Blog Tools
Edit your Blog
Build a Blog
View Profile
« July 2003 »
S M T W T F S
1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31
You are not logged in. Log in
Entries by Topic
All topics  «
"KeKaWaN"
"Dari Sebuah Desa Ke Ibu Kota"
Saturday, 12 July 2003
"PARADIGMA KEHIDUPAN-Bhg 3"
A'kum TM dan semua kekawan RJ



Terima kasih TM kerana memberi aku laluan untuk menulis dan bercerita akan pengalaman aku kat sini. Walaupun kekadang idea aku yang berterabur tapi aku harap ianya boleh diguna pakai untuk sesiapa yang memerlukanya. Makin banyak mail box aku dengan email-email pribadi yang memberi perangsang untuk aku terus menulis, teima kasih. Rasa aku nak menulis je sepanjang hari tapi kat boleh le pasal aku banyak kerja lain yang terpaksa aku siapkan. Kirim salam aku dengan semua keluarga korang, semoga semuanya ceria selalu. Semoga ada sesuatu yang berharga dari pengalaman aku ni



Sebelum aku sambung lebih panjang tentang cerita perniagaan aku, kiranya elok aku selak-selak cerita lama aku sebelum aku sampai kat sini ...ya tak. Ya le ada yang suka cerita pasal meniaga dan motivasi, ada yang suka pasal cinta, ada yang suka pasal pengalaman dan aku cuba le puaskan hati semua kekewan aku kat sini.



LONJAKAN PARADIGMA


Kalau aku kenang-kenangkan dan renung semula akan kesusahan yang aku tanggung tentu akan mengelamun berjam-jam. Walaupuan aku dikira genarasi ke-tiga tapi aku bertuah merasa semua pahit getir orang lama dan aku juga dapat menikmati kemewahan orang sekarang. Tak tahu le macam mana susahnya orang dulu masa perang jepun. Bukan apa, bila kita melihat semula apa yang terjadi dan berlaku pada kita membuatkan kita merasa lebih bersukur dan mudah-mudahan makin dekat padaNYA. Aku yakin masalah dan pengalaman membuatkan aku lebih dewasa.



Korang ingat tak cerita pasal aku kena buang sekolah (PK I) dulu. Aku sebenarnya tak suka duduk asrama masa tu dan aku cari alasan untuk aku balik semula ke kampung. Ya le dah besar-besar ni aku heran jugak le kanapa le aku degil sangat masa tu. Aku anak bongsu dan akak-akak aku semua dah kawin, masa tu tinggal aku seorang dengan mak ayah je kat rumah. Nak duduk asrama reramai dan nak kena ikut aturan yang aku sangat tak suka. Aku terpaksa jugak pergi kerana kesian tengok mak mengharapkan aku berjaya. Dia kata, aku je harapan mak. Masa tu kan awal 90-an tak ramai lagi yang dapat masuk sekolah asrama penuh jadi kira kalau dapat masuk tu macam hero kampung le ... dah kira macam masuk U sekarang ni.hehehe tapi sekarang ni semua dah perkara biasa, budak pepandai dan SBP banyak.



Aku cerita le sikit latar belakang sekolah rendah aku, kalau korang boleh bayangkan sekolah aku ni Cuma ada 4 kelas je dan satu kantin(sekarang dah tambah kot). Cikgu dia termasuk guru besar 6 orang. Cikgu tu le ajo BI, cikgu tu le ajo agama dan semua nya dia ajar. Murid keseluruhannya kira ada Cuma seratus lebih je. Heran kan akhir tahun 80-an masih jumpa lagi sekolah macam ni. Betul ni sekolah aku memang kat hujung kampung dan tersorok sikit. Jalan pi sekolah masa tu tanah merah je, mana ada jalan tar macam sekarang. Kalau hujan...korang bayangkan je lah, baju yang putih tentu boleh jadi merah jambu. Sampai sekarang sekolah tu memang sikit muridnya. Ramai mak bapak hantar anak mereka ke sekolah kat jalan besar walaupun jauh sikit, memastikan kualiti pendidikan anak mereka. Satu kelas memang tak pernah lebih dari 15 orang. Kalau nak main bola antara sekolah kita kena guna budak darjah 3 - 6 baru cukup tu pun simpanan semua budak darjah 2 hehe. Tapi selalu le menang pasal budak kampung pakai kaki ayam pun boleh tending kuat. Jangan pulak korang bayangkan kmpung aku ni solok sangat. Dalam kelas .....darjah 1 + budak darjah 2, darjah 3 + budak darjah 4..budak darjah 5 dan 6 asing -asing. Aku tak berapa ingat le tapi kalau cikgu nak mengajar kena ajar dedua sekal le...kejap kelas ni...kejap kelas tu. Kalau ada musyuarat kat mana-mana cikgu tak da, aku le yang berkuasa..pasal aku ketua pengawas, semua ikut cakap aku..heheh pasal badan aku besar.



Mengimbas kembali kenangan yang silam, bujangan kampung yang bermain disawah berlumpur, kaki berkudis, kepala botak itu le aku ketika kecil. Mungkin aku ni jenis budak yang keras kepala sikit,tapi aku baik hati. Bila aku UPSR dapat keputusan baik tu yang cikgu punya le bangga dan mintak jugak aku pi sekolah asrama pasal nak tunjukkan orang dari sekolah tu pun boleh berjaya. SRKTT banyak kenangan masa kecil ku.



Akhirnya dengan perbagai alasan yang aku guna aku dapat juga balik dan tak duduk dekat asrama. Bermacam-macam keburukan aku ceritakan dengan mak supaya di menyokong hasrat aku. aku sekolah semula di SMSM untuk tingkatan 2 dan 3. gelamor le aku masa tu budak SBP balik kampung dan sekolah kat kampung, banyak awek beb. Aku campur semula dengan budak kampung. Aku yakin aku juga akan mendapat keputusan yang baik walaupun kat mana aku sekolah. Mak aku dah kecik hati dengan aku, lama juga aku memujuknya...kerana dia benar-benar ingin aku berjaya. Dalam keluarga aku Cuma kakak yg atas aku sahaja yang lulusan nya sampai STPM yang lain semua setakat SPM.



Tapi ayah tak berkata apa-apa, aku memang manja dengan ayah aku. alasan aku paliang kukuh kerana ayah dah tua sapa nak tolong dia tebang pisang dan menyawah di bendang bila aku tak da(tapi tak tolong pun), aku percaya semua yang terjadi mesti ada hikmahnya.



Aku ingat lagi, masa tu bulan puasa dan aku dah nak periksa SRP. Hari tu ayah balik lambat sikit dari surau, biasa le dia imam kat surau tu. Aku tengah baca buku kat bilik depan tetiba aku dengar ada orang kutuk pintu. Aku pi le bukak pintu tetiba "dik ada orang tua jatuh motor le kat depan tu, abang takut nak pi tolong sorang". Aku terus berlari kearah yang dimaksudkan .."ya Allah, ayah....." , ayah jatuh masuk dalam lobang besar yang dikorek sing tadi oleh JPS ke TNB aku tak pasti. Dengan penuh air dalam lobang tu dan di hempap motor, ayah tidak boleh bergerak. Rupanya dah lama ayah jatuh..dan meminta tolong tak ada yang dengar. Ayah patah kaki kirinya. Dah le memang ayah dah tua dan tak bermaya... dari situ membawa keakhir hayat ayah, 4 tahun berikutnya. Selama 4 tahun tu, hospital jadi rumah kedua kami, ayah ada sakit darah tinggi dan kencing manis...tu yang makin hari bertambah teruk. Nak menitis air mata aku walau dah tua macam ni bila kenang cerita tu.



Hari berganti hari dan bulan bertukar tahun sampai le aku dah habis SRP dan aku dapat keputusan yang kira boleh tahan le 6 subjek A1 ...masa tu sekolah kampung dah cukup baik dah. Kali ni satu lagi delima dalam diri aku, mak mintak aku mohon lagi sekolah SBP dan melalui pak cik-pak cik aku, borang pun dihantar. Hati aku langsung tak teringin nak pergi mengenangkan ayah dan mak yang susah macam ni. Apa le sangat sumber pendapatan mak, ada le akak aku beri duit perubatan ayah RM 100/ sebulan(masa tu akak aku kerja kilang kat KL). Aku dapat banyak le tawaran antara yang aku masih ingat MTD, MRSM, SBP dan SMT. aku sorokkan semua surat-surat tu.



Kira aku dah lega le semua kekawan aku yang keputusan baik semua dah pergi dan aku masih di kampung. Satu malam, lepas sembahyang dengan mak...mata mak merah. Aku cakap "kenapa mak", dia kata dia pun dah tak tahu nak cakap macam mana lagi kenapa le aku ni degil sangat tak nak dengar cakap dia(dia dah jumpa semua surat tawaran yang aku sorokkan). Dia ungkit le satu persatu yang aku dah buat... rasa pedihnya hati aku masa tu melihat mak menagis kerana aku. dia kata dah le ayah kat hospital tak baik-baik, aku pulak buat hal. Lagi aku tak boleh tahan bila mak kata mak dan ayah bukan lama lagi, yang penting masa depan kau. Aku terus melolong lepas tu. Aku rasa itu lah satu "LONJAK KAN PARADIGMA" yang berlaku pada aku. Malam tu mak peluk aku, dan aku bertekat dan berazam menebus segala kesalahan aku...tapi macam mana? Semua dah lepas..mak cakap aku mesti pergi jugak sekolah asrama walau macam mana pun. Dia beri nod RM 50.00 pada aku, kata ayah yang beri....aku tak boleh cakap apa-apa. masa tu aku rasa semua keputusan baik atau tidak aku terpaksa berfikir sendiri



Aku tahu kemasukan ke-dua ke SMT minggu depan dari kawan aku. aku bertindak sendiri dengan berhenti sekolah SMSM(mintak sijil berhenti sekolah kata nak masuk asrama). Pepagi lagi aku dah kekebun dengan gerabak ayah aku. tebang pisang yang aku tak tahu mana dah boleh jual atau masih mentah, aku hentam je. Aku jual pisang kat kedai, dapat lebih kurang 150.00. lebih 10 tandan orang tu tak nak terima pasal muda sangat. Mak aku masa tu pi jaga ayah kat hospital tak ada kat rumah. Aku rahsiakan ini semua dari pengetahuan mak. Aku pergi kebandar sendiri beli apa yang perlu dan singgah kat hospital melawat ayah. Aku bisik kat ayah..."Lon ... nak pi sekolah asrama", ayah aku walaupun lemah tersenyum seakan memberi perangsang kat aku. malam tu baru aku beritahu kat mak dengan penuh rasa sahdu.



Aku naik bas sendiri ke sekolah SMT tu, tak ada yang hantar aku dengan aku tak tahu sekolah tu kat mana, Cuma negeri je yang aku tahu. Bayang kan le masa tu lelaki semacoh aku bawak beg besar dengan beldi dalam dia ada penyangkut baju naik bas...selamba je ..bukan aku tahu malu. Aku sampai depan sekolah tu pukul 2 petang dimana semua bebudak dah daftar tinggal aku seorang berjalan tengah panas tu. Lepas tu aku ada le jumpa seorang kakak pengawas tu Tanya aku..."adik nak daftar". Lagi mau Tanya...dengan beg besar macam ni tak kan nak pi camping. dia mintak surat tawaran aku dan dia semak nama dalam senarai mendaftar..."dik nama adik tak da pun"...2,3 kali dia ulang cari nama aku..aku kata"memang le tak da, saya pangilan pertama dulu, ni kan panggilan kedua". Member tu terpingga-pingga tak tahu apa nak buat. ...... dapat ke aku masuk SMT masa tu, nanti le aku sambung esok ke, lusa ke...bila aku sempat...maaf ya...



Pak Wattan


Posted by mybaha at 5:07 PM BST
Post Comment | Permalink

View Latest Entries