya kau boleh mencari gantinya, begitu juga dengan anak tapi "emak kau" dia tiada pengganti. Itu le sebabnya mak rasa sangat kehilangan ayah...sebab ayah terlalu menyayanginya.


Satu lagi aku nak Tanya korang berapa kali korang kucup dan cium emak korang. Kalau boleh kalau lepas sembahyang berjamaah dan bila sahaja korang boleh le kucup kening belah kanan mak korang dan berdoa dalam hati akan kesejahteraan dia dan juga mengampunkan segala dosa kita pada mak. Ada ke yang menagis..lelagi kalau dok jauh macam aku ni...hehe


Kerja aku dah ok masa tu, selain aku berkerja aku juga mengajar di kolej swasta untuk menambah duit poket aku(korang tahu le dok kat KL, selera pun kekadang tinggi). Lama je juga aku kerja dan banyak le juga ilmu yang aku timba masa tu. Aku mengajar tentang komputer di kolej-kolej sekitar ibu kota. Lupa aku nak beritahu yang digree aku dalam bidang komputer dan master ku dalam bidang kejuruteraan perisian. Jadi aku kerja pun dalam bidang tu semuanya..aku terlalu sebuk waktu itu. Bukan aku mengejar apa-apa tetapi yang aku fikirkan adalah aku hendaklah menjadi yang terbaik dari gologan yang baik. Dan tentunya aku mesti berusaha siang dan malam untuk mencapai apa yang aku inginkan.


KENAPA AKU BERHENTI KERJA

Dalam masa yang sama aku dah dapat beberapa projek yang aku jalankan sendiri, kecil-kecil sahaja. Masa tu aku le kuli, aku le budak hantar surat, aku le prgremee, aku le jurujual dan tentunya aku le bos dalam syarikat aku. Dalam banyak-banyak kawan tu aku ada le kenal seorang kawan aku, hj irwan. Dia le yang beri perangsan kat aku untuk meneruskan peniagaan aku. Hj irwan adalah pensyarah yang dah lama di sebuah kolej di ibu kota.


Aku cerita serba sedikit pasal dia ni, dia ni dulu cikgu dan lepas ambil master dia join sebuah kolej di KL dan dia punya perwatakan yang sangat aku senangi. Beza umur aku dan dia 15 tahun dan aku kenal dia pasal aku kerja part time kat kolej yang dia mengajar. Dia punya 4 anak dan yang paling besar 12 tahun. Satu hari dia berkata dengan aku lepas menum kopi, "baha, apa kata aku kerja dengan kau", terbeliak bijik mata aku masa tu dan aku anggap dia main-main masa tu. Tapi sangkaan aku salah dia beriya-iya dan bercerita tentang apa yang aku buat selama ini boleh dimajukan lagi dan dia yakin aku akan berjaya. Aku pelik jugak dia ni nak katakan gaji sikit, aku rasa dia dah cukup baik (RM4,000.00 / sebulan)kenapa dia nak berhenti kerja dan join ngan aku yang tak tahu unjung pangkal ni.


Masa tu buat aku tersentak, apa taknya orang lain boleh percaya dengan apa yang aku buat sedangkan aku tak percaya dengan diri aku sendiri. Nasihat aku jangan kita perlekihkan kemampuan kita sendiri walaupun sekecil mana kerana dari yang kecil itu lah yang akan menjadi besar.



Melihat dengan keadaan itu aku rasa yakin yang aku akan terus berjaya dan aku bulatkan keyakinan untuk mulakan segalanya dari sini, aku berhenti kerja dan mulakan hidup yang baru. Aku cukup segan dengan abang ikwan pasal dia lebih pengalaman dan lebih tua dari aku pun boleh percaya dengan apa yang aku buat sedangkan aku tak percaya dengan apa yang aku buat.


BULAN PERTAMA BERNIAGA


Aku tak kasi lagi abang ikwan join aku pasalnya aku belum ada apa-apa lagi dan tak stabil lagi. Dulu pejabat aku hanya dalam rumah aku. Rumah tu ada dua bilik satu aku jadikan bilik tido dan satu lagi bilik aku jadikan macam office aku le. Semua ada.. mesin fex, komputer, printer, fail-fail perniagaan aku dan macam-macam lagi. Dulu aku berniaga Cuma niat nak tambah sikit duit aku dan sekarang ni tak lagi. Aku berniaga nak cari duit untuk aku dan keluarga aku kat kampung.


Langkah pertama aku adalah mencari kedai untuk disewa. Korang tahu le kedai kat KL dan selangor punya le mahal mana le aku mampu waktu itu. Puas cari semua kedai nak disewa sekitar 5-6 ribu sebulan, aku nak makan apa. Lepas tu tah macam mana rezeki aku, ada le kawan yang offer kat aku kedai dia. Boleh le ruang nya Cuma sebesar 20X15 je, kecik kan..itu le yang paling murah yang aku dapat dengan harga RM 700.00 sebulan mampu le aku bayar. Bermulalah perjuangan aku sebenar dalam dunia perniagaan. Bila aku buat sendiri baru terasa susah, dulu masa buat part time aku tak le rasa tertekan kerana aku ada sumber lain (gaji)...sekarang ni semua nak harapkan duit dari pendapatan tu.


Bulan-bulan pertama memang memeritkan, siapa nak percaya ngan aku yang boleh jual ayak liur je masa tu. Aku naik dari satu pejabat ke satu pejabat, dari satu syarikat ke satu syarikat, dari satu bank ke satu bank...semua tak dapat. Aku tak berputus asa.


Kalau kita bekerja, 30 hb adalah hari yang kita tertunggu-tunggu, betul tak.... ya le dapat gaji boleh buat semuanya..belanja awek, beli perabut ke..atau macam - macam dalam perancangan. Tapi rupanya kalau kita dah berniaga 30 hb setiap bulan rupanya menyadi tarikh yang paling kita takut pasal terpaksa bayar semua bil, sewa, bayar gaji budak dan lain-lain.


Aku memang banyak dapat panduan dan falsafah dari aruah ayah aku dan masa dulu aku tak pernah kisah akan apa yang dia cakap dengan aku masa tu. Tapi lepas dia tiada banyak pepatahnya aku ingat satu per satu. Aku Tanya "dia macam mana orang tu boleh barjaya ayah". Dia menjawab lebih kurang maksud yang aku paham..."diaorang yang berjaya tu sama je macam kita, Cuma bezanya dia adalah pada usahanya dan cara dia berfikir". Dia hanya berusaha lebih SEDIKIT dan juga berfikir lebih SEDIKIT je daripada kita itu sebabnya dia berjaya. Masa tu aku tak paham apa. Sekarang ni aku paham dan aku gunakan dalam perniagaan aku sebagai contoh ramai orang yang berniaga goring pisang... dan dalam persaingan kita terpaksa berfikir lebih sedikit dan lebih kritif dalam memberi satu kelainan daripada penjual yang lain dan membolehkan kita berjaya dalam perniagaan. Tak kira le pada rasanya ke, pada harganya ke, atau pada warnanya...mungkin semua pisang goring selalu pakai tepung dan bila goring warna biasa tapi goring pisang you all warna biru ke..hhehehe aku saje je. Kekadang memang kena pakai idea gila ...


Pada bulan pertama mungkin aku hanya tertumpu pada benda yang kecil-kecil sahaja. Tu le yang aku kata pentingnya buat yang kecil dulu baru datang yang besar. Dalam sebulan aku hanya buat jualan PC je dan kekadang ada le dapat betulkan pc kawan-kawan yang aku kenal. Siapa sangka, aku ingat lagi aku ada jual PC kat seorang pelajar UiTM masa tu dan dia minta aku hantar kat rumah dia. Macam biasa aku pi le hantar pc kat rumah dia dan jumpa pada keluarga dia. Keluarga dia punya le baik siap jamu aku makan malam...hehehe. Cerita punya cerita bapak dia ni kerja dan jadi bos kat satu syarikat jepun kat shah alam. Dia mintak aku datang pejabat dia esok dan bawak profail syarikat aku. Esoknya aku pi le, rupanya dia minta aku scan virus pc dia..aku buat je la. Dia kata bayar berapa ni... la, aku kata tak payah le scan virus pun nak kena bayar. Aku balik je lepas tu yang pada mulanya semangat berkobar-kobar ingatkan ada projek untuk aku.


3 hari lepas tu dia tel aku balik dan minta aku datang balik kat pejabat dia, aku ingat kan virus apa le yang menyerang nampak terdesak sangat dia mintak aku datang cepat. Dia cakap dengan aku LP syarikat dia dah tengok profail syarikat aku dan diorang bersetuju untuk beli komputer 20 biji dari syarikat aku tapi kena cepat. Aku dengar macam tak percaya lak ....betui ke ni ke pak cik ni buat kelakar dengan aku. Itu le projek pertama yang aku dapat.


Apa yang aku nak sampaikan kat sini adalah tak semua yang kita usaha akan memperoleh kejayaan dan kadang-kadang rezeki yang kita tak sangka-sangka macam datang bergolek je kat kita...yang penting kita usaha. Dari situ perniagaan aku dari hari kehari makin maju dan akhirnya lepas 6 bulan aku mampu mengajikan Hj ikwan dan join dalam syarikat aku.


BERJAYA KE AKU?

Dibawah ni aku buat le kesimpulan sikit, untuk menjadi seorang peniaga yang berjaya. Tapi ini Cuma pandangan perbadi aku je jangan ada yang menyalah anggap yang aku ni nak jadi pakar motivasi lak. Apa yang aku pegang adalah apabila kita punya ilmu, kita haruslah menyampaikan nya walaupun sedikit.


Aku nak bawak le kejap korang berfikir tentang konsep ilmu sebelum aku sambung cerita aku ni lebih panjang. Pertamanya aku nak bercerita tentang "menuntut ilmu", keduanya tentang "tuntutan ilmu" dan ketiganya tentang "punca ilmu" tu. Tujuan menuntut ilmu sebenarnya adalah pertama- untuk keluar dari kejahilan demi mencari kebenaran dan berpegang kepadanya. kedua - untuk menegakkan kebenaran dan membelanya. ketiga - dengan niat untuk mendapat keredhaan allah. dengan ini ianya menolak tujuan2 yg lain seperti hadis nabi ( tak ingat dgn detail) 3 golongan orang yg menuntut ilmu tapi Allah masukkan mereka ke dlm neraka, iaitu menuntut untuk bersaing dengan ulamak (ilmuan), untuk bertengkar dgn orang jahil dan untuk mendapat perhatian orang ramai. rasanya kita boleh faham sendiri tentang 3 golongan diatas.


Kedua tentang "tuntutan ilmu" kepada kita... ini kita kena tahu dan ikut supaya tujuan kita menuntut ilmu tidak terpesong.... pertama- ilmu mesti dicari. ilmu tidak boleh datang berjalan, berlari atau terbang kepada kita, malahan kita yang perlu berjalan, berlari atau terbang untuk mendapatkan ilmu. kedua - ilmu mesti di amalkan. Ini kerana ilmu tanpa amal matilah ilmu dan tanpa keikhlasan matilah amal. ketiga- ilmu mesti disampaikan. jika tidak ilmu juga akan berkubur apabila ilmuan berkubur. tapi kena ingat bukan untuk mendapat popularity atau habuan dunia sahaja... kerana yg lebih penting ialah kejayaan kita selepas mati. keempat- mesti bersabar dalam menuntut ilmu. tidak boleh putus asa, mudah jemu dan menyerah kalah


Yang penting sekali kita kena tahu apakah punca ilmu? ianya sangat mudah, iaitu punca ilmu adalah masalah. tanpa masalah ilmu tidak ujud dan tidak berkembang. sejak zaman dahulu manusia berfikir untuk menyelesaikan masalah, hasilnya mereka mengembangkan ilmu. sehingga zaman rasulullah, bila ada masalah, nabi akan mendapat wahyu dan mengeluarkan hadis...Jadi jangan takut dengan masalah... kerana ia adalah peluang untuk kita menambah ilmu....

akhir sekali siapa yang layak menuntut ilmu? adakah ilmu untuk orang tertentu sahaja atau orang pandai sahaja. Sebenarnya semua manusia adalah pandai walaupun dilahirkan dalam keadaan jahil. apabila manusia ada satu ilmu, dia sudah bergelar pandai kerana tidak lagi jahil. cuma pandainya ada berperingkat2, iaitu pandai, cerdik, bijak dan bijaksana...semua ini ada bezanya...setiap ilmu kita bertambah, kita akan dapat meningkatkan diri kita dari satu tahap ketahap yang lebih tinggi.... tidak kira sama ada kita cacat, buta, bisu, pekak, tempang, dan sbgnya......

dalam penjelasan aku diatas itu sebabya kita kena memperkembangkan ilmu yang kita ada bukan tujuan untuk berlagak atau memandai-mandai. Aku sebenarnya banyak lagi yang aku tak tahu dan banyak lagi yang aku harus kejar dalam hidup aku. Cuma dari dulu aku banyak belajar dari pengalaman orang . tidak perlu kita melalui sendiri pengalaman itu lagi sama ada pengalaman pahit atau manis. Pengalaman adalah penting dalam kita membuat sesuatu keputusan.


Berikut adalah beberapa rahsia kejayaan usahawan-usahawan yang aku kutip dari pembacaan yang aku buat:


? Bergaul dengan segenap lapisan masyarakat. Dari celah-celah lumpur itu mungkin ada permata berharga.

? Sediakan strategi dan perancangan dalam perniagaan korang

? Buat perancangan anda dan mestilah anda komited dengan perancangan yang dibuat.

? Jangan abaikan pelangan anda. Setiap permohonan bantuan daripada mereka walaupun siapa perlulah dipenuhi.

? Anggap perniagaan ini sebagai peperangan. Anda tidak boleh tewas/gagal. Jika tewas/gagal, berakhirlah riwayat hidup anda. Dengan ini anda akan bermati-matian mempertahankan perniagaan ini.

? Luangkan sedikit masa anda untuk memikirkan idea kreatif yang dapat menjayakan perniagaan anda.

? Sentiasalah anda merendah diri walaupun anda telah berjaya. Sikap ini akan menyebabkan sesiapa pun tidak berasa rendah diri apabila bergaul dengan anda.

? Sentiasa berkata kepada diri sendiri : Aku berniaga kerana mengejar kepuasan, bukannya wang. Jika anda puas, wang akan datang bergolek.

? Mesti sanggup menentang arus. Orang tak buat cara ini, anda buat. Jika orang lain tidak buat, anda buat, anda akan berjaya.

? Mesti sanggup belajar dan diajar oleh sesiapa sahaja meskipun daripada orang bawahan anda sendiri. Walaupun anda sudah berjaya, anggapkan sahaja anda belum berjaya. Dengan ini, anda akan sentiasa berusaha.

? Sentiasa turun ke bawah. Jangan hanya melihat dari atas walaupun anda telah berjaya.

? Beri motivasi kepada diri sendiri. Berikan hadiah kepada diri anda apabila anda berjaya melakukan sesuatu. Hadiah itu mungkin berupa tidur seketika untuk merehatkan otak anda.

? Sekali anda melakukan perniagaan ini, anda mesti melakukannya setiap hari. Jangan dibiarkan ada hari anda tidak melakukannya kerana dikhuatiri semangat anda akan luntur.

? Jangan berprasangka buruk kepada orang lain. Yang zahir tidak semestinya mencerminkan yang batin.

? Cakap mesti serupa bikin.

? Sentiasa riang kerana keriangan akan meredakan ketegangan.

? Anggapkan bahawa melakukan perniagaan sebagai ibadah.

? Jangan anggap perniagaan ini sebagai cuba-cuba atau main-main sahaja. Anggapkan perniagaan ini sebagai penentu hidup dan mati anda.

? Berikan kail kepada yang memerlukannya, jangan berikan ikan. Biasanya, apabila anda sudah berjaya, banyaklah orang yang mendekati anda semata-mata kerana wang. Jangan berikan wang kepada mereka, berilah peluang kepada mereka.

? Sentiasa mencari ilmu/pengetahuan baru terutamanya yang berkaitan dengan perniagaan jualan langsung sama ada daripada pergaulan, bahan bacaan, atau daripada teknologi maklumat.

Dalam bikisan yang akan datang aku masih akan menceritakan pengalaman aku berniaga. Dalam bab itu juga aku akan ceritakan pengalaman aku berniaga dan macam mana aku boleh dapat sehari RM30,000.00, cerita-cerita Hj ikwan, aku ditipu orang, orang tak bayar hutang dan kejayaan-kejayaan "kecil" dalam dunia perniagaan ku. Tunggu sambungan nya... terima kasih


"Yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari kejahilan diri saya sendiri"



Pakwattan

Tuesday, July 08

Posted by mybaha at 8:13 AM BST
Post Comment | Permalink
Tuesday, 8 July 2003
"PARADIGMA KEHIDUPAN-BAB 1"
A'kum dan selamat pagi semua kekawan kat relaxjap,
Aku nak tulis pepanjang pun aku tak pandai dan bahasa aku tak le berbunga-bunga. Tapi aku sebenarnya cukup terkilan akan apa yang berlaku, aku baru je bertemu "tasik" ni beberapa bulan yang lalu. Nampak tenang dan biru airnya..tak tahu le "dalam"nya semana, tak tahu ada buaya ke naga...tapi yang pasti ramai yang nak pergi mengail di tasik lain. Buat mereka yang aku tak kenal muka :Asrul, nie feng, Ar_Hej,Q.S, Hasza, Mrs G, Pn. Noraini, Siti Rahayu, Nurlisa, Nasyha, Umie Safa, Shamsul Kamal, Tina Evira, Reen_22, Helmi, Bungapadi, Pak wattan, fu_gi_tive, Amir Syahmi, Pakcik Polis Pencen, Jebat Kasturi, Puteri Cindai putih, Nur Hidayah, Tuan Hakim Mahkamah Syariah Ustadz Muhd Azhari, Hana Hanif, zaileen,Amirul, Shah, Nonie,Azni dan semua yag ada semoga korang teruskan usaha. Aku doakan semua berjaya walau mana korang berada.



Cerita jadi panduan



Berjalanlah Lokman dipadang pasir yang panas terik bersama anaknya ke suatu bandar yang jauh untuk berniaga. Dengan usia yang sudah tua anaknya meminta lokman menunggang untu dan dia berjalan sahaja. Sampai di suatu pekan, mereka berjumpa pada sekumpulan peniaga. Lalu berkata mereka sesama mereka, " tidak patut betul ayahnya, sesuka hati je menunggang unta sedangkan dibiar anak yang kecil berjalan kaki sahaja.". mendengar rugutan itu loman turun dan meminta anaknya yang menunggang pula. Berjalan le mereka, tetiba berjumpa lagi satu kumpulan dan dengan berkata, " sungguh zalim anaknya membiarkan ayahnya yang sudah tua berjalan dan dia hanya menunggang unta". Mendengarkan rungutan itu lokman meminta anaknya turun dan berjalan bersamanya. Maka jumpa lagi sekumpulan wanita dengan berkata" apa ke bodoh mereka ada unta, sanggup berjalan sahaja". Mendengar keluhan itu lokman pun naik dengan anaknya dihadapan menunggang unta yang sarat dengan barang. Maka berjumpa sekumpulan antara mereka dan berkata"tengok, zalimnya mereka itu, melihat unta yang sarat membawa barang dan ditunggang oleh mereka berdua". Mereka memandang sesama sendiri sudah tidak tahu apa nak buat lagi...semua salah dan tak betul

Lokman berkata dengan anaknya, "anak ku lihat lah pada mereka, apa bila kita berbuat sesuatu tentu ada yang tak kena, dan kita mengikutnya juga tidak tahu mana yang betul".



Moral yang ditujukan khas pada asrul dan nie feng juga semua penulis, jangan dengar sangat orang cakap, buat apa yang kita rasa betul dan dan jangan menyempang dari ajaran Allah yang satu itu sudah memadai. Walau beribu nasihat dan tegahan,anggap sebagai pandangan dan teruran positif terpulang pada kita nak diikut atau tidak. Sebenarnya diluar sana keadaannya lebih teruk dari yang disangka. Aku sebenarnya nak cerita lain ni...ya le aku sambung cerita aku pulak.



MULANYA DISINI


Aku bukan tak ada kerja lain nak buat, memang banyak yang nak dibuat dan lagi banyak yang belum dibuat. Tapi bak perpatah orang tua-tua kata " Jari-jemari ku seakan mahu menari dan menulis apa yang ada di benak fikiran ku" hehe. Teringin juga aku nak buat cerpin ke atau buku cerita macam korang tapi al-maklum le aku ni bukan le pandai sangat bab-bab menulis ni kekadang menaip pun tersalah eja.



Cerita yang aku nak bawa ni berkisar tentang hidup aku yang lepas. Dalam melangkah usia yang semakin dewasa ni, aku rasa hari demi hari banyak mengajar dalam pengalaman hidup aku dan aku nak rakamkan disini. Bukan apa, rasanya aku dapat beri panduan dan pengalaman kepada mereka yang masih muda dan sekurang-kurangnya dapat le berkongsi pengalaman aku kat kekawan yang lain. Aku pun tak tahu sama ada cerita aku ni menarik atau tidak tapi beberapa orang rakan yang mengenali aku, meminta aku memahatkan cerita dalam usia sesingkat ini ruangan ini.


LATAR BELAKANG CERITA


Aku dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sederhana di sebuah kampung di utara negeri Johor Darul Takzim. Anak bongsu kepada 4 orang adik beradik, tapi korang jangan kaitkan aku dengan anak manja kerana aku langsung tak manja dari kecil sampai ke saat ini. Dalam usia aku yang baru melangkah 26 tahun ni tentunya banyak lagi ilmu dan cabaran yang harus aku kutip sehari-hari untuk aku mematangkan diri dalam membuat keputusan yang terlalu banyak simpang. Suka duka zaman persekolahan hinggalah sekarang banyak mengajar aku erti kehidupan sebenar.



Kini aku berada di United Kingdom memenuhi hasrat dan cita-citaku yang terpendam lama. Aku menyambung pelajaran aku keperingkat PhD disini dangan harapan aku pulang dan berbakti pada keluargaku, agamaku, bangsaku dan tanah air ku. Memang study di mana-mana pun sama jugak. Tetapi persekitaran sewaktu kita study itulah yang secara lazimnya akan membentuk pemikiran dan pandangan masa depan kita di masa hadapan. Bukanlah aku nak mengatakan bahawa belajar dan bekerja di luar negara itu lebih baik dari belajar dan bekerja di Malaysia, namun bagi yang pernah mengalaminya, tentu korang bersetuju kalau aku katakan ianya, well...kind of different. Aku pun dulunya belajar di Malaysia juga.



Ada le sedikit kisah disebaliknya, pasal apa aku nak sangat belajar kat UK ni. Ini semuanya bermula apabila aku terpaksa melupakan hasrat aku kesini apabila aruah ayah aku meninggal tahun 1995 dulu. Aku ni anak lelaki sorang je, yang lain semua perempuan jadi walaupun aku berpeluang pada masa tu nak pi belajar kat luar negeri untuk menyambung pelajaran (Lagi 3 minggu nak berlepas) tapi terpaksa le dilupakan seketika kerana rasa tanggungjawab nak menjaga ibuku dikampung dan masih bersedih kehilangan ayah tersayang. Tapi semua rakan-rakan aku dah dapat pergi, dalam hati kecil aku berkata "aku mesti pergi walau apapun berlaku satu hari nanti". 7 tahun berlalu, akhirnya dapat juga aku pergi belajar kat sini.



Apa-apa perbuatan pun mestilah datangnya dari niat, jadi kena le ada semangat kalau langsung tak ada impian tak jalan juga. Jadi kekecewaan aku (masa nak buat degree nak ka US tak kesimpaian) menjadi semangat kat saya untuk terus berusaha. Macam-macam le dok cari jalan macam mana nak pergi luar negeri ni, yang kelakarnya dulu ada le cuba nasib masa belajar dulu hantar nama kat HEP untuk program pertukaran pelajar ke luar negeri,hehehhe mana nak dapatnya.



Aku ni bukan nya pandai sangat tapi nasib je baik, dalam umur 20 tahun, aku dah dapat degree. Masa temuduga susah juga nak terangkan macam mana aku boleh habis degree cepat. Lagi menghairankan lagi, aku juga mempunyai 2 diploma pada masa tu. Ada yang kata "ko beli ke beli kat mana degree ni?". Tapi setelah aku terangkan dengan teliti mereka faham, aku memang mudah dapat kerja masa tu. Cerita macam mana aku boleh habis cepat dan dalam masa yang sama ada 2 diploma ni saya akan cerita pada bab-bab yang akan datang, Insaallah.



Lepas tu fikir le aku nak ambil master kat UK, .tapi macam mana ya. Aku tanya kawan-kawan macam mana kalau aku pi UK, lepas tu keja kat sana dalam setahun dan dengan duit tu aku ambil master pakai duit sendiri. Diorang kata "ko ni gila ke, tak pernah dibuat orang". Lepas aku ambil degree, aku kerja tempat aku priktikal dulu(EON Snd Bhd.). Otak aku mula berkembang tentang erti penghidupan sebenar yang dulunya aku anggap hanya mengikut arus je. Dah mula fikir nak cari awek, nak banyak duit, nak beli kereta baru dan bermacam-macam impian.



Bakat berniaga yang aku waris(mungkin) dari aruah ayah, tak aku sia-siakan. Aku dah mula berjinak-jinak dalam peniagaan, masa aku belajar lagi. So aku berhenti kerja dan ambil keputusan nak buka perniagaan sendiri. Aku akan cerita lebih panjang macam mana aku mulakan peniagaan dan rintangan juga kejayaan dalam berniaga. Alhamdulilah banyak le juga projek yang aku dapat dan sampai satu masa pernah pekerja aku mencecah sampai 10 orang(termasuk part time). Kira ok le tu pasal aku baru buka 2 tahun secara aktif dengan modal RM 2,000.00 je pada mulanya.



Tapi aku ingat le satu cerita macam mana aku nak mulakan perniagaan masa tu. Aku terpaksa beli komputer ansuran dan pakai slip gaji abang ipar aku pasal gaji aku masa tu belum cukup dan belum layak untuk buat pinjaman. Seksa betul kalau ingat masa tu...dengan komputer tu le aku bermula segala-galanya. Masa tu aku dah mula dapat dan menunggu beberapa projek untuk dijalankan. Aku nekad dan bertekad, aku berhenti kerja dan berniaga sepenuh masa.



Dalam masa yang sama aku ambil master(pakai pembiayaan sendiri), pasal aku rasa tak cukup ilmu lagi. Masa master tak dapat juga nak belajar ke UK. Masa tu rasa dah tertutup peluang aku nak pi belajar kat luar negeri. Aku cerita serba sedikit latarbelakang hidup aku, untuk memastikan semangat tu tak pernah hilang.



Cerita pasal semangat ni aku terfikir sesuatu. mungkin perkara ini biasa bagi kita tapi sejauh mana kita melaksanakannya. Teringat pada seorang kawan aku, cerita tentang "Mana Hilangnya Semangat". banyak sebenarnya kalau nak kupas benda ni. Tapi mungkin aku nak kongsi sikit idea aku dan apa yang aku buat selama ni. Aku nak bawa korang tentang persoalan mengapa semangat itu hilang?,dan tentunya bagaimana nak mendapatkan nya semula. Apa yang aku tonjolkan ini bukan "semangat" tentang kemelayuan atau "semangat" kepartian atau seumpamanya. Tapi definasi semangat untuk berkerja, semangat untuk belajar, dan lain-lain .Biasa la...selalu kita dengar kekawan atau kita sendiri meneluh "aku hilang semangat le nak bekerja" atau " aku dah hilang semangat nak belajar kat sini".... mengapa semua ini berlaku......

Sebelum tu,aku nak beri tahu yang ini bukan aku dapat dari mana-mana buku, teori ni adalah datang dari aku dan pengalaman aku yang lepas. Aku cuma nak kongsi dengan korang dan terutamanya mengingatkan diri aku sendiri.perjalanan hidup kita dari kecil hingga 20 dan lepas dapat degree selalunya disalur oleh impian atau galakan dari keluarga. cerita nya yang menarik lepas kita dah berumah tangga atau dah bekerja. Hilang tumpuann dan persoalan "apa nak jadi" selalu bermain di benak dan fikiran kita. bagi pendapat aku, hilang nya semangat adalah berpunca daripada tiadanya MATLAMAT dan plan masa depan. mungkin kita selalu berangan nak dapat macam-macam tapi apa kesudahannya.... selalunya kita akan mula bosan dan hilang tumpuan akan apa yang kita impikan. Aku rasa kalau kita rasa benda yang kita fikir tu betul dan boleh membawa keuntungan, jangan fikir pepanjang pasalnya sedang kita mengira-gira dan merancang terlalu lama dah ada orang berlumba-lumba membuat kejayaan mereka dengan idea yang hampir sama.



Cuba teliti dan duduk berfikir semula,ambil masa sekejap ...perjalanan hidup kita yang lepas dan apa yang berlaku dalam tempuh 5 tahun lagi. tepuk dada
tanya sendiri, tentunya semua orang dapat menjawab persoalan itu kerana sendiri sahaja yang tahu akan kelemahan dan kelebihan diri sendiri. apa yang aku nak maksudkan adalah perancanagn teliti amat perlu dalam kehidupan kita.

Hilang nya semangat adalah kerana tiada matlamat!, sama ada matlamat jangka masa panjang atau singkat.... selalunya kita hanya duduk dan berkerja disuatu tempat untuk nak dapatkan duit.....kerja bertahun - tahun ....lepas tu berhenti, tak tahu apa nak buat...ikut nasib je.



APA YANG AKU BUAT

Perancangan 5 tahun sekali adalah yang terbaik...cuba ambil kertas dan lakarkan matlamat korang...simpan cebisan kertas itu baik-baik dan lihat semula pada tahun berikutnya. adakah matlamat anda tercapai setiap tahun.....hingga lah sampai 5 tahun.kalau kita bekerja punya matlamat tentunya semangat untuk bekerja akan
bertambah...contoh paling mudah, kalau ada yang nak bernikah hujung tahun ni kena cari duit RM15,000, so kena le bekerja kuat .... untuk dapatkan duit...tak kan kerja main-main kang kena berenti kerja pulak kan, tak dapat nikah.hehehe



Aku simpulkan disini ada beberapa perkara yang kena kita lihat dan perhatikan untuk semua ni:

Takdir ALLAH dan ketentuan ALLAH.

Walau bagimana pandai dan bagusnya kita merancang matlamat kita, haruslah kita ingat bahawa "KITA HANYA BOLEH MERANCANG TUHAN YANG MENENTUKAN". Oleh itu kita perlulah berusaha dengan bersungguh-sungguh disamping doa yang tak putus kepada Allah yang esa. Tentunya dengan pertolongan Allah la jua kita memperolehi kemenangan yang mutlak...insaallah.Disamping itu percaya yang mana "Allah tidak akan mengubah nasib sebuah kaum itu hanya apa bila meraka berusaha untuk mengubah nasib meraka". kita dah berusaha dan lepas itu bukan kerja kita.



plan A,B,C,D.....Z

Ada yang berkata memang senang "cakap" dan matlamat tu memang dah lama ada tapi susah untuk dilaksanakan. Selama ini matlamat tu hanya disimpan dan diletakkan
didalam otak. cuba lepas ini tulis atas kertas. Bukan apa, apabila kita tulis kita akan lebih ingat. Kalau rasa lupa matlamat tu, tengok balik kertas tu...dan tentu le bersemangat semula (aku le macam tu tak tahu korang) kerana kita punya tujuan dan target untuk kita tuju. Dan berimpi sentiasa menjadi yang terbaik.

Untuk mendapatkan sesuatu yang bernilai bukan satu perkara yang mudah. buat dari mula...dan mulakan dari langkah pertama. untuk menuju pada sesuatu tempat yang
jauh tentunya punya banyak rintangan dan cobaan. Kita perlulah berfikir dan menyediakan lakaran atau plan lain apabila plan yang asal tidak boleh digunapakai.
kadang kala kita terpaksa berundur pada tempat asal tatakala kita sedar yang kita "tersesat jalan".ilmu dan teori ini banyak dipakai oleh ilmuan dan orang yang berjaya dalam hidup.


3. Matlamat yang terlalu tenggi



Apabila kita meletakan matlamat dan impian yang terlalu tinggi pada masa yang terlalu sengkat, ini akan membuatkan kita bosan untuk memburu cita-cita. kita tahu akan kemampuan kita, apabila kita dapat lebih dari apa yang kita targetkan itu semua adalah bonus...selalunya apa yang kita hendak akan tercapai kalau tak ada faktor luar yang menghalang. Insaallah


"Yang baik tu dari Allah, yang buruk tu dari kejahilan diri saya sendiri"





HOBI KU MENJAJA-"MASA KECIL"


Dalam bab ni aku akan banyak bercerita tentang bagaimana aku mula berniaga, proses-prosesnya, semangat nak berniaga, untung rugi berniaga, dan segala yang berkaitan dengannya. Tapi aku bukan lah businessman yang telah berjaya tapi pengalaman yang aku nak cerita adalah perkembangan dari peringkat bawah hingga dari mula memikirkan apa yang nak berniaga. Mana le tahu ada yag bercita-cita nak buka peniagaaan dan bila baca cerita aku terus jadik buka orang kita juga yang berjaya. Berniaga tu 9/10 dari punca rezeki .



Kalau masa kecik-kecik dulu mamang ramai yang kenal aku kat kampung. Pasalnya aku selalu ikut bapak aku menjaja jagung dan sayur meranti dari kebunnya. Kekadang kalau ayah aku ada kerja lain aku je yang pergi. Kalau tak ada meranti dan jagung aku jual keladi, ada sekali tu penggaga mak aku tanam pun aku jual..tapi mak bapak aku tak tahu le. Duit tu aku beli merecun



Setiap hari rabu ke pasar rabu jual apa yang patut, aku bantu ayah aku berniaga dari kecil. Dipendik kan cerita aku dah kenal duit dan pandai mengira dai umur aku 6 tahun. Kalau ada apa-apa keraian kat kampung macam tok menteri dating ke atau pertandingan nahsid ke aku memang tak lepaskan peluang nak ikut ayah aku berniaga. Aku tahu susah ayah aku cari duit nak besarkan aku berempat beradik. Aku selalu le dok bakul depan motor Honda buruk dia bila kat set belakang penuh dengan barang jualan, masih segar lagi dalam ingatan ku. Kat sekolah rendah, kalau ada hari kantin aku le ketuanya...jual cendol, jual kerepek dan lain - lain. Pi sekolah selalu tentu aku akan bawak kerepek atau kacang dibungkus kecil (10 sen satu) untuk aku jual dengan semua kekawan kekadang cikgu pun beli sekali.



Bakat aku mula terserlah masa kat sekolah menegah lagi.... Hehehe .Tapi cerita ni jangan le korang ikut lak, aku ceritakan bukan apa aku nak tunjukkan yang aku ni bukan le budak baik sangat, tapi bukan jahat dan banyak perkara berlaku masa zaman aku bersekolah dulu yang mungkin aku boleh kongsi. Masih lagi aku ingat, aku berniaga rokok dan roti canai kat semua kekawan asrama aku yang "memerlukan"nya hehe,. Dulu aku pernah bersekolah di sekolah berasrama penuh dan nama sekolah tu aku terpaksa lah rahsiakan untuk kepentingan pribadi. Untuk memudahkan aku namakan dengan SMSJ je...hehehe sesiapa yang sekolah kat sini memang dia tahu le. Gara-gara aku berniaga dan fly pagar nak beli coti canai kat kedai mamak luar asrama, aku kena buang sekolah masa aku tingkatan 2. Tapi aku ni bukan nakal sangat, tapi rasa brutal sikit masa tu... la ni tak lagi biasa le bebudak remaja. Ingat pulak aku tentang penulisan rakan kita Ar Hej "Nerd dan Cool", cerita dia banyak kena mengena dengan aku. Cerita pasal sekolah ni aku akan kupas lebih lanjut dalam bab-bab selepas ni. Sebenarnya ada satu perkara yang aku rasa titik perubahan hidup aku yang dulunya nampak kelabu menjadi terang benderang seakan ada satu semangat dalam diri aku lepas peristiwa tu, nanti le aku ceritakan



Kat sekolah masa tu banyak aku berniaga, sebagai contoh aku ada le curi buah tembikai kat kantin asrama tu(dah cari balik mak cik kantin tu...aku dah mintak maaf) dan potong kekecik taruk asam..jual semula kat bebudak asrama semata-mata nak kumpul duit ngan geng-geng aku nak beli bola takrow, pasal kita orang suka main takrow, dan sekolah tu tak da bola takrow... Hehhehe... Kira macam robin hood la tu ...curi harta orang kaya dan beri balik kat orang miskin..itu agaknya perasaan aku masa tu. Masa terejal mana nak ingat apa.



Satu lagi contoh bila aku beli rokok (3.00 sekotak) kat luar sekolah dan roti canai (30 sen sekeping), harga dah naik dua kali ganda bila ada dalam asrama..tapi laku...kira kalau satu malam beli 30 keping dan 2 kotak rokok tu kira sesenang je habis. Tapi yang peliknya aku jual je rokok, aku tak lak hisap rokok sampai sekarang. Semua tu dah berlalu, kenangan tinggal kenangan.







"SETAPAK DALAM DUNIA PERNIAGAAN"
Korang ingat tak cerita yang aku cerita yang ayah aku meninggal bila aku nak berlepas ke US dulu masa nak buat degree. Masa tu aku terpaksa berdikari sendiri.Ceritanya bermula bila aku tak dapat biasiswa dan bantuan di universiti. Aku tak dapat bukan aku tak layak kerana masalah teknikal... aku lambat dapat pinjaman. Dulu aku pernah le mendapat biasiswa dan dah pun sain untuk keluar negara, sekali tak jadi dan proses tu memakan masa bertahun untuk aku dapat pinjaman semula. Mungkin sekarang ni semua ni tak berlaku lagi kerana semuanya menggunakan peralatan serba canggih dan teknologi komputer. lepas tu sampai setahun setengah aku kat universiti belum dapat lagi. Masa tu tak ada siapa yang nak tanggung aku, pasal ayah aku dah meninggal dan terpaksa aku yang menganggung ibu dan adik anggkat aku dikampung kerana semua kakak-kakak aku telah pun berkeluarga. Dalam menguruskan hal pelajaran aku terpaksa memikirkan mana nak cari duit untuk pembelanjaaan aku kat universiti dan bagai mana makan pakai emak dan adik aku dikampung.



Rupanya kesusahan membantu kita melihat dengan lebih kehadapan, aku bermula berfikir macam mana nak cari duit masa tu, budak baru 18 tahun apa le yang aku tahu buat. Banyak le pekerjaan yang aku buat dari mendapat upah membersihkan kawasan surau sampailah jadi pencuci pinggan kat kantin fakulti aku. Siapa aku nak mintak tolong, akak-akak semua ada la yang tolong, tapi seberapa sangat le semua kakak-kakak aku suri rumah je, jaga anak mereka yang ramai. Yuran universiti, makan aku, sekolah adik aku(F), makan mak..pening aku, mana aku nak cari duit. Ada le aku mengadu dengan universiti dan mereka dapat bantuan juga dan aku dapat sumbangan RM 500.00 masa tu punya le aku berterima kasih pada mereka yang menghulurkan bantuan. Kalau aku cerita korang aku cuma makan roti bercecahkan air teh panas je tiap hari korang percaya tak. Itu le yang terjadi pada aku, itu le sarapan, itu le makan tengah hari dan itu le makan malam. Bak kata orang tua-tua "berat mata melihat berat lagi bahu memikul"



Mula aku berniaga, aku mengikut seorang kawan aku menjual komputer. Sebuah komputer yang aku jual aku akan dapat RM30.00....kenapa aku nak jadi juru jual pulak? . untuk permulaan, aku minat pada komputer dan aku rasa tentu kawan aku ni boleh ajar aku macam mana nak baiki komputer. Lupa aku nak cakap, dalam masa yang sama aku belajar malam di sebuah kolej di subang, aku ambil diploma pada masa tu. Part time ni aku dah buat dari aku menunggu nak dapat keputusan universiti nak menerima aku atau tidak selepas aku menolak pergi ke U.S dulu, tanpa membuang masa aku ambil le diploma in information technology. Lagi satu nak fikir bayaranya..tak pa le sabar je lah. Korang dapat bayangkan tonggang langgangnya hidup aku masa tu. Ingat pesan aku satu je" kalau ada kemahuan tentu ada jalan "



MULA DENGAN YANG KECIL


Aku pun ikut le member aku tu hampir setengah tahun kesana ke sini bawa dan pasang komputer. Aku tahu sesikit tentang komputer yang sebelum ni tak tahu langsung dengan benda ni. Masa tu dapat le aku dalam RM 300.00 sebulan dari hasil kerja penjualan komputer, duit tu le aku gunakan untuk menyara hidup aku, emak dan adik aku dikampung. Masalahnya mula timbul apabila komputer yang aku jual rosak dan aku tak tahu nak betulkan ...ya le mana aku tahu ..jual tahu le. Aku ingat kan le member aku ni tahu tentang repair komputer dia pun tak tahu langsung. Macam mana kawan aku ni lepas tangan je lepas jual, ni yang aku benggang ni ..aku tak sedap hati pasal nama aku jugak yang buruk,jadi aku ambil keputusan belajar le sesikiit cara pemasangan komputer dari rakan-rakan yang tahu.



Aku dah masuk tahun 2 dan alhamdulilah semuanya berjalan lancar dan ramai orang yang nak tolong aku. Dari pelajar sampai le pensyarah beli komputer dengan aku. Masa tu aku dah mula ada hand set dan kereta untuk kemudahan aku, ya le senang sikit bila nak hantar komputer bila ada tempahan. Dari memula dulu, sapa yang ada bawak monitor dangan motor kecuali aku masa tu...Aku mula sewa kedai dan gajikan budak untuk jaga kedai aku tu..bukak kecil-kecil je. Aku dah mula berniaga dan banyak kawan. Tapi skop aku banyak lebih tertumpu pada para pelajar dan pensyarah je juga warga universiti. Bila aku di tahun 2 pengajian, aku mula daftarkan syarikat aku sendiri dan ingin berdikari sendiri. Aku daftar kan nama syarikat aku dengan nama TEC..... sales & service dan akhirnya 4 tahun selepas itu namanya bertukar TEC......... Sdn. Bhd. Dalam masa yang sama aku tak mengabaikan pelajaran, alhamdulilah aku habis degree aku dengan kelas dua atas dan purata CGPA aku 3.53/4.00. Yang aku nak tekankan ialah, apabila kita berbuat apa sekalipun kita kena ingat apa tujuan utama kita. Sebagai contoh aku beniaga masa tu bukan nak kaya Cuma nak cari duit untuk menyara hidup aku masa tu dan tak guna le kalau aku cari duit tapi aku abaikan pelajaran aku.



Kerata yang aku beli aku sewakan. Tiap bulan aku kena bayar RM 700 kat bank tapi aku sewakan untuk pelajar. Kalau sewa sehari 100.00 . kalau hari sabtu ahad dapat le 120 so korang dapat bayangkan le ..kalau dapat 10 hari pun dah kira ok pasalnya aku dah dapat bayar duit kerata. Tapi selalunya lebih. Aku beli kerata masa tu aku fikir senang nak balik kampung jengok mak aku, bukan untuk bergaya. Masa tu, aku masih lagi pelajar.



Perniagaan aku semakin maju, ada yang nak beri projek kat aku mungkin melihat kesungguhan aku masa tu tapi aku tak nak ambil pasal aku takut tak terbawa pasal aku kena le belajar juga. Selain komputer aku juga suka dalam bidang penerbitan. Aku saja je ambil krusus rekabentuk dan penerbitan untuk kerjaya aku. Selain komputer dan kerata aku ada juga buat projek cenderamata atau buku penerbitan kat kampus dula.



Aku dah mula dapat projek buat buku, cendaramata dan sijil ...aku buat cover buku dengan idea aku sendiri dan aku hantar pada mereka yang nak buat lepas tu aku pi cari kedai yang boleh buat printing kebanyakan di jalan pudu, kuala Lumpur dan serdang. Dapat le untung sesikit banyak kekawan je yang tolong aku masa tu.Aku meniaga masa tu nak suka-suka dan nak tampung yuran pengjian aku disamping cari duit untuk mak dan adik aku kat kampung.



Insaallah, cerita ni bersambung minggu depan pada hari yang sama...tak tahu le kalau ada yang tak suka cerita aku ni ... pun aku sambung kecuali tuan monderator yang tak luluskan cerita aku ...heheh jangan le marah saja bergurau




Posted by mybaha at 8:27 AM BST
Post Comment | Permalink
"Bingkisan semalam"
Aku rasa semalam hari yang aku paling gembira sejak aku berada kat bumi UK ni. apa taknya aku dapat berita baik lagi ...hehehe mana boleh beri tahu ini rahsia aku je. rasa aku nak pi school cepat sikit hari ni, tak nak lambat lagi. esok aku tak tahu le nak cakap apa dengan si edmun. aku harap dia dah hantar from aku kat kuittho..pasalnya aku takut terjejas pulak biasiswa aku kalau dia tak hantar lagi benda alah tu... semalam gak aku pi ke cort, pi cek saman aku macam mana. aku dah siap semuanya, potocopy apa yang patut ...tut semuanya dia tak nak dia nak yang origenal. la....tak pa le. lepas tu aku pun blah le. dia kata tak payah pi cort lagi pasal aku dah mengaku bersalah dan dia akan hantar saman kat aku dengan lesin yang dia ambil semalam. bye

Posted by mybaha at 8:25 AM BST
Post Comment | Permalink
Monday, 23 June 2003
sambungan
Masa Bertunang

Satu syawal berhari raya
Hari raya, jangan bermasam muka
Masa bercinta, dunia ana yang punya
Aku nak kenama, aku punya suka

Pergi berniaga ke pulau melaka
Orang kesana, selalunya kaya
Dara suka, teruna lagi le suka
Nak kemana, tiada yang tanya

Mak milah janda, kawin nya duda
Walau pun duda, badannya sasa
Siapa nak halang, orang tua tiada
Diorang ingat semua macam biasa

Anak Hindu beli petola
Nak masak tumis, santan berlada
Duduk dibandar, bermaharajalela
Orang kat kampung, tak tahu benda

Teruna kata bapaknya kaya
Pergi kepasar pun berkerata
Si dara sudah mula bercaya
Janji manis, teruna kota

Mat motor selalu berlumba
Tak pernah jatuh, ingat macam nak rasa
Tunang sebulan, semua dah tiba
Taman bunga, panggung wayang...tu tempat biasa

Tepi hutan banyak kera
Kera takut dengan kerengga
Berpegang tangan itu dah tak kira
Naik motor kehulu kehilir, teruna bangga

Budak kecik main saga
Tak boleh main, tak kan nak ke gua
Ada kawan cuba menduga
Diberi nasihat, diperlekih jua

Pergi ke kelang memanjat kelapa
Dari Kelang lalu ke Jawa
Teruna, dara dah tak kira apa
Dulu kewayang , kini kerumah sewa

Satu hari kena le juga
Dicekup kadi, diam tak terkata
Tahu pulak malu kat keluarga
Dulu nak buat tak tanya sapa

Berniaga besar, ingat nak kaya
Berniaga beras, di makan diraja
Janji tunang 2 tahun ikatnya
Dah jadi gini, 2 bulan aje

Bapak si dara mengamuk gila
Bila dapat berita ada yang tak kena
Dia suruh kawin jam tu juga
Nak cari duit, "itu kau punya suka"

Mula hantaran 10 ribu, katanya
Dapat potongan, bayar 2 ribu saja
Asal minggu depan jadi kendurinya
Jemput orang, adik beradik saja

Anak dikandung sapa nak jaga
Makin membesar, nanti orang dapat teka
Nak menyesal, tak ada guna
Berani buat berai tanggung le


Hari persandingan

Mak ayah dara, rasanya hiba
Ini semua teruna punya angkara
Hari dinanti telah pun tiba
Bersanding juga si teruna dara

Turut di jemput sedara mara
Tetiba sidara tekaknya loya
Ramai yang datang menjamu selera
Ada yang Tanya, kenapa awalnya

Di ijab Kabul, pengikat setia
Doa semua, moga bahagia
Dua mempelai nampak ceria
Lepas ni boleh bersuka ria

Berjalan malam jumpa si rawa
Jumpa si rawa, dipohon sena
Memohon ampun kepada yang dua
Menanis meraung tiada berguna

Pergi ke pasar naik kereta
Naik kereta berdua jua
Tangan dihulur ampun dipinta
Harap restu mereka berdua

Seminggu khawin

Makan roti dengan kaya
Mana tahu , boleh kaya raya
Si dara kini teruna yang punya
Memoga baik le jadinya

Dudukle mereka di ibu kota
Memula hidup, menuju bahagia
Dara suka teruna pun sama
Seminggu kawin, punya le ceria


Masuk rumah kosong sahaja
Tilam buruk harta pusaka
Nak beli barang duit tak ada
Kata si teruna, sabar la ya..

Kita kan hidup di ibu kota
Tak payah beli guna yang lama
Dengan senyuman, dara berkata
Susah senang kita bersama

Kehulu ke hilir mukanya ceria
Teruna dar, bersuka ria
Teruna dengar rasa bahagia
Nasib baik dapat isteri setia


Posted by mybaha at 12:18 PM BST
Post Comment | Permalink
Thursday, 19 June 2003
Pantun "tak kenal maka tak cinta"-vol 1
Baru nak kenal

Pergi ke pekan naik kerata;
Bawak awek jalan merata;
Tak kenal maka tak cinta;
Disini mulanya kisah cerita;

Punggur berdaun di atas kota;
Jarak sejengkal dua jari;
Mula kenal bermain mata;
Dari mata turun ke hati;

Menyunting bunga untuk tiara;
Bunga di telinga cantik di mata;
Memula teruna, jeling si dara;
Si dara tersipu, diam tak berkata;

Bunga melur kesukaan sara;
Dipetik dari tepi telaga;
Teruna bangun menyapa dara;
Dara tersenyum sampai telinga;

Duduk berehat di pohon sena;
Duduk bersila bukan bertapa;
Soalan pertama ...asal mu dari mana;
Soalan kedua, anak dah berapa?;

Bermimpi dibelit si ular sawa;
Orang tua kata, tanda nak kaya;
Si dara kata, mana ada pakwe;
Tengah tunggu, abang nak saya?;

Seminggu kenal

Duduk bergelap tak kenal rupa;
Rupanya garang nampaknya liar;
Dah seminggu kenal, kita tak jumpa;
Dara free ke, boleh kita keluar;

Belum di tanam harus dikapan;
Ayam mati kerana berlaga;
Mula kenal, si dara tunjuk bersopan;
Si teruna terpikat, macam nak pinang malam tu juga;

Luahan hati sudah dikota;
Moga dara terima seadanya;
Teruna dan dara lapang di dada;
Makan tak lalu, mandi tak basah...kalau tak mandi la ya

Pergi menjaja di kuala kedah;
Singgah sebentar dipulau melaka;
Ikatan cinta bermula sudah;
Si dara cinta, teruna lagi le suka;

Sebulan kenal

Makan dodol terus telan;
Beli dodol dengan pak lan;
Sehari tak jumpa, macam sebulan;
Tapi memang baru kenal sebulan;...hehehe

Ke kuala kedah pergi menjaja
Balik berniaga, pergi berlumba
Sebulan kenal dah bertemu saja
Janji kul satu, pukul sembilan dah tiba

Bersopan santun duduk bersila
Makan malam di padang kota
Siang tak puas jumpa, malam...telepon pula
Bergayut sampai bengkak-bengkak mata

duit dah habis, di korek tabung
Makan malam lauk sotong
Bil telipon naik melambung
Mana nak bayo, gaji dah banyak potong


Setahun kenal

Anak kecil jangan di dera
Kalau di dera, memang ko nak kena
Teruna dah kenal hati si dara
Dara pun dah suka sama si teruna




Kena hujan pening kepala
Nak angkat kaki pun tak bermaya
Teruna hajat nak meminang pula
Si dara kata, dia belum sedia

Sedap sungguh kuih melaka
Kuih dibuat santapan kanda
Teruna sedih, dara berduka
Pasalnya sebenar duit tak ada

Pergi menjahit di rumah mak pon
Kerumah mak pon bersama tiara
Jari disusun memohon ampun
Minta mak teruna meminang dara

Bertunang

Laksamana berbaju besi,
Masu ke hutan melanda-landa;
Hidup berdiri dengan saksi,
Adat berdiri dengan tanda

Musang rabun, helang meraba
Baharu ayam suka hati
Hari bertunang hampir nak tiba
Si teruna berdebar, hantaran di nanti

Berpantun, bersajak mereka ke sana
Dibalas dengan senyuman mesra
Sebelas dulang hantaran dibawa
Bawak balik tak tahu berapa

Bapak si dara tidak berkira
Se puluh ribu serba satu, itu hajatnya
Terkejut beruk, si mak teruna
Terpaksa terima, anaknya dah suka

Tanya si dara kenapa gini jadi nya
Ayahnya kata, sekarang barang dah naik harga
Buat pinjaman bank le nampaknya
Apa nak cerita dah terpaksa

Apa le nasib anak ku teruna
Hantaran tinggi memening kepala
Berpajak, bergadai semua untuk mu dara
Aku sedia berkorban asal kita dapat bersama


Bersambung.....

BBM,UK
_________________

Posted by mybaha at 10:30 AM BST
Post Comment | Permalink
"kurang ajar"
Sebuah perkataan yang paling ditakuti
Untuk bangsa kita yang pemalu.
Sekarang kata ini kuajarkan pada anakku;
Kau harus menjadi manusia kurang ajar
Untuk tidak mewarisi malu ayahmu.

Lihat petani-petani yang kurang ajar
Memiliki tanah dengan caranya
Sebelumnya mereka tak punya apa
Kerana ajaran malu dari bangsanya.

Suatu bangsa tidak menjadi besar
Tanpa memiliki sifat kurang ajar

Posted by mybaha at 10:28 AM BST
Post Comment | View Comments (2) | Permalink
Wednesday, 18 June 2003
"Suatu kesih di bulan puasa"
Aku :"Din tak makan tengah hari ke hari ni"
Din : "tak, aku puasa sunat le hari ni"

Ok le kalau macam tu aku pun tak payah makan tengah hari ni. Dok berbual ngan din sebelum menunggu jam 2 dan masuk balik pejabat buat kerja. Kami pun bercerita le pasal puasa ni. Aku ada 2 pengalaman yang tak boleh aku lupakan pasal puasa ni.

Kisah Pertama:

Kisah ni berlaku masa aku study dulu ngan kekawan aku. Hari tu kami habis kelas awal dalam pukul 2. kami berempat satu rumah pergi le ke pasar romadan cepat hari tu. Malas nak pi lagi, lagi pun dah nak akhir-akhir puasa ni tak le pelahap sangat macam hari pertama puasa. Lagi pun aku nak tido kejap balik nanti pasalnya dah 2 malam aku tak tido dok menghabiskan kertas projek aku.

Kat rumah aku pun tido le, dan kekawan aku bertiga tu ada hal masing-masing. Ada yang nak buka ngan awek, ada yang pi kampus .....tinggal aku sesorang kat rumah. Aku dok layan tido le memang dah mengantuk tahap "tertinggi" la tu.

Tetiba aku terjaga, dengan laungan azan radio yang memang terpasang 24 jam kat rumah kitaorang....tengok jam kat dinding dah pukul 7.40 petang, la tak terjaga aku engantuk sangat sampai dah waktu berbuka dah.... Dalam mamai-mamai aku pi ke peti sejuk ambil apa yang dah aku beli tadi untuk berbuka. Kekawan sorang pun belum balik. Takkan nak tunggu diorang, tah-tah diorang dah berbuka kat kampus pasalnya mereka sibuk mengulang kaji minggu depannya adah ada periksa sebelum cuti raya. Aku bentang tikar, buat air sirap..makan sendiri. Baik punya balun, dalam aku sedap makan tu ...kekawan aku balik. Apasal le diorang ni balik lewat sangat. Masuk je pintu "hoi, ko tak puasa ke?"jerkah kawan aku. "apasal pulak , dah waktu berbuka le..". baru kul 5, berbuka apa ke namanya...muka aku dah merah, rupanya azan yang aku dengar tadi tu azan untuk sembahyang asar... abis jam tu. Jam tu kebetulan habis beteri. Kami tergelak sampai sakit perut, tak pasal-pasal aku kena ganti puasa tahun tu.

Kisah kedua

Hari pertama puasa, aku pergi le ke pasar sesama kawan aku bertiga. Nak beli apa yang patut nak masak berbuka hari ni. Dah habis beli dalam perjalanan balik ke kereta, kawan aku, lan nampak rambutan dan dia nak beli rambutan tu. Nampak rambutan tu yang merah menyala sungguh mengiurkan. Yang jual rambutan tu sorang nyonya tua.

Lan : berapa ke sekilo rambutan ni nyonya
Nyonya : 3 ringgit satu kilo't
Lan : manis ke, mana punya rambutan.
Nyonya : tentu't la manis, muar mari...rasa't la satu't, kalau tak percaya.
Lan : ok
Dengan selamba, lan ambil rambutan tu dan dia terus makan.

Aku : oi, hang tak puasa ke
Tersedak lan dibuatnya, termuntah-muntah...hehehe dia terlupa yang hari tu first day puasa,nyonya tu pelik. Lepas tu kita orang beri tahu kat nyonya tu, kitaorang gelak sesama.

BBM, UK

Posted by mybaha at 3:53 PM BST
Post Comment | Permalink
"Pandang-pandang ...Jeling-jeling"

Dalam alam remaja dengan umur yang baru mencecah 21 tahun, alin seperti remaja lain. Dia seorang gadis yang taat dengan peritah ibunya. Jarang sekali dia bercakap, jauh sekali keluar dengan lelaki. Satu hari, alin terpaksa balik lewat dari hari biasa kerana terpaksa kerja "lebih masa". Jam dah pukul 7 dan dia sudah menalipon adiknya(angah) untuk mengambilnya dengan menggunakan motor. Tak tahu le dah lama dia menunggu angah tak juga sampai. "nak kena angah ni agaknya, bukan nya dekat nak jalan" alin merungut. Walaupun dia memang setiap hari berjalan pulang tapi hari tu hatinya berdebar-debar, tak sedap. Lagi satu masalahnya dia nak melepaskan kelompok budak bujang yang selalu bersidai kat tembok hujung kampung tu. Selalu budak bujang tu mengusiknya. Tak kuasa dia melayan kerenah bebudak tu.

Alin terpaksa juga berjalan, ya le kalau nanti sambil berjalan mungkin angah dah sampai. Alin berjalan, pandangan nya dijaga(tunduk je). Sampai satu sempang, alin ditegur dengan satu suara. "ASSALAMUALAIKUM, HAI CIK ADIK, BOLEH BERKENALAN" . sayup-sayup je suara tu, Alin teruskan perjalanan. Sampai ke rumah dah nak gelap, angah rupanya terlupa nak ambil dia.

Alin : "Mak mana?"
Angah : "pergi kenduri"
Alin : "Rumah sapa pulak, kenapa ada kenduri?"
Angah : " Tak tahu le long, kata mak di pi rumah pak din, kenduri anak dia balik bercuti, a'la si farid yang belajo kat UK tu"
Alin : "Farid"
Angah : " a'ah"

Perbualan tu sampai disitu saja, malam tu Alin tak boleh melelapkan mata, Alin teringat kan farid, kawan sekelasnya dulu. Farid baik budaknya dan dia pandai. Dalam kelas dulu, kalau Alin No 1 tentu farid No 2 dan bersilih ganti. Tapi nasibnya tak da, farid dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Esoknya, keadaan seperti biasa...alin pulang dari kerja jam 5. tak disangka suara semalam ada lagi "ASSALAMUALAIKUM, HAI CIK ADIK, BOLEH BERKENALAN", berkali-kali..... Dari mana suara tu ,jadi persoalanya. Tapi dari rumah pak din rasanya.

Alin malu nak memandang takut di kata perasan pulak, dia dapat jelling-jeling je pada keadaan sekitar. Kini dah seminggu perkara yang sama berulang dan tentunya setiap petang dan waktu yang sama suara tu ada dan mula menghantui Alin. Alin dah tak macam biasa, hari demi hari dia tertanya dari mana suara tu datang. Dia tak selasa, kalau nak balik kerja dia sanggup tukar baju kerjanya dengan baju kurung, baju kebaya supaya kelihatan cantik dan bergaya. Ramai kawan-kawannya tertanya dan juga ibunya tentang perubahan alin, alin tak menjawab apa-apa. Boleh le dikatakan "makan tak lalu, mandi tak basah". Kalau le suara tu dari farid, alangkah untungnya. Bahagialah hidupnya. Dia mula berangankan yang indah-indah hidup bahagia dengan farid. Dah lama sebenarnya dia menyukai farid tapi dulu masih sekolah, tak boleh. Farid juga pernah mencurahkan hatinya pada alin tapi waktu itu alin menolak dengan alasan dia nak tumpukan dengan pelajaran. Ini lah masa yang sesuai dan ditunggu-tunggu.

Hari ni alin bangan awal, bersemangat dia nak pergi kerja dan tentunya saat yang ditunggunya patang nanti masa pulang. Alin bertekat dalam hatinya dia akan melihat dan mencari suara itu, dia tak nak jelling-jeling je lagi, dia nak pandang dan pastikan siapa yang menyapa dia selama ini.

Dalam bas pulang dari kerja petang tu alin mula berdebar-debar, dia mengarang ayat apa nak cakap kalau orang tu menyapa dia. Rasa bas cepat betul sampai ke tempat yang dia selalu turun. Dia mulakan langkah pertama dengan bacaan bismillah dan teruskan melangkah. Dia menjaga langkah dengan sopan(Control cun). Sampai di simpang rumah pak din yang dimaksudkan, suara itu ada lagi, seperti yang disagka "ASSALAMMUALAIKUM, HAI CIK ADIK, BOLEH BERKENALAN". Alin terhenti dia membatukan hatinya dan ingin melihat sapa gerangannya suara itu.

Alin menoleh ke kiri dan ke kanan, tak ada orang pun. Dan sekali lagi suara tu kedengaran "ASSALAMUALAIKUM, HAI CIK ADIK, BOLEH BERKENALAN". Alin amati betul-betul, alangkah sedihnya dia rupa-rupanya BURUNG KAKAK TUA kepunyaan pak din yang bersuara. Baru dia perasan, patut le setiap hari pertanyaannya sama. Alin melangkah kerumah dengan perasaan hampa, tetapi kekadang dia ketawa kesorangan mengenangkan cerita yang dia laluinya.

Moral : jangan control cun sangat bila berjalan ...hehehehek, tak ada le gurau je. Sesaja nak rehatkan kepala pepetang ni ya tak. Jangan marah......

baha, nottingham

Posted by mybaha at 3:52 PM BST
Post Comment | Permalink
Friday, 13 June 2003
"Bukan Aku Tak Sayang"
Ac ku sayang, aku tulis weblog ni khas buat kau. Walaupun ko tak membaca isi hati aku tapi aku rasa puas dapat meluahkan hati aku di sini. Bukan aku tak sayang kat kau Ac, kau terlalu baik untuk aku. Susah senang kita selalu bersama. Aku takkan melupakan jasa baik kau Ac.

Ingat aku dulu, setahun setengah yang lepas. Pertama kali kita jumpa. Ko ingat tak ....kat Imbi plaza. Aku terus tertawan pada kau dangan kecantikan kau dan segalanya yang ada pada kau. Kau, aku anggap sebagai kawan pada mula nya memjadi lebih dari itu. Kita seperti sepasang kekasih, kemana sahaja kita bersama, siang-malam, makan-minum kekadang ko terlalu sabar (aku fikirkan), saggup menunggu aku belajar dan menghabiskan report kajian phd aku, kekadang aku sampai tertidur didepan kau. Kau cukup memahami ku.

Tapi, untuk masa depan ku aku terpaksa mengambil Co* sebagai kekasihku sekarang. Aku yakin Co* dapat membantu aku dan aku mula sayang pada nya. Aku sedih bila memperkenalkan Co* dengan ko tempoh hari, Tapi kau nampak tenang. Perkenalan kami bukannya dah lama. Aku jumpa Co* di city dan dari perwatakan dan kecerdikan nya membuatkan aku tertawan pada nya.

Kini aku tahu kau merajuk pada aku ....Ac, aku bersumpah tak akan mempersiakan Co* dan tidak akan melupakan kau Ac. Insaallah. Aku cukup gembira akan pertemuan aku ngan Co*. Co* juga baik seperti kau dan aku harap kita boleh berkerja sama dalam semua hal.

Kau cuba bayangkan macam mana aku tak tertawan pada Co*, Dia nampak pandai...punya kelajuan P4, dan ingatan sebesar 80GB juga Ram 512MB, cuba kau bayang kan. Tapi Co* hanya akan menemani aku di rumah sahaja aku akan membawa kau kemana sahaja Ac, ke school, ke city ke mana sahaja aku pergi. Aku betul-betul perlukan Co* dalam hidup aku lebih lagi dalam phd aku ni. Aku harap ko faham kenapa aku beli Co* hari tu...

Ac samaran bagi Notebook Acer 2001
Co* samaran bagi Compaq (Desktop)-komputer baru aku


BBM, UK

Posted by mybaha at 12:35 PM BST
Post Comment | Permalink
"Asam pedas...mee bandung"
A'kum semua kekawan

Ramai juga kaum dari parit jawa dalam geng jurnal ni ya. tak sangka betul hamba..hehe kepada kekawan yang asal dari parit jawa tak kira melayu ke, jawa ke, banjar ke atau bugis.... aku ucapkan selamat berkenalan.

Kalau nak cerita asam pedas kat parit jawa .....woi mana boleh lawan. belum pernah dalam seumur hidup aku dapat makan asam pedas sesedap itu melainkan kat parit jawa....hehheh terliur kejap aku bila terkenangkan ikan sembilang bergelimpangan dalam kuah merah ...kejap tenggelam kejap timbul. dah setahun setengah aku tak makan ikan asam pedas kat parit jawa tu. kat london ni mana le nak cari orang yang pandai masak asam pedas sesedap tu lagi pun bukan ada ikan sembilang ngan ikan bawal kat sini ...ikan semua bebesar. ikan tuna dalam tin ada le. aku tak nafikan kesedapan ikan sembilang masak asam pedas parit jawa memang sedap. tak ada lak yang buat kajian terperinci sampai buat phd tentang faktor kesedapan asam pedas disitu. aku teringin sangat nak tahu ...heehe

tapi dalam kita mengagungkan asam pedas parit jawa jangan kita lupa akan ke-power-an mee bandung muar. pasal mee bandung muar ni memang semua dah maklum di seantero dunia yang kat muar memang sedap makan mee bandung. lelagi mee bandung kat parit penyenggat.... lama nya aku tak makan mee bandung, asam pedas, tampe, cendol kat tepi tanjung, petai, roti canai mamak kat bus station . kat sini semua tu takda....telan air liur je aku.

Dulu aku rasa aku bijak sikit... tapi sekarang ni makin lembab ..mungkin ke dah lama tak makan tempe...bila le nak habis phd aku ni.

BBM, London uk

Posted by mybaha at 11:56 AM BST
Post Comment | Permalink

Newer | Latest | Older